Thursday 25 November 2010

SISTEM TUBUH BADAN MANUSIA


Ucapan Terima Kasih kepada pembuat / penerbit video yang sangat bermanfaat ini.

TEA TREE CREAM - PENYELESAIAN MASALAH KULIT

   Menurut sejarah, orang yang menjumpai dan menamakan tumbuhan ini sebagai pokok teh ialah Kapten Cook dan kumpulannya semasa Perang Dunia Pertama kerana pokok ini digunakan sebagai antiseptik yang kuat untuk menghapuskan bakteria, virus dan kulat serta menguatkan sistem imun tubuh semasa peperangan. Pokok ini banyak terdapat di Australia dan dikenali sebagai Melaleuca alternifolia.

   Pokok ini adalah serbaguna dan mudah tumbuh di kawassan paya dan matang sebelum mencapai usia setahun. Daunnya berbentuk halus seperti lembing dan tersusun secara belingkar di sepanjang ranting dan di bahagian bawah daun terdapat dua barisan bintik kecil sel minyak tersusun dari pangkal ke hujung daun. Kulit pokoknya pula seakan kertas dan boleh disiat menjadi kepingan dengan mudah. Daun pokok tea ini melalui beberapa proses penyulingan untuk mendapatkan minyaknya yang berwarna kekuningan sebelum diadun untuk dijadikan produk-produk yang lain. Bahan minyak pokok tea ini adalah bahan semulajadi dan selamat digunakan.

   Kulit kita adalah organ yang terbesar dan mudah terdedah kepada bahan toksin yang akan meresap ke dalam badan melaui liang-liang roma. Kulit juga mudah terkena berbagai jenis penyakit kulit seperti kudis dan panau. 

   Minyak pokok ini adalah ubat semulajadi yang sangat baik untuk ratusan jenis bakteria dan kulat penyakit kulit. Seperti jerawat, bisul, kulit berminyak, lepuh, kesan terbakar, terbakar matahari, kutu air, kutil, gigitan serangga, ruam, kelemumur, luka kecil dan kerengsangan. Krim ini juga sesuai untuk penyakit mulut seperti jangkitan mulut dan tekak. Ia juga sangat berkesan untuk melawan jangkitan penyakit yang gagal di rawat oleh antibiotik lain.
   Kajian juga menunjukkan minyak ini boleh mengatasi masalah pernafasan seperti sakit tekak, batuk dan penyakit merbahaya seperti asma, jantung dan brongkitis serta memperkuatkan sistem imun badan.   

   Kajian yang dijalankan di Australia menunjukkan minyak pokok tea ini adalah pembunuh terbaik untuk menghapuskan bakteria sekaligus ia menjadi produk antiseptik, antibakteria dan antifungus sangat berkesan dan cepat.

   DXN Marketing mengeluarkan Krim Tea Tree ( Tea Tree Cream ) yang sangat berkesan untuk digunakan di bahagian kulit anggota badan yang bermasalah. Dapatkan maklumat dan produk ini dari kami untiuk kegunaan seisi keluarga.

Harga RM 16.50
Kandungan: 30 gm

Saturday 20 November 2010

PANDUAN MEMILIH PRODUK HERBA

Kaedah perubatan menggunakan bahan herba  adalah satu kaedah yang  sudah beribu tahun diamalkan. Di berbagai tempat di dunia, perubatan menggunakan tanaman herba berkhasiat banyak digunakan dan menjadi satu cara pengubatan umum.  Meskipun hanya sebagian kecil dari tanaman yang telah diteliti ada manfaat perubatannya, perubatan moden juga tidak ketinggalan secara teratur  menggunakan produk-produk yang berasas dari tanaman atau hasil tanaman.

Selain menggunakan secara langsung bagian-bagian tanaman herba untuk pengubatan bahagian luaran ataupun pengubatan dalaman samada dimakan atau diminum dengan tujuan untuk menyembuhkan suatu penyakit, ada juga bahan herba yang digunakan untuk tujuan kecantikan wajah dan tubuh badan. Ubat –ubat herba  telah menjadi terkenal sekarang ini dengan berbagai pengusaha menyediak berbagai bahan herba dalam berbagai bentuk seperti  bentuk racikan atau ramuan siap pakai, bahan minuman dan sebagainya.

