Showing posts with label pencernaan. Show all posts
Showing posts with label pencernaan. Show all posts

Friday, 6 August 2010

PETUA-PETUA PENTING UNTUK MENGEKALKAN SISTEM PENCERNAAN YANG SIHAT


1.    Amalkan amalan pemakanan ysng sihat.
A)   Mengambil makanan yang kaya dengan serat. :- sayuran, buahan, bijian asal dan bijiran. Serat menggalakkan pergerakan bahan makanan melalui sistem pencernaan dan membolehkan pembuangan bahan kumuh secara konsisten. Adalah dinasihat bahawa anda harus mengambil 30 gram serat sehari. Diet seimbang yang kaya dengan serat boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan sakit jantung atau kanser kolorektal.

B)   Kurangkan pengambilan makanan diproses:- secara umum, makanan makanan ini mempunyai nutrisi atau fiber yang rendah dan biasanya mengandungi lemak tepu, garam dan pengawet yang boleh memudaratkan badan.

C)   Kurangkan pengambilan minuman beralkohol:- alkohol boleh meradangkan lapisan perut atau esofagus dan menyebabkan gejala mulas.

D)   Banyak minum cecair:- terutamanya air. Air membantu melarutkan sebahagian besar nutrisi, menggalakkan pergerakan bahan buangan melalui sistem pencernaan dan membantu melembutkan bahan kumuh.

E)   Cara-cara altenatif:- mengambil suplimen atau herba yang boleh membantu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat seperti “Lion’s mane”, produk enzim dan produk cuka.

2.    Makan secara cukup, perlahan dan tetap.
A)   Jangan makan terlalu banyak:- mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana dapat mengelakkan tekanan yang terlalu tinggi pada sistem pencernaan.

B)   Jangan makan terburu-buru:- proses pencernaan bermula dari mulut. Ambillah masa untuk makan perlahan-lahan, mengunyah setiap suapan dengan sebaiknya. Bersantai sambil makan membantu saraf sistem pencernaan, makanan yang dikunyah lebih mudah dicerna berbanding cebisan makanan yang lebih besar.

C)   Makan secara tetap dan jangan sekali-kali tidak makan:- ini akan mengelakkan anda daripada makan terlalu banyak yang disebabkan oleh kelaparan di samping membiasakan sistem pencernaan anda untuk makan secara tetap. Makan secara tetap tidak akan meningkatkan berat badan.

3.    Kerap bersenam.
                        Kerap melakukan senaman kardiovaskular membantu menguatkan otot perut  dan  
                       merangsangkan pergerakan otot usus pencernaan.


4.    Kurangkan/ tangani kadar tekanan.
                       Anda mungkin rasa perut tidak selesa semasa tertekan. Tekanan memberi kesan  kepada saraf sistem pencernaan dan boleh mengganggu keseimbangan percernaan yang rumit.
Sesetengah orang akan terasa senak, nyeri dan sembelit manakala yang  lain mungkin terasa kerap membuang air besar atau[pun najis mungkin kelihatan lebih cair dan berair. Di samping itu, tekanan boleh memburukkan keadaan tertentu seperti ulser peptik atau sindrom kerengsaan usus besar.


5.    Berhenti merokok.
 Merokok menurunkan tekanan pada persimpangan antara perut dan esofagus, menggalakkan aliran asid balik ke esofagus yang boleh menyebabkan mulas dan komplikasi lain. Merokok juga akan memburukkan ulser peptik dan keadaan keradangan usus yang berkaitan dengan peningkatan risiko banyak jenis penyakit kanser.


Penjagaan sistem pencernaan yang sihat adalah penting bagi memulihara kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh.  

Thursday, 5 August 2010

MEMAHAMI PERUT DAN SISTEM PENCERNAAN


Setiap butiran makanan yang anda masukkan ke dalam mulut dan menelan ( samada makanan, ubatan, minuman dsb) akan diproses dalam sistem pencernaan. Pencernaan adalah proses di mana bahan makanan dan bahan makanan lain yang dicerna dan diurai menjadi nutrisi yang boleh diserap oleh badan atau sebagai bahan buangan (najis). Sistem pencernaan kita terdiri daripada satu saluran yang panjang yang bermula dari mulut dan berakhir di bahagian dubur.

Kepentingan pencernaan.

