Showing posts with label gano. Show all posts
Showing posts with label gano. Show all posts

Saturday, 10 April 2010

6. GANODERMA: RAJA HERBA YANG AJAIB.


PEMPROSESAN GANODERMA

Selain meneliti fungsi dan manfaatnya, penulis juga telah menemui kaedah memproses ganoderma Lucidum dan mengolahnya dengan teknik tertentu. Antara kaedahnya ialah:
1.       Pemisahan Benih Spora.
 Kaedah ini dilakukan untuk menghasilkan benih spora yang baru. Bagaimanapun kaedah ini tidak baik kerana berlakunya ketidakstabilan dalam pengawasan spesis.

2.       Tisu Kultur
Membiakkan Ganoderma dengan mengambil contoh daripada ibu Ganoderma sehingga membolehkan penghasilan spises Ganoderma yang berkualiti tinggi. Penulis menggunakan kaedah ini untuk memproses ganoderma Lucidum.

3.       Pemprosesan Organik
i.                     Sistem pananamannya 100 % secara organik
ii.                   Tidak menggunakan sebarang bahan kimia
iii.                 Kaedah pemprosesan yang mengandungi nutrien yang tinggi menggunakan sekam padi, beras tumbuk dan lain-lain bahan semulajadi.

4.       Kepekatan Asli
i.                     Pembekuan – 5 kg Ganoderma segar dibekukan hingga menjadi 1 kg ganoderma yang kering tanpa menggunakan haba
ii.                   Pemisahan serat serat yang tidak berfaedah dibuang daripada ganoderma yang telah kering dengan teknik yang khusus dicipta penulis. 4 kg ganoderma kering ditapis menjadi 1 kg. Perbandingan kepekatan ialah 20:1.
iii.                 Proses pembubukan – menghancurkan kulit ganooderma yang keras dan disusutkan menjadi ukuran mikro dengan teknik khusus. Semua zat-zat aktif ganoderma dipelihara dalam proses  yang dilakukan.

Hasil kajian

1.       Kesan pemulihan kesihatan yang tinggi diperolehi daripada Ganoderma Merah   

2.       Banyak spesis di dapati daripada Ganoderma Merah dan menjadi istilah yang biasa untuk keluarga Ganoderma.

 3.       Terdapat lebih 200 spesis Ganoderma Merah.

 4.      Enam spesis memilki kesn pemulihan yang tinggi iaitu Gano Ruyi,  Gano Bentuk Otak, Gano Kimshen, Gano Merak ( peacock), Gano Bentuk Hati dan Gano Bentuk Jantung.

DOKTOR TERBAIK


1.       Tubuh kita merupakan doktor terbaik

2.       Sistem pertahanan badan semulajadi adalah salah satu kaedah untuk memelihara kesihatan

3.       Kebanyakan masalah kesihatan yang berlaku adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan badan

4.       Ganoderma bertindak secara langsung terhadap tubuh dan bukan penyakit. Oleh itu tubuh mengatasi berbagai masalah kesihatan.



Bersambung kebahagian 7...

Tuesday, 5 January 2010

MENGAPA KITA SAKIT ?

Kita berada di dalam dunia yang serba moden serta serba canggih dan kita banyak menghabiskan masa dengan tugasan kerjaya kita untuk memenuhi tuntutan ekonomi keluarga. Kadangkala kita berkerja dalam jangka masa yang panjang dan terpaksa mengabaikan rutin makan kita dengan hanya memakan apa sahaja yang boleh menyenyangkan. Masa untuk rehat terpaksa diabaikan. Kita juga tidak selalu bersenam seperti yang disarankan kerana kesuntukan masa. Persaingan dari berbagai sudut seperti beban kerja, masalah kewangan dan sebagainya menyebabkan kita menghadapi tekanan ( stress) yang tinggi.


SEBAHAGIAN BESAR MASALAH KESIHATAN BERPUNCA DARI TOKSIN ( BAHAN KIMIA ) DAN BADAN YANG TIDAK SEIMBANG.


TOKSIN:


Setiap kali kita makan, kita mungkin memakan makanan dan minuman yang tidak asli. Kebanyakan bahan makanan samada sayuran atau binatang ternakan mengandungi bahan-bahan seperti baja kimia, racun serangga dan hormon penggalak tumbesaran di samping bahan perasa, pewarna, bahan pengawet tiruan yang banyak di pasaran manakala keadaan air dan udara di persekitaran kita banyak yang tercemar. Ini menyebabkan setiap makanan, minuman dan udara yang kita sedut mengandungi bahan toksin. Waktu tidur yang tidak terancang serta tekanan (stress) menyebabkan toksin ini berkumpul di dalam badan kita. Toksin ini tidak boleh keluar sekiranya kita tidak melakukan senaman harian. Untuk itu kita memerlukan sesuatu yang boleh menyingkirkan toksin dari badan kita.


SISTEM BADAN TIDAK SEIMBANG


Ada kalanya kita mudah merasa letih, lesu dan mengantuk. Ini merupakan tanda atau amaran bahawa sel tubuh badan kita berada dalam keadaan tidak seimbang. Keadaan sel badan yang tidak seimbang ini disebabkan oleh kekurangan makanan berkhasiat seperti carbohidrat, protin, enzim, vitamin, lemak baik dan serat. Ia akan memberi kesan kepada tisu, organ dan sistem badan kita. Di samping itu, tekanan darah tinggi dan diabetes adalah simptom sistem badan yang tidak seimbang. Jika kita mengabaikan tanda amaran ini untuk satu jangka masa panjang, kita akan menghadapi masalah kesihatan yang lebih besar dan rumit. Ketidak seimbangan ini dibahagi kepada 2 bahagian iaitu ketidak seimbangan asid - alkali serta ketidak seimbangan hormon badan.


DXN mengeluarkan makanan untuk kesihatan Reishi Gano (RG ) dan Ganocelium (GL), iaitu sejenis makanan herba semulajadi berasaskan cendawan yang terbukti sangat berkesan untuk mengeluarkan toksin di dalam badan, membaik pulih sel, tisu dan organ badan dan menyeimbangkan sistem badan kita untuk memberikan tahap kesihatan yang terbaik.