Monday 28 December 2009

MENJAGA KESIHATAN: TANGGUNG JAWAB SENDIRI.

Kajian membuktikan 90 % daripada masalah kesihatan bermula dari kolon (usus) yang kotor serta tidak sihat. Dalam keadaan biasa, apabila kita makan, bahan-bahan merbahaya seperti bahan aditif dalam makanan, pencemaran, bahan kimia, racun serangga dan bakteria akan melalui proses ditoksifikasi yang memproses toksin dan menyingkirkannya melalui proses perkumuhan setiap hari.

Walau bagaimanapun sistem perkumuhan semulajadi kita selalunya membawa beban berlebihan sebab cara pemakanan yang tidak seimbang, pengambilan serat yang kurang, pengambilan alkohol dan kafein yang berlebihan, takanan yang tinggi, kurang senaman serta pendedahan yang teramat sangat kepada bahan-bahan bertoksin. Semua ini akan membuatkan sistem perkumuhan kita tersumbat dan lembab serta mengurangkan kebolehan semulajadi badan untuk menyingkirkan bahan buangan badan secara betul dan berkesan.

Bahan toksin yang terkumpul meningkat sepanjang masa di dalam kolon akan membawa penyakit yang serius dan kronik atau menjadi busuk dan mereput. Ia juga akan menjadi tempat pembiakan bakteria yang membawa penyakit. Jika bahan reput yang terkumpul tidak dikeluarkan oleh sistem perkumuhan, bahan toksin tersebut akan diserap dari kolon ke dalam sistem aliran darah dan meresapi keseluruh bahagian badan. Badan akan merasa dalam keadaan yang dipanggil “ketoksikkan diri”. Jika proses keracunan diri dengan toksin ini berterusan, ia akan menyebabkan kelemahan sistem imun yang drastik lalu membawa kepada gejala kelesuan, tekanan, masalah sistem penghadaman, masalah kulit, artritis, sengal-sengal, sakit kepala serta penyakit kronik yang lain.

Penyahtoksikkan dan pembersihan sistem penghadaman adalah penting untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik serta membaiki fungsi-fungsi organ badan. Oleh itu adalah penting kita meminum air yang mencukupi dan mengosok badan setiap hari untuk membuang sel-sel kulit yang mati.

Terdapat banyak kaedah untuk membuang toksin dari badan, antaranya adalah dengan berpuasa atau mengamalkan diet yang organik serta mentah. Cara terbaik untuk membersihkan saluran sistem perkumuhan adalah dengan menggunakan bahan herba asli yang kaya dengan serat. Ia berupaya menyingkirkan bahan buangan toksin di dalam kolon secara efektif dan pada masa yang sama membekalkan nutrien-nutrien kepada sel badan. Amalan berpuasa yang digabungkan dengan fungsi makanan tambahan berkhasiat serta diet yang tinggi kandungan seratnya adalah ideal untuk mencapai tahap kesihatan yang maksimum.

Kami mencadangkan penggunaan produk makanan tambahan semulajadi “MYCOVEGGIE” yang di keluarkan melalui penyelidikan dan formulasi campuran unik yang mengandungi bahan semulajadi. Ia dihasilkan dari ramuan pelbagai sayuran, buahan, cendawan, herba dan rampah ratus pilihan untuk menyingkirkan toksin dari kolon, memulihkan gejala kesihatan yang berkaitan dengan masalah kolon, memberi manfaat kepada kesihatan secara menyeluruh dan membantu melambatkan proses penuaan. Kandungan ramuan utama di dalam Mycoveggie adalah seperti berikut:
Mycoveggie boleh didapati dalam bentuk serbuk di dalam botol dan sachet.
BIJIAN PSYLLIUM:
Bjian ini mengandungi serat larut dan serat tidak larut. Ia adalah egen pengembangan yang lembut dan membantu menyahtoksik, menggalakkan rasa kenyang dan menyingkirkan bahan buangan melalui sistem perkumuhan.
CENDAWAN:
Cendawan berneutrien tinggi seperti shiitake, lion’s mane, tiram dan lyophillium yang mempunyai berbagai sebatian bioaktif yang berbeza merupakan sumber vitamin B yang penting. Cendawan terpilih ini mempunyai fungsi umum ciri-ciri perubatan sebagai anti kanser, kemampuan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, bantuan sistem penghadaman dan sebagai tonik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
SPIRULINA:
Sejenis alga laut berwarna biru kehijauan yang diikhtiraf sebagai makanan paling bernutrisi di dunia. Ia mengandungi beta-karotene, asid amino, vitamin B12 serta b kompleks, phytonutrien dan zat besi. Phytinutrien ialah agen pembersih semula jadi dan penggunaan Spirulina secara berterusan membantu untuk meningkatkan tahap kesihatan.
DAUN NONI ( MENGKUDU )
Noni diamalkan secara tradisi untuk meningkatkan kesihatan serta melambatkan proses penuaan. Ia mengandungi phytonutrien an anti oksida untuk menyuburkan sel , tisu serta organ badan.
DAUN GINKGO:
Daun Ginkgo mempunyai sebatian aktif yang terbukti mempunyai fungsi anti oksida, dapat mengecutkan lung-qi, melegakan astma, meningkatkan pengaliran darah dan meningkatkan kecerdasan minda.
DAUN MALBERI:
Ia kaya dengan asid amino, anti oksida dan vitamin C. Penyelidikan terbaru menunjukkan daun malberi efektif untuk mengawal kandungan lemak dalam darah, membaiki penglihatan, memindahkan haba dari paru-paru, menyeimbangkan tekanan darah serta mengurangkan glukosa dalam darah.
EKSTRAK TEH HIJAU:
Ia mengandungi bahan anti oksida yang hebat. Polyphrnols dan flavenoids. Ia dapat menurunkan paras kolesterol, menentang radikal bebas dan menguatkan sistem imun badan. Antara manfaat ketara teh hijau ialah meningkatkan metabolisma, mengurangkan tekanan dan melambatkan proses penuaan.
JAGUNG MANIS:
Jagung merupakan sumber karbohidrat yang baik selain mengandungi vitamin C, tiamin, asid folik dan fosforus. Bijirin ini menawarkan amnfaat anti oksida serta serat diet yang dapat membantu sistem perkumuhan.
SADERI:
Saderi mengandungi kalori yang rendah dan kaya dengan vitamin C serta sebatian aktif lain yang memberi manfaat kepada kesihatan. Ia termasuk pthalides ( mengurangkan kolesterol dan mengimbangkan tekanan darah ) serta coumarins ( untuk mencegah kanser ). Saderi juga kaya dengan mineral yang bersifat diuretik.
SERAI:
Serai mengandungi citral yang manfaatnya membantu sistem penghadaman, melonggar dan mengeluarkan lendir serta mengurangkan kekejangan dan tekanan.
BAHAN LAIN:
Limau, Oren, halia.
Rempah-ratus terpilih seperti kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih serta Pericarpium Citri reticulateae ( digunakan sebagai aroma dan keenakan rasa produk ) 

Harga: RM225.00/botol

Nota: makluman ini adalah untuk tujuan informasi sahaja. Sila dapatkan maklumat lanjut dari Pengedar DXN yang sah.

Saturday 26 December 2009

DARAH- SEDIKIT INFORMASI...

Darah, menurut Ensiklopedia Wikipidia ialah tisu pengantara yang terdapat dalam semua haiwan tinggi dan berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon. Darah juga berperanan dalam sistem imunisasi menentang penyakit. Istilah perubatan yang berkaitan dengan darah bermula dengan perkataan hemo yang berasal dari bahasa Greek.

KUANTTI DAN KOMPOSISI DARAH

Tubuh manusia dewasa mengandungi lebih kurang 5 liter darah. Ia terdiri daripada sel darah dan plasma darah. Sel darah terbahagi kepada:
1. Sel darah merah: kurang dari 99 %
2. Sel darah putih : kurang dari 0.2 %
3. Sel pembeku darah : kurang dari 2 %

Plasma darah pula ialah bahan larut air yang mengandungi albumin, bahan pembekuan darah, imunoglobin ( antibodi ), hormon, pelbagai jenis protein dan pelbagai garam. Ukuran sel darah sangat kecil. Setitik darah mengandungi lebih kurang 250 juta sel darah merah, 15 juta sel pembeku darah dan 400,000 sel darah putih.

FUNGSI DARAH.

Darah yang berwarna merah mempunyai berbagai fungsi antaranya:
1. Mengangkut oksigen ke seluruh badan.
2. Membekalkan tisu badan dengan zat.
3. Mengangkut dan menyingkirkan bahan kumuhan metabolik, dadah, dan bahan kimia asing kehati untuk diuraikan dan disingkarkan sebagai air kencing.
4. Mempunyai berbagai bahan sistem imunisasi untuk mempertahankan badan dari jangkitan kuman .
5. Mengedarkan hormon endokrin.

Warna darah menjadi merah terang apabila dipenuhi oksigen dan bertukar menjadi merah gelap apabila tiada oksigen. Warna tersebut disebabkan oleh hemoglobin, protein pernafasan yang mengandungi besi ( ferum ) dalam bentuk heme, tempat protein bergabung.

PENYAKIT BAWAN DARAH.

Darah merupakan salah satu cara atau vektor jangkitan. Contoh penyakit bawaan darah ialah AIDS, dimana virus HIV dipindahkan melalui sentuhan antara darah, air mani ( seperma ) atau cecair badan orang yang dijangkiti. Penyakit bawaan darah yang lain ialah seperti penyakit tibi, malaria dan dengi.

MASALAH KESIHATAN BERKAITAN DENGAN DARAH.