Makanan yang anda makan, samada nasi, roti atau jus oren dsb tidak boleh diserap oleh badan dalam bentuk asalnya. Makanan dan minuman perlu diurai secara mekanikal dan kimia kepada partikel/ molekul yang amat kecil. Kemudiannya, molekul-molekul nutrisi ini diserap melalui dinding usus kecil dan dibawa oleh darah ke bahagian tubuh untuk memelihara sel-sel dan organ-organ (termasuk sel-sel otak, sistem keimunan hinggalah sel-sel kaki anda) serta membekalkan sumber tenaga dan menjana keupayaan pemulihan tubuh anda.  Pengumpulan dan pembuangan  bahan –bahan sisa juga merupakan  bahagian penting dalam proses pencernaan. Makanan (fiber) yang tidak boleh dicerna dan sel-sel saluran pencernaan yang lebih tua akan dibuang daripada badan sebagai najis.

Siastem pencernaan.

Aluran pencernaan kita adalah sepanjang 9 – 10 meter, ia merangkumi mulut, kerongkong, esofagus, perut, usus kecil, usus besar dan dubur. Ini bermakna, jika dibentangkan, saluran pencernaan dan usus kita bahkan lebih panjang dan lebih tinggi daripada ketinggian kita. Masa yang diambil untuk makanan disalur dari mulut ke dubur adalah berbeza anrata individu, iaitu dalam lingkungan 12 – 48 jam. Bergantung kepada jenis makanan yang dimakan dan individu.
   
Kita adalah apa yang kita makan.

Biasanya kita akan tersedar apabila masalah pencernaan timbul. Misalnya, apabila termakan makanan yang tidak bersesuaian dengan tubuh atau minum terlalu banyak alkohol atau jika berlakunya masalah sembelit. Walaupun sistem pencernaan boleh menanggung banyak tekanan (tekanan makanan). Ia hanya boleh berbuat demikian bagi satu tempoh yang terhad. Lama-kelamaan, kesan-kesan negatif akan terhimpun dan mengakibatkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Misalnya, badan menjadi terlalu berasid atau kulit kelihatan pudar dan tidak bermaya. Tanpa mengira bagaimana gaya hidup yang lepas, anda boleh mengambil langkah-langkah positif bermula dari hari ini juga demi menjana semula dan mengekalkan kesihatan sistem pencernaan anda.

bersambung:Petua-petua untuk mengekalkan sistem pencernaan yang sihat.
Sumber:DXNlife Vol 38 

Sunday, 21 February 2010

SISTEM PENCERNAAN MAKANAN


"Kita adalah apa yang kita makan". Kita makan kira-kira 1 kilogram sehari untuk menjana tenaga supaya kita dapat melakukan aktiviti harian dan ia juga membantu untuk memperbaiki tisu dan organ kita yang lemah. Walaubagaimanapun, semua makanan yang kita ambil harus diuraikan kepada molekul-molekul kecil agar ia dapat digunakan oleh badan kita.

Proses penghadaman ialah proses di mana makanan yang kita makan menjadi bentuk yang boleh diserap oleh badan kita. Organ-organ yang terlibat dalam proses penghadaman ini adalah mulut, esofagus, usus besar, usus kecil, pundi hempedu, pankreas dan hati. Penghadaman termasuk proses mekanikal iaitu mengunyah dan mengisar makanan dengan menggunakan gigi dan tindakbalas kimia oleh enzim, asid gastrik dan asid hempedu.



Masalah Sistem Penghadaman

Terdapat pelbagai masalah sistem penghadaman.
Contohnya seperti di bawah:

Ulser Perut

Ulser perut merupakan satu keadaan di mana selaput dalaman perut mengalami luka. Luka tersebut merupakan kerosakan yang terhasil daripada asid hidroklorik dan pepsin. Faktor lain yang menyebabkan ulser perut adalah seperti jangkitan bakteria Helicobacter Pylori, merokok, pengambilan alkohol yang tidak terkawal, tekanan emosi dan pengambilan ubat antiinflamasi (Non Steroidal Anti Inflammatory Drugs).