Peningkatan penggunaan ubat dari tanaman berkhasiat akhir-akhir ini menunjukan bahwa pengubatan ini semakin dipercaya akan manfaatnya, selain itu, kegagalan penggunaan ubat moden untuk penyakit tertentu di antaranya diabetes, darah tinggi dan kanser  menyebabkan ramai orang dari seluruh dunia beralih untuk menggunakan bahan herba sebagai ubat.
Penggunaan ubat herba secara umum dinilai lebih baik dan selesa  daripada penggunaan ubat moden. Ini kerana bahan herba memiliki efek sampingan  yang relatif lebih sedikit dari pada ubat moden.  Walaubagaimanapun,  jika digunakan secara berlebihan atau dicampurkan dengan bahan yang tidak bersesuaian boleh menimbulkan kesan sampingan  yang merugikan diri.
Bahan herba kesihatan juga boleh berinteraksi dan membantu jika diamalkan bersama dengan dengan ubat-ubatan moden namun  perlu berhati-hati bila menggabungkan bahan herba dengan ubatan yang diberikan oleh doktor. Dapatkan nasehat doktor atau oranng berkelayakan terlebih dahulu jika anda memutuskan untuk menggunakan pengubatan herba untuk melengkapi pengubatan anda.

Beberapa hal berikut mungkin akan membantu ketika memilih produk ubatan herbaldi pasaran:
  • Penjual atau pemilik premis perubatan herba belum tentu seorang yang mahir tentang herba. Ramai mereka ini yang tidak mempunyai ilmu dan kemahiran ilmiah dalam bidang perubatan herba. Carilah maklumat dan dapatkan nasehat dari ahli yang ada ilmu dan kemahiran dalam bidang herba yang tertentu sebelum mengamalkannya.
  • Kenali pengeluar herba yang anda perlukan. Dapatkan maklumat pengeluar dan pilihlah produk herba yang dikeluarkan oleh pengeluar yang besar dan terkenal serta memiliki pensijilan yang diikhtiraf. Sebaiknya herba yang anda mahu amalkan perlulah telah menjalani kajian klinikal pihak bebas dan disahkan di peringkat antarabangsa. Jauhi produk yang dikeluarkan oleh pengeluar, pengilang atau di edarkan oleh pengedar yang meragukan.
  • Periksa label produk herba. Bacalah label pada bungkusan produk dengan teliti seperti  kandungan bahan-bahan herba, tarikh pengilangan, doses yang perlu diambil, tarikh tamat tampoh produk, kesan sampingan (jika ada), jaminan insuran (sekiranya ada) dan kelulusan pihak berkuasa untuk mempastikan anda menggunakan herba yang betul dan baik.
  • Berhati-hati terhadap janji kebaikan dan kuasa penyembuhan produk. Ramai peniaga yang memberikan bukti-bukti, testimoni dan janji kebaikan dan kuasa penyembuhan produk sehingga produk tersebut adalah "produk terlalu baik." Dapatkan pengesahan dari rakan-rakan atau pemilik testimoni dan jangan percaya seratus peratus kepada si penjual.
  • Amalkan produk herba dengan betul dan tepat. Setiap produk herba mempunyai fungsi dan tugas berlainan serta memerlukan jumlah yang tertentu untuk diambil untuk memberikan kesan baik. Ambillah mengikut doses yang disyorkan dan ikutilah nasehat pada lebel produk untuk mendapatkan manfaat produk yang diamalkan.
  • Banyak bahan mengurangkan kemujaraban. Ada produk herba yang mencampurkan 6 hingga 10 atau lebih lagi!!! bahan dalam satu ramuan. Bunyinya hebat tetapi jika anda mengambil produk herba yang mengandungi banyak kombinasi bahan, setiap bahan akan mengandungi kandungan yang terlalu sedikit sehingga tidak memberikan kesan penyembuhan yang diharapkan. Carilah beberapa jenis produk jika anda perlukan bahan herba untuk tugas yang berbeza. Seperkara yang perlu diambil perhatian ialah penggunaan bahan larangan di dalam bahan herba oleh pengilang dan pengeluar tidak bertanggungjawab untuk memberikan kesan segera kepada anda. Jauhilah produk yang meragukan kerana ia akan lebih merosakkan kesihatan anda untuk jangka masa panjang.
  • Gunakan doses yang tepat. Jangan ambil doses yang lebih tinggi dari yang tercatat di label. Penggunaan melebihi doses yang dirsyorkan boleh menyebabkan keracunan. Kebanyakan ubat herba tidak boleh diberikan kepada anak-anak di bawah usia satu tahun kecuali dibenarkan oleh orang yang berpengalaman. Akanak-kanak berumur 1-6 tahun biasanya diberikan sepertiga doses orang dewasa sementara anak-anak usia 6-12 menerima setengah doses orang dewasa. Warga emas berumur 65 tahun ke atas mungkin perlu untuk mengurangkan doses juga.
  • Perhatikan kesan rawatan dan kesan samping bahan herba. Jika anda mengalami kesan-kesan rawatan yang tidak biasa anda alami sebelum mengamalkan sesuatu bahan herba, silalah dapatkan maklumat dan nasehat dan peniaga atau pihak pengeluar produk. Jangan biarkan ianya berpanjangan tanpa mengetahui sebab kepada kesan rawatan tersebut. Jika anda tidak mendapat penjelasan yang memuaskan, berhentilah mengamalkan produk herba tersebut.
  • Beri waktu untuk bekerja. Berikan sedikit masa untuk produk herba yang diamalkan untuk bertindak kepada badan anda. Ini biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan ( 30 hari ). Sementara itu perhatikan kesan positif dan negetif yang boleh anda rasakan setelah mengamalkan produk tersebut. Jika tiada perkembangan positif, berhentilah menggunakan produk herba tersebut.   
 