Ada banyak masalah kesihatan berkaitan dengan darah diantaranya ialah luka yang boleh mengakibatkan kehilangan banyak darah dan menyebabkan kematian jika lewat menerima rawatan. Masalah lain yang biasa kita dengar ialah penyakit leukemia ( penyakit barah pada darah atau sumsum tulang dan bercirikan penggandaan luarbiasa sel darah biasanya sekl darah putih ), anemia ( penyakit kekurangan sel darah merah ) dan talesemia ( pemyakit warisan yang disebabkan kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Hemoglobin ialah bahan yang mengangkut oksigen dan memberikan warna merah kepada darah )

MAKAN BAIK UNTUK MENAMBAH DARAH

Makanan yang baik untuk menambah darah harus mempunyai vitamin B6 dan zt besi. Vitamin B6 membantu badan memecahkan protein dan menghasilkan sel darah merah. Makanan yang mengandubgi vitamin B6 ialah kentang, pisang, sayuran , sayur kekacang, bijian dan bijiran, daging merah, ayam – itik, ikan serta sayur bayam.

Di antara makanan terbaik ialah pisang kerana ia banyak zat besi dan sangat sesuai untuk orang yang mengidap anemia kerana ia dapat merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Rencana ia adalah bahan informasi sahaja.

Thursday 24 December 2009

1. MAKANAN DAN KESIHATAN

Semua orang takut dan tidak suka sakit dan penyakit tetap ramai orang yang sedang sakit samada sakit ringan atau kronik. Sedarkah kita bahawa punya utama penyakit kronik adalah mendapan bahan toksin yang berpunca dari makanan dan minuman serta udara yang memasuki badan kita setiap hari . Bahan toksin , terutama yang tidak larut air, akan terkumpul dan mampu merosakkan fungsi organ tubuh seperti jantung, limpa, paru-paru, ginjal , usus, sistem saraf dan lain-lain serta berupaya melemahkan sistem imun ( pertahanan ) badan kita. Apabila kadar toksin meningkat, tahap imun badan kita menurun....


Makanan kita terdedah kepada racun serangga, baja kimia, bahan perisa, bahan pewarna dan pengawet, air yang tidak bersih, udara yang tercemar, pengambilan gula atau garam dan daging yang berlebihan.


Di samping faktor makanan, minuman dan udara, faktor lain yang menggalakkan penyakit ialah gaya hidup yang tidak sehat, tekanan (stress ) jiwa dan fizikal, serta kesan sampingan pengambilan ubatan yang berlebihan atau berpanjangan.


Kita biasa mendengar penyakit seperti Diabetes, Darah Tinggi, Gout, Migrain, Obesiti, Batu Karang, Buasir, Sakit Buah Pinggang, Penyakit Jantung, Strok, Barah dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini adalah kesan daripada toksin yang berlebihan di dalam badan dan kegagalan organ untuk berfungsi secara optimum. Ada banyak jenis penyakit yang memerlukan kita mendapatkan rawatan, ubatan dan penjagaan sepanjang hayat.


Apabila kita mengidap sesuatu penyakit , banyak masalah akan timbul di antaranya:


1. Perbelanjaan yang besar untuk kos rawatan dan ubatan dan berulang-alik ke pusat rawatan

2. Perlu mengawal makanan dan tabiat makan.

3. Badan sakit, lemah dan tidak bermaya

4. Kerja terganggu dan produktiviti menurun

5. Hasil pendapatan akan berkurangan/hilang

6. Keluarga akan merasa kesan seperti terpaksa menjaga pesakit, kehilangan sumber pendapatan dan sebagainya.

7. Status kewangan akan menjadi kritikal dan ada yang terpaksa menjual aset atau berhutang untuk menanggung kos rawatan dan ubatan.


Apabila kita sakit, kita perlukan rawatan, ubatan, bantuan, perhatian dan nasehat.


Walaupun kita tahu, kebanyakan kita masih mengamalkan sindrom “NO TIME, NO MONEY”. Kita merasakan tidak ada masa untuk beriadah dan tidak ada wang untuk membeli makanan yang berkhasiat atau membeli makanan / vitamin tambahan untuk menjaga dan mengekalkan tahap kesihatan.


Mulakan langkah bijak dengan membuat keputusan untuk memelihara kesihatan dan mengambil langkah mencegah dari mengubati penyakit. Kepada kita yang dikurniakan kesihatan yang baik, marilah bersama mengambillah langkah awal untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan sedia ada.


Peranan utama kita ialah memperbanyakkan pengambilan makanan berkhasiat, sayuran dan buahan segar serta memulakan proses pembuangan toksin (detox) di dalam badan.


MENCEGAH PENYAKIT LEBIH BAIK DAN MURAH DARI MERAWAT.


Semuga Sehat dan Ceria sepanjang masa...

Tuesday 22 December 2009

SELAMAT DATANG......

Selamat Datang Ke Blog ini.

Kami berusaha untuk memberikan maklumat kepada masyarakat untuk memahami kepentingan memelihara kesihatan dan kejelitaan melalui pemakanan kesihatan dan penjagaan diri berasaskan herba semulajadi.

Kami sangat mengalu-alukan sumbangan maklumat dari anda semua yang boleh dikongsikan bersama dengan masyarakat umum.

Selamat Datang dan Terima Kasih