Intoleransi Laktosa

Intoleransi laktosa akan berlaku apabila badan kita mengalami kekurangan enzim dipanggil sebagai laktase. Enzim laktase ini dirembeskan dalam usus kecil kita dan ia berperanan memisahkan laktosa mejadi gula ringkas supaya ia senang diserap oleh usus kecil kita. Laktosa adalah sejenis gula yang terdapat dalam produk tenusu. Gejala biasa yang akan berlaku dalam masa 30 minit ke 2 jam seterusnya selepas pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi laktosa adalah rasa mual, rasa muntah, kekejangan otot, rasa kembung perut dan cirit-birit.

Irritable Bowel Syndrome (IBS)

IBS adalah gejala usus yang merupakan kesakitan abdomen berterusan dengan rasa kembungan perut, sembelit atau cirit-birit yang berterusan selama bertahun - tahun tanpa menyebabkan sebarang kemudaratan yang kekal pada usus. Kolon pesakit IBS adalah lebih sensitif dan reaktif, dimana tindak balas yang mendalam dialami walaupun menghadapi rangsangan yang ringan sahaja. Tekanan emosi dan kerisauan juga dikatakan sebagai punca utama IBS.

Kanser Kolon

Kanser kolon merupakan tumbesaran kolon yang mana boleh dikesan di bahagian bawah sistem penghadaman. Kebanyakan kes kanser kolon bermula dari sekelompok sel-sel yang kecil and bukan berunsur kanser dipanggil sebagai adenomatous polyps. Dalam jangka masa yang panjang sesetengah polyps akan menjadi kanser kolon. Simptom kanser kolon adalah seperti perubahan tabiat membuang air besar, pendarahan semasa membuang air besar, ketidakselesaan perut yang umum (kembung, penuh dan/atau kekejangan), perut berasa tidak kosong sepenuhnya, dan penurunan berat badan yang tiada sebab ternyata.

Kaedah untuk Sistem Penghadaman yang Sihat

Serat

Meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Mendapatkan serat yang secukupnya dapat membantu memperbaiki keadaan seperti sembelit, buasir dan mengurangkan risiko kanser kolon.

Mengawal Pengambilan Alkohol

Pengambilan alkohol dalam jangka masa lama akan mengakibatkan kerosakan pada saluran penghadaman. Ia merupakan punca utama untuk penyakit seperti gasterik, ulser, sirosis dan kerosakan hati.

Mengawal Pengambilan Minuman Berkarbonat

Minuman berkarbonat akan menambahkan gas berlebihan dalam sistem penghadaman kita. Ia juga akan mewujudkan rasa kembung di bahagian atas saluran penghadaman dan rasa kurang selesa di bahagian abdomen. Air suam dan jus buah-buahan merupakan pilihan gantian terbaik.

Makan pada masa yang tepat

Makan pada masa yang tepat, mengunyah dengan perlahan dan betul sebelum menelan untuk penghadaman yang sihat dan penyerapan nutrisi yang baik.

Rehat dan mengawal tekanan anda

Apabila kita menghadapi tekanan, otot sistem penghadaman kita akan menjadi lemah. Enzim penghadaman tidak dapat dirembeskan secukupnya dan kadar makanan yang melalui saluran penghadaman akan menjadi perlahan di mana akan mengakibatkan sembelit, pedih hati dan senak.

Saranan:

Selain amalan pengambilan nutrisi yang seimbang, anda juga boleh mengambil makanan tambahan kerana ia dapat membantu menguatkan sistem penghadaman anda. Hindari tabiat yang tidak sihat seperti pengambilan alkohol dan merokok. Makanan tambahan yang dicadangkan untuk enzim dan serat adalah seperti berikut:

  • Tablet herba Lion´s Mane, MycoVeggie, Cordypine, Morinzyme / morinzhi

tambahan:

Buang air sama ada kecil atau besar, berpeluh dan bernafas merupakan proses dalam badan manusia bagi membuang toksin-toksin yang tidak dikehendaki. Saluran penghadaman sepanjang 9 meter merupakan jalan utama bagi pembuangan sisa-sisa pepejal dan toksin yang turut meliputi saluran usus kecil dan besar.

Usus besar memainkan peranan sebagai tempat simpanan akhir bagi makanan yang tidak dihadam oleh usus kecil. Himpunan sisa makanan ini perlu dikeluarkan dengan segera ( dalam masa 24 jam ) kerana ia boleh menjadi sisa toksin kepada badan. Perut buncit merupakan tanda-tanda peningkatan sisa-sisa makan dalam usus manusia.

Usus badan manusia semakin tersumbat apabila semakin meningkat usia akibat sisa makanan akan tertinggal dan berkumpul dalam usus. Malah ia turut melibatkan tanda-tanda seperti sembelit, rasa sebu perut, tidak hadam, nafas berbau, badan berbau, kulit tidak bermaya dan cepat penat.

Untuk membuat ukuran perut sama ada buncit atau tidak adalah dengan menggunakan formula ratio ukuran pinggang dan peha. Dapatkan ukuran pinggang dalam centimeter (cm) dan ukuran peha juga dalam cm. Bahagikan ukuran pinggang dengan ukuran paha.

Sekiranya hasil bahagi adalah melebihi 0.95 bagi lelaki dan 0.85 bagi perempuan. Maka ia menunjukkan anda buncit.

Bagi mengurangkan ukuran perut, permakanan perlu dijaga. Menambahkan pengambilan fiber atau serat merupakan salah satu cara untuk mempercepatkan aliran keluar sisa makan keluar dari badan.(Sila dapatkan maklumat tentang fiber)

Tanpa fiber atau serat dalam pemakanan akan menyebabkan perjalanan sistem penghadaman tubuh badan manusia menjadi tidak teratur dan menjadi punca pelbagai masalah dan penyakit kepada usus terutamanya usus besar. Ia merupakan diet utama dalam menu permakanan kita.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan punca fiber yang utama dan sering diabaikan. Pengambilannya bukan sahaja menjadi sumber fiber malah ia adalah langkah yang baik dalam meningkatkan taraf kesihatan seseorang. Kajian telah mendapati pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran 5 ke 9 hidangan sehari mampu meningkat taraf kesihatan malah ia sepatutnya menjadi asas utama menu pemakanan.

Wednesday, 17 February 2010

BBEE POLLEN: MAKANAN SEMULAJADI MUJARAB

Bee Pollen ialah salah satu makanan paling unik dan mujarab yang dapat diperolehi dari alam semulajadi. Pollen merupakan debunga jantan yang dikumpul oleh lebah-lebah pekerja. Lebah-lebah ini akan menambah nektar atau madu daripada pundi madu mereka ke atas pollen yang akan menukarkannya dari bentuk serbuk yang teramat halus kepada butiran yang mampat atau granul. Kemudian, Bee Pollen ini dibawa balik ke sarang mereka. Lebah-lebah itu akan menambahkan enzim ke atasnya untuk menghalang percambahan dan menukarkannya kepada makanan bagi anak-anak lebah melalui proses metabolisma.


Zat makanan Bee Pollen


Bee Pollen amat kaya dengan Vitamin A, Provitamin A (karotenoid), B kompleks, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, zat galian (seperti kalsium, zat besi, kalium dan magnesium yang diperlukan untuk fungsi tubuh manusia), asid amino, hormon, enzim, lesitin, karbohidrat dan lemak, serta beberapa jenis antibiotik semulajadi dalam konsentrasi yang agak tinggi.


Faedah-faedah Bee Pollen

  • Peningkat sistem keimunan - Bee Pollen mempunyai keupayaan untuk menghapuskan bahan toksik dan mengeluarkan racun daripada tubuh badan.
  • Sifat mudah-cernanya dalam sistem pencernaan menyebabkannya mudah diserap ke dalam aliran darah dan seterusnya merangsang gerak balas imunologi untuk membantu mereka yang mengalami rasa mual, masalah tidur dan masalah berkaitan sistem kencing dan rektum.

  • Ia membantu meningkatkan kekuatan tenaga dan mempercepatkan kadar pemulihan tubuh.

  • Ia meringankan keletihan mental dan meningkatkan kepekaan.
  • Ia menguatkan sistem pernafasan dan membina sistem pertahanan tubuh kita.
  • Ia membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah dan fungsi seksual.
  • Akhir sekali, ia membantu mengurangkan berat badan dengan cara menaikkan kadar pembakaran kalori dan menstabilkan metabolisma yang lemah.


