Tuesday 27 April 2010

15. GANOTERAPI, RAJA HERBA YANG AJAIB.

TINDAK BALAS BADAN SELEPAS MAKAN RG DAN GL

Berikut adalah beberapa kesan tindak balas pemakanan RG dan GL.
 
1. Kening tegang – (saraf mata)

2. Mata berair / sering keluar tahi mata – (masalah ginjal)

3. Hidung tersumbat / banyak hingus – (masalah saluran pernafasan)

4. Mulut & lidah berbau / kerongkong kering – (masalah hati / pencernaan).

5. Seluruh badan bengkak – ( masalah diabetes / fungsi hati).

6. Seluruh badan berbintik – ( hati sedang mengeluarkan toksin)

7. Seluruh badan berasa ngilu – (masalah makanan, ubat dan bahan kimia).

8. Kejang – (masalah kurang oksigen dalam edaran darah)

9. Lesu –( masalah kadar gula terlalu rendah).

10. Pening – (masalah  tekanan darah)

11. Sakit di bahagian belakang kepala – (masalah saraf otak)

12. Leher berasa tegang – ( masalah peredaran darah).

13. Lemah paru-paru – (masalah paru-paru dan saluran pernafasan).

14. Denyut jantung tidak teratur – (masalah jantung).

15. Rasa panas dibahagian perut, kembung dan berasa tidak selesa – (masalah perut).

16. Cirit-birit, kentut dan kembung –( masalah usus).

17. Ngilu di pinggang – (masalah ginjal, kelenjar endokrin)

18. Haid tidak teratur, banyak  keputihan, darah tidak berhenti  – (masalah kelenjar endokrin/ peranakan)

19. Dubur berdarah / hitam – ( luka di bahagian pencernaan).

20. Sakit sendi, tulang ngilu  - (masalah rheumatik, infeksi sendi). 

bersambung ke bahagian 16.

Thursday 22 April 2010

14. GANODERMA. RAJA HERBA YANG AJAIB.

sambungan dari bahagian 13

TANDA-TANDA KESAN RAWATAN GANODERMA. 



E.     TINDAK BALAS BADAN

1.       BADAN BERASA SAKIT.
Secara umumnya, segala kesaakitan badan adalah disebabkan saluran darah dan saluran pembuluh yang tersekat.

i.                     Sakit menyucuk.
                        Proses penyeimbangan urat saraf

ii.                   Sakit sengal.
                       Menandakan luka di dalam badan.

iii.                  Sakit menyentap.
                        Proses penyeimbangan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv.                 Sakit menegang.
                       Proses melancarkan pengaliran darah.

2.       BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH.
        Badan mengandungi asid berlebihan. Proses penyeimbanagn sedang berlaku dan badan memerlukan rehat.

3.       BADAN TERASA PANAS.
      Badan mengandungi asid berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak iar  untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

4.       BADAN TERASA RINGAN.
        Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

F.      TINDAK BALAS EMOSI.

1.       RASA TAKUT MENGEJUT.
        Lemah fungsi buah pinggang. Lemah tenaga batin.

2.       CEPAT NAIK DARAH / MARAH.
        Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

3.       RASA BIMBANG DAN TAKUT.
        Sistem paru-paru lemah.

4.       RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB.
i.                     Sistem jantung yang lemah.
ii.                   Sistem saraf otak yang lemah.
iii.                  Masalah pengaliran darah.

5.       SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL.
       Sistem penghadaman yang lemah.


( Anda di nasehatkan mendapatkan pemeriksaan kesihatan dari Doktor Perubatan untuk mendapatkan nasehat dan rawatan yang sewajarnya).


   bersambung

13. GANODERMA. RAJA HERBA YANG AJAIB.

TINDAK BALAS RAWATAN GANODERMA

TANDA-TANDA DALAMAN.

A. KEPALA.
Secara amnya tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. PENING / SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA.
Menandakan sakit tekanan jiwa ( neurosis ) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. PENING / SAKIT DI BAHAGIAN BELAKAKNG KEPALA.

i. Bahagian atas.
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

ii. Bahagian bawah ( tengkok )
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.

3. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA.
Menandakan penyakit migrain.

