GANODERMA LUCIDUM
Ganoderma Lucidum adalah sejenis cendawan yang biasanya terdapat pada kayu atau batang pokok. Di Malaysia, Ganoderma di kenali sebagai Kulat, Jamur Kayu di Indonesia, Lingzhi di kalangan masyarakat China dan dalam Bahasa Arab ia di kenali sebagai Al Kamah. Khasiat dan faedah Ganoderma Lucidum dalam memperbaiki kesihatan telah terbukti sejak zaman Kaisar Shi Huang Tie( 256- 310 SM) .
Terdapat lebih 200 spesis Ganoderma tetapi hanya 6 sahaja yang mempunyai kesan dalam bidang perubatan iaitu Gano Ruyi, Gano Otak, Gano Hati, Gano Kimshen, Gano Jantung dan Gano Merak. Sepanjang penelitian selama 15 tahun, penulis mendapati gabungan 6 jenis ganoderma ini memperolihi hasil yang memberi faedah kepada kesihatan umum. Kaedah pemprosesan organik menggunakan dedak padi, serbuk beras perang dan bahan semulajadi yang lain berjaya menghasilkan Ganoderma yang berkualiti tinggi dan bermutu.
Berdasarkan penelitian yang dibuat, terdapat zat-zat aktif yang berbeza ketika pertumbuhan Ganoderma pada peringkat awal ( Miselium ) dengan Ganoderma yang telah matang. Bagaimanapun zat aktif pada kedua-dua peringkat ini saling berkaitan dan saling bertindak balas.
REISHI GANO (RG)
Ganoderma atau RG adalah 100 % ekstrak Ganoderma Lucidum yang diproses melalui kaedah pengeringan dingin dnan pemisahan serat menggunakan teknik yang tertentu. Zat-zat yang terkandung dalam Ganoderma ini terpelihara dengan baik hasil pemprosesan yang khusus yang di kembangkan oleh penulis.
Ganoderma mengandungi lebih 200 elemen aktif. Beberapa elemen tersebut adalah seperti di bawah:
Zat aktif | Faedah |
Polisakarida | Memperkuatkan sistem pertahanan semulajadi badan Mencegah pertumbuhan sel yang tidak normal Membantu mengurangkan kadar gula dan memelihara fungsi pankreas Mencegah kerosakan sel-sel tisu badan Menguatkan membran sel Menambah jumlah oksigen yang dibawa oleh sel darah merah |
Adenosin | Menurunkan kadar kolesterol dan lemak dalam darah Menurun kadar lipid darah dan menstabilkan membran sel darah merah Menurunkan kadar pengumpulan darah dan mencegah trombogenesis Memperbaiki fungsi kelenjar adrenalin yang menjaga keseimbangan endokrin Menyeimbangkan metabolisma keremajaan dan memberi lebih tenaga Meyeimbangkan pH darah |
Triterpenoid | Meningkatkan sistem pencernaan Mencegah alahan yang disebabkan oleh antigen Mengurangkan kolesterol dan menstabilkan lemak dalam tubuh Mengaktifkan sel utama dalam tubuh |
Sari Ganoderik | Membantu memulihkan masalah kulit Meremajakan, mencantikkan dan menghaluskan kulit Menghentikan pendaahan |
Dengan zat-zat penting yang terkandung di dalam Ganoderma ini, maka dapat disimpulkan bahawa banyak manfaat dan faedah yang diperolehi untuk kesihatan tubuh kita. Bagaimanapun, fungsi yang paling baik sekali ialah membuang racun yang ada di dalam tubuh.
Bersambung ke bahagian 5...
No comments:
Post a Comment