Bee Pollen membantu masalah pencernaan


Enzim amilase dalam Bee Pollen adalah mangkin biologi yang diperlukan untuk proses pencernaan. Ia membantu dalam pencernaan makanan. Di samping itu, ia juga membantu mencetuskan aktiviti pelarasan fungsi gastro-usus yang berkaitan dengan sembelit kronik dan beberapa kes cirit birit


Bee Pollen membantu mengurangkan berat badan


Bee Pollen kaya dengan lesitin iaitu sejenis pengemulsi lemak yang berkesan untuk memecahkan lemak dalam tubuh badan kita. Ia juga mengandungi 'phenylalanine' iaitu sejenis asid amino semulajadi yang bertindak sebagai penindas selera makan. Walau bagaimanapun, kesan pengurangan berat hanya dapat dilihat sekiranya pemakanan terkawal serta senaman teratur diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.


Bee Pollen sesuai untuk wanita hamil


DXN Bee Pollen ialah produk yang selamat untuk dimakan oleh semua orang walaupun bagi wanita yang sedang hamil. Bee Pollen mencegah kekurangan zat semasa hamil dan semasa tempoh penyusuan bayi. Bagaimanapun, bagi wanita yang hamil, boleh mendapatkan nasihat dari doktor sebelum memulakan pengambilan Bee Pollen.


Bee Pollen mengelakkan Anaemia


Anaemia berlaku apabila tubuh kita kekurangan zat besi, protein, vitamin B dan asid folik. Kekurangan zat-zat ini akan mengurangkan kadar penghasilan sel darah merah (hemoglobin) di dalam tubuh kita. Dengan memakan Bee Pollen yang kaya dengan zat besi, protein, vitamin B dan asid folik, ia dapat menambahkan bekalan keperluan zat-zat ini kepada tubuh dan seterusnya menghalang dan memperbaiki keadaan anemia dengan merangsangkan penghasilan hemoglobin.


Bee pollen sesuai untuk pemakan sayur ( vegeterian)


Nilai pemakanan pollen adalah setanding dengan sayuran segar, salad, buah-buahan dan ia merupakan pengganti sumber protein yang hebat. Bee Pollen ialah makanan tambahan yang tulen dan tidak diproses, ia mengandungi 100% bahan asas tumbuhan yang dihasilkan oleh bunga-bungaan, herba, tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok yang dikumpulkan oleh lebah madu. Ia juga bebas dari sebarang bahan pengawet buatan manusia.


Bee Pollen sesuai untuk lelah dan masalah alahan


Kami mencadangkan anda bermula dari dos yang rendah. Sebagai permulaan, anda boleh mengambil dua tablet sehari pada minggu yang pertama untuk membina sistem keimunan anda secara perlahan-lahan. Kemudian, anda boleh menambahkan pengambilan secara beransur-ansur sehingga sampai ke tahap yang disyorkan. Bagaimanapun, bagi mereka yang alah kepada produk hasil lebah, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, ahli farmasi atau pakar pemakanan sebelum memulakan pengambilan sebarang produk hasil lebah.


Bee Pollen DXN pilihan terbaik


Bee Pollen DXN adalah hasil asli dari alam semulajadi. Ia bebas dari bahan pengawet, pewarna tiruan, perasa atau bahan tiruan yang lain. Bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai masalah alahan, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, ahli farmasi atau pakar pemakanan sebelum memulakan pengambilan Bee pollen. Bee Pollen DXN pilihan terbaik kerana:


Bee Pollen yang dipilih adalah berkualiti tinggi

Dihasilkan oleh kilang yang mempunyai pengiktirafan "Amalan Perkilangan Baik"

(Good Manufacturing Practice (GMP)) yang mempunyai makmal dan peralatan eksklusif.

Diproses dengan menggunakan teknologi canggih untuk memastikan khasiatnya dikekalkan.

Setiap kelompok produk diuji di bawah kawalan kualiti yang ketat.

Tiada penambah kimia dan pengawet.

Sesuai untuk setiap peringkat umur dan untuk pengambilan jangka lama.

Bentuk tablet yang menyenangkan pengambilan pada setiap masa dan tempat.


Bee Pollen DXN untuk semua orang


Orang dewasa biasanya disyorkan memakan sebanyak 6 tablet sehari untuk mengekalkan kesihatan. Ia juga adalah DXN menyediakan Bee Pollen dalam bentuk tablet. selamat dimakan bersama produk DXN yang lain. DXN Bee Pollen boleh dimakan pada bila-bila masa, sebelum atau selepas makan. Pengguna boleh memakan DXN Bee Pollen walaupun sedang menjalani rawatan ubatan barat.