4. BISUL TERJADI DI KEPALA.
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. RASA PENING YANG MEMUSING.
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

B. MULUT / KERONGKONG.

1. LOYA / MUNTAH.
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksin dari bahagian perut.

2. MUNTAH DARAH.
i. Darah merah.
Pembuangan tisu yang sudah rosaak di bahagian kerongkong dan paru-paru.

ii. Darah hitam.
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut, misalnya penyakit ulser.

3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDIK.
Tanda sakit jantung.

4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT.
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman atau barah kerongkong.

C. KENCING.

1. KENCING KERAP.
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang berlebihan.

2. AIR KENCING BERKAPUR.
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

3. AIR KENCING BERMINYAK.
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

4. AIR KENCING BERWARNA COKLAT.
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

5. AIR KENCING BERDARAH.
Penyakit batu karang atau buah pinggang berdarah.
D. BUANG AIR BESAR.

1. CIRIT-BIRIT / KERAP BUANG AIR BESAR.
Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. SEMBELIT.
Membersihkan kotoran dari usus kecil.

3. NAJIS BERDARAH.

i. DARAH MERAH.
Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii. DARAH HITAM.
Masalah penyakit ulser perut.

4. NAJIS BERWARNA HITAM.
Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

bersambung ke bahagian 14.

Tuesday 20 April 2010

12. GANODERMA. RAJA HERBA YANG AJAIB


TANDA-TANDA TINDAK BALAS

1.       TANDA-TANDA LUARAN

A.     MUKA.

I.                    MATA.

 Bertindak balas dengan keadaan hati.

i.                     Mata menjadi merah.
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii.                   Mata menjadi kabur.
                       Sering berlaku pada waktu pagi, menandakan proses penyaimbangan hati sedang berlaku.
iii.                  Keluar tahi mata.
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv.                 Keluar air mata.
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja yang kuat.
v.                   Ketegangan mata dan kelopak.
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2.      HIDUNG.

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i.                     Selsema.
a.       Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
b.      Badan mengandungi asid berlebihan ( biasanya suhu badan meningkat)
ii.                   Hidung sebu.
a.       Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan
b.      Proses penyeimbangan masalah alahan hidung.
iii.                  Bersin.
a.       Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b.      Proses penyeimbangan masalah alahan hidung
iv.                 Batuk.
a.       Batuk keluar kahak- proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
b.      Batuk tanpa kahak- paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c.       Batuk berasa gatal di kerongkong-proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada  orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

3.      KERONGKONG.

i.         Kerongkong kering.     
Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin

ii.  Sakit kerongkong.
Seperti di atas. Paras toksin lebih serius.

4.      BIBIR.

Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

i.                     Bibir pucat.
a.       Sistem penghadaman yang lemah.
b.      Perut mengandungi angin
c.       Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebalum memakan zat besi.
ii.                   Bibir kering dan pecah.
Perut mengandungi banyak bahan toksin.

5.      MULUT DAN LIDAH.

Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem peredaran darah.
i.                     Lidah atau gusi bengkak, sakit.
Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii.                   Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah ( ulser )
Menunjukkan darah mengandungi asid berlebihan.

iii.                  Mulut berbau busuk.
Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

6.      TELINGA.

Berkaitan dengan buah pinggang.

i.                     Telinga rasa tersumbat.
Buah pinggang memgandungi toksin berlebihan.

ii.                   Telingan berdengung.
Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biassa tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

B.      KULIT.

1.      PELUH.
i.                     Peluh masin.
Badan mengandungi lebihan asid urik.

ii.                   Peluh berbau.
Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

2.      RUAM DAN BISUL.
Badan menyingkirkan toksin berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

3.      KULIT GATAL DENGAN RUAM.
Proses penyingkiran toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

4.      KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

5.      RAMBUT GUGUR.
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

C.      SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI.

1.      SAKIT SENDI.

i.                     Rasa panas.
Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai ( Gout )

ii.                   Tidak rasa panas.
Tanda-tanda sakit lenguh ( rheumatism)

iii.                  Sakit di bahagian bahu.
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisma tidak seimbang.

2.      KEBAS TANGAN.
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3.      KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN.
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan saakit jantung mungkin berlaku.

4.      KEBAS KAKI.
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5.      SAKIT TAPAK KAKI.
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kurang senaman dan duduk terlalu lama.

6.      SAKIT TUMIT KAKI.
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7.      RASA PANAS DI