 Dapatkan produk herba anda dari pengedar /peniaga yang sah, sila hubungi kami untuk maklumat dan penerangan tentang pruduk herba untuk penjagaan kesihatan. 
Kami adalah pengedar sah pruduk kesihatan keluaran Syarikat DXN marketing Sdn. Bhd.

Sunday 7 November 2010

MAKANAN BETUL DAN BERKHASIAT MENGELAK PENYAKIT


    Cara pemakanan seseorang itu melambangkan tabiat, sikap, atau keperibadian seseorang.

    Corak pemakanan sangat penting kerana cara pengambilan makanan yang berkhasiat menjamin kesihatan dan membantu menjauhi pelbagai jenis penyakit. Sikap kurang prihatin mengenai pemakanan sihat menjadi penyumbang kepada pelbagai jenis penyakit berkaitan makanan termasuk obesiti.

   Garis panduan pertama dalam amalan pemakanan sihat ialah setiap orang perlu menikmati pelbagai jenis makanan setiap hari termasuk bijiran, buahan, syur, daging, kekacang, susu, lemak dan minyak. Corak pemakanan yang berkhasiat perlu ditentukan mengikut kuantiti tertentu berdasarkan empat peringkat piramid makanan.

    Peringkat pertama ialah bijiran diikuti peringkat kedua oleh sayur dan buahan, seterusnya susu, dadih, keju, ikan, daging  dan kekacang di peringakt ketiga. Peringkat keempat  yang perlu diamalkan paling minima ialah lemak, gula dan garam. Sebelum mengambil setiap hidangan makanan ketahuilah nilai kalori dalam setiap hidangan kerana ia akan memberi kesan kepada penambahan berat badan. Mengambil buahan dan sayuran amat penting kerana ia merupakan sumber vitamin yang lengkap tetapi perlulah di ambil dalam kuantiti yang betul.

PANDUAN MAKANAN BERKHASIAT:

1.       Kurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dengan menghadkan makanan bergoreng dan menggunakan sedikit minyak sahaja dalam masakan. Jumlah kalori lemak yang berlebihan akan membentuk plak di saluran darah.

2.       Garam perlu dikurangkan bagi mengelakkan penyakit darah tinggi walaupun ianya adalah satu keperluan di dalam tubuh. Seseorang hanya memerlukan 500 mg  garam sedangkan mengikut ukuran satu sudu teh bersamaan 2,100 mg.

3.       Hadkan penggunaan sos dan serbuk perisa serta kurangkan menghidang telur masin, ikan masin, bahan berjeruk dan makanan berproses.

4.        Setiap orang memerlukan 50 mg gula sehari untuk membekalkan tenaga tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan. Pengambilan susu pekat di dalam minuman perlu dikurangkan. Elakkan meminum minuman bersusu (seperti teh tarik) ketika menikmati hidangan makanan kerana ia akan membantutkan pembentukan hemoglobin ( sel darah merah ) dan akhirnya mengundang penyakit.

5.       Banyakkan meminum air  kosong– antara 6 hingga 8 gelas sehari untuk membantu fungsi fisiologi di dalam badan, mengekalkan suhu badan dan pengeluaran bahan sisa daripada badan.

    DXN menyediakan pemakanan kesihatan semulajadi berasaskan lingzhi yang sangat berkesan untuk membantu setiap orang mengubati berbagai masalah penyakit dan mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang hayat. Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Monday 13 September 2010

APAKAH KOLESTEROL ?

Apa itu kolesterol?

   Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Madya Ramzisham Abdul Rahman berkata, kolestrol adalah lapisan lemak yang wujud secara semulajadi dalam semua bahagian dalam tubuh badan. 

   Kolesterol katanya, datang daripada dua sumber. Satu daripada badan dan satu lagi daripada makanan. Hati dan sel dalam badan menghasilkan kira-kira 75 peratus daripada kolesterol dalam darah. Selebihnya ia datang daripada apa yang anda makan. Kolesterol hanya ditemui dalam makanan berasaskan haiwan.

   “Mungkin anda terperanjat jika dikatakan kolesterol itu sendiri tidak jahat. Sebenarnya, kolesterol adalah satu daripada bahan yang dihasilkan badan untuk kekal sihat. Sesetengah kolesterol yang kita perlukan dihasilkan secara semula jadi (boleh juga dipengaruhi sejarah keluarga), manakala sesetengah lagi diperolehi daripada makanan yang kita ambil,” katanya yang juga merupakan Pensyarah Kanan pusat perubatan tersebut.

   Namun menurutnya, jika paras kolestrol terlebih dalam darah, ia akan melekat pada dinding arteri dan ini dipanggil plak. 

   Katanya, plak boleh mengecilkan arteri atau menyekat terus perjalanan darah dan seterusnya meningkatkan risiko sakit jantung dan strok. Paras kolesterol juga meningkat sejajar dengan peningkatan umur. 

   Jelasnya lagi, tidak ada tanda seseorang itu mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
“Anda mungkin mempunyai paras kolestrol tinggi disebabkan keturunan, obesiti dan mengambil makanan yang berlemak terutama sekali dalam musim perayaan begini,” kata beliau.

   Sambil menegaskan hari raya bukanlah tiket untuk bebas menikmati apa sahaja hidangan disebabkan telah berpuasa selama sebulan, Prof Ramzisham menasihatkan pembaca agar berhati-hati ketika menjamu selera terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, diabetis, jantung dan juga kepada individu yang merokok.

Jenis kolestrol

   Terdapat dua jenis kolesterol, iaitu kolestrol baik (HDL) dan kolestrol jahat (LDL). Adalah penting setiap individu memahami dan tahu paras baik dan jahat kolesterol dalam darah. 

   “Lebih salah satu atau kurang daripadanya meletakkan diri dengan risiko penyakit jantung koronari, serangan jantung dan strok,” katanya.

   Jelas beliau, kolestrol HDL adalah kolestrol baik yang membantu kolestrol LDL daripada berkumpul dan menyekat dinding arteri.

   Paras HDL yang sihat juga melindungi tubuh daripada serangan jantung dan strok, manakala paras HDL yang rendah (kurang daripada 40mg/dL untuk lelaki dan kurang daripada 50 mg/dL untuk wanita) terbukti meningkatkan risiko penyakit berkaitan jantung.

   Jika anda ingin meningkatkan HDL, kajian menunjukkan senanan biasa boleh membantu badan menghasilkannya. Mengurangkan pengambilan lemak trans dan mengambil pemakanan seimbang, diet berkhasiat juga boleh membantu. Jika kedua-dua cara itu tidak berkesan, doktor akan memberi ubat khas bagi membantu meningkatkan HDL.

   Dalam pada itu, jika terlalu banyak LDL dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

   “LDL dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh, tetapi kebanyakan individu mewarisinya daripada ibu, bapa atau datuk dan nenek. Pemakanan mengandungi lemak tepu, lemak trans dan kolesterol juga meningkatkan paras sedia ada anda,” katanya.

   Bagaimanapun kata beliau lagi, jika paras kolestrol tinggi dalam darah diwarisi daripada keturunan, mengubah cara hidup dan diet masih belum mencukupi untuk menurunkan paras LDL.

   Menurutnya, setiap individu berbeza. Jadi mereka perlu mendapatkan pandangan doktor untuk pelan rawatan terbaik yang patut dilakukan.

   Di Amerika Syarikat katanya, penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu. Hampir 2,300 penduduknya mati akibat penyakit kardiovaskular setiap hari, secara purata satu kematian setiap 38 saat.

   Beliau juga menyarankan kepada mereka yang rasa bertanggungjawab terhadap kesihatan diri terutamanya yang mempunyai risiko tinggi membuat saringan kesihatan di klinik atau pusat-pusat kesihatan di bulan Syawal ini untuk mengelakkan penyakit yang tidak diundang demi bertemu Ramadan dan Syawal tahun hadapan.

(petikan dari akhbar Utusan Malaysia)