Wednesday, 14 April 2010

9. GANODERMA: RAJA HERBA YANG AJAIB

CARA PEMAKANAN RG DAN GL MENGIKUT JENIS PENYAKIT
 kulit sehat dan cantik berseri
Jenis penyakit Cara pemakaian

Penyakit mata ( katarak )

Ia dapat dijadikan sebagai pencuci mata dengan membuka kapsul Gl dan mencampurkannya ke dalam air panas 50-75 C. Campurkan sedikit garam dan biarkan enapan mendap. Letakkan ke dalam botol ubat titis mata dan gunakan seperti ubat pembersih mata yang biasa. Simpan di tempat yang dingin agar boleh digunakan selama 2-3 hari.

Demam ( kanak-kanak )

Gl boleh ditaburkan di bawah lidah setiap 2 jam sehingga suhu badan turun.

Masalah kulit

i. Luka

Bagi luka yang masih berair, taburkan Rg sehingga luka kering. Bagi luka kering, sapukan GL yang dicampurkan dengan sedikit air.

ii. Muka berjerawat

Taburkan Rg ditangan dan campurkan sedikit air dan sapukan pada jerawat. Gunakan sebelum tidur dan biarkan sehingga ke pagi

iii. Menghaluskan kulit

RG boleh digunakan sebagai pembersih muka dengan mencampurkan RG dengan sedikit air dan sapukan pada wajah 2-3 kali seminggu. GL juga boleh digunakan sebagai topeng muka dengan menyapukan GL yang telah dicampurkan dengan air dn dibiarkan selama 20-30 minit. Lakukan 2-3 kali seminggu. Bagi kulit berminyak GL boleh dicampurkan dengan RG.

Masalah kulit luar.

Masalah ini boleh diatasi dengan mencampurkan 30 kapsul RG ( buang kapsul) ke dalam segelas minyak ( minyak kelapa atau minyak sayiran) serta segelas air dan rebus sehingga airnya kering. Setelah rebusan tidak berbuih lagi, angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol. Minyak ini adalah untuk kegunaan luar sahaja iaitu untuk perawatan kesihatan melalui luar kulit. Gosokkan minyak pada bahagian yang hendak dirawat sehingga terasa panas. Panas yang dirasai itu akan membuka pori-pori dan memudahkan minyak Ganoderma meresap ke dalam kulit

Bersambung ke bahagian 10...

No comments: