Monday, 28 December 2009

MENIKMATI KESIHATAN UNGGUL

produk terbaik untuk kesihatan

Enzim – Nadi kehidupan.

Adakah anda selalu merasa keletihan, kurang bertenaga, kurang cergas, menghadapi masalah tidur, walaupun telah mengambil makanan yang berkhasiat, kerap bersenam dan mengambil suplemen ? adakah anda menghadapi masalah penghadaman, pembuangan najis, gas berlebihan atau selalu senak perut atau peningkatan berat badan dan sering diserang selsema, demam atau jangkitan? Adakah sendi dan otot-otot anda sering sakit ? sekiranya YA, anda mungkin kekurangan Enzim !.

Apakah Enzim?:

Enzim merupakan stesen penjanakuasa untuk setiap sel badan. Ia merupakan pemangkin biologi yang bertanggungjawab ke atas semua tindakan biokimia dalam badan- semua yang berlaku dalam badan termasuk pernafasan, peredaran darah, penghadaman, dll. Badan menggunakan enzim untuk menentang penyakit dan implamasi dan memperlahankan proses penuaan. Tanpa enzim badan tidak dapat melakukan sebarang fungsi biologi. Tiada mineral, vitamin atau hormon dapat berfungsi tanpa enzim. Sebenarnya, tidak mungkin ujud kehidupan tanpa enzim.

Kita dilahirkan dengan keupayaan untuk menghasilkan dengan jumlah tertentu enzim dalam jangka hayat kita. Ini dikenali sebagai enzim keupayaan. Setiap kali kita mengambil makanan tanpa enzim, badan kita mesti menggunakan keupayaan ini untuk menghasilkan enzim penghadaman. Enzim juga disunakan dengan lebih cepat semasa kita sakit, mengalami tekanan, semasa cuaca panas atau sejuk, gaya hidup seperti senaman cergas. Ini menyebabkan paras enzim badan berkurangan.

Kajian menunjukkan bahawa penurunan tahap enzim berkait rapat dengan banyak penyakit kronik seperti artritis, kolesterol tinggi, alahan, penyakit kulit, barah, kekurangan daya tahan badan dan banyak lagi. Cara yang terbaik untuk meningkatkan enzim keupayaan ialah dengan memakan banyak makan mentah atau mengambil suolimen enzim dengan formula terbaik.

Bagaimana mengetahui fungsi enzim itu berkesan?

Jika enzim itu berkesan kita seharusnya mengalami peningkatan kekerapan untuk membuang air besar, atau sekurang-kurangnya 1 ke 2 kali sehari dan bahan buangan tidak seharusnya berbau busuk. Ini bermakna bahan makanan tidak terkumpul di dalam usus sampai mereput dan seterusnya membusuk tetapi sebaliknya telah dihadamkan sepenuhnya dan telah digunakan oleh tubuh kita. Telah terbukti secara klinikal bahawa semakin banyak enzim dibekalkan kepada tubuh kita, semakin cepat sel-sel kita dibaiki dan dipulihkan. Dalam pengambilan yang minima, kita perlu menunggu 3 ke 4 bulan sebelum dapat menilai keberkesanan enzim di dalam tubuh. Ini kerana tubuh kita memerlukan masa untuk menjalani proses pembaikan, pemulihan dan penguatan secara semulajadi. Oleh itu kita perlu bersabar.

CORDYPINE DXN:

Cordypine DXN ialah jus minuman dengan kombinasi cordyceps berkualiti tinggi dan jus nanas yang di fermentasi secara semulajadi. Cordypine DXN adalah satu formula yang berpotensi kerana enzim nanas yang terhasil daripada fermentasi mampu untuk bertindak secara sinergi dengan cordyceps untuk memberikan kesan paling optimum. Cordypine DXN ialah makanan kesihatan yang paling sesuai untuk semua golongan masyarakat. Pengambilannya secara berterusan dapat membantu mengekalkan dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.

Mengapa Gabungan Cordyceps dan nanas ?

Cordyceps ialah sejenis cendawan kecil “ ulat musim sejuk, rumput musim panas” yang terkenal sebagai pemangkin tenaga. Ia disanjung sebagai sejenis tonik untuk menyelesaikan berbagai masalah kesihatan, membantu menguatkan badan, memperkuatkan dan melancarkan fungsi organ terutamnya buah pinggang, meningkatkan ketahanan badan dan tenaga batin serta melambatkan proses penuaan dan berbagai lagi.

Nanas mempunyai lapan jenis enzim penghadaman penghadaman yang berbeza. Dengan mengambil enzim nanas, enzim-enzim penghadaman protein lain di dalam badan akan saling bertindak untuk menguatkan fungsi masing-masing. Enzim nanas memiliki stabiliti yang tinggi, iaitu ia dapat di serap dengan mudah walaupun diambil secara oral. Enzim nanas yang di ambil secara oral tidak akan dimusnahkan oleh asid di dalam perut. Fungsi enzim nanas ialah sebagai anti inflamasi, melegakan sakit otot-otot, mempercepatkan pemulihan selepas pembedahan, menyinkirkan sel-sel mati, memperbaiki simptom-simptom keradangan sendi,memperbaiki saluran pernafasan, memperbaiki fungsi penghadaman dan mencaikan kahak.

CORDYPINE DXN- Ciri-ciri khas

1. SELAMAT DIMAKAN- ia adalah bebas dari bahan pengawet, pewarna, perasa, logam berat, racun serangga dan bahan sentetik.

2. PRODUK BERTEKNOLOGI TINGGI- ia adalah gabungan CORDYCEPS berkualiti tinggi dan JUS NANAS yang ditapai dalam persekitaran di bawah kawalan kualiti yang tinggi.

3. ALTENATIF PENJAGAAN KESIHATAN TERBAIK- Cordypine menyediakan minuman enzim yang terbaik yang mampu dibeli oleh orang ramai yang mengandungi cordyceps tanaman.

4. MUDAH DISEDIAKAN- campurkan Cordypine dengan air suam/ sejuk dan hidangkan sebagai minuman.

CORDIPINE DXN – manfaatnya:

1. Meningkatkan proses penghadaman dan penyerapan makanan dalam badan

2. Meningkatkan daya tahan dan stamina

3. Memperbaiki peredaran darah

4. Mengurangkan radang sendi

5. Menggalakkan fungsi-fungsi sel metabolisme

6. Menguatkan sistem imun badan

7. Memningkatkan selera makan

8. Mengurangkan kahak

9. Membantu membaiki dan meningkatkan fungsi paru-paru dan buah pinggang

10. Membantu menurunkan kandungan kolesterol

Kombinasi RG, GL dan CORDYPINE adalah makanan terbaik untuk merawat masalah kesihatan dan meningkatkan kesihatan.

Mengambil langkah pencegahan lebih baik dari merawat

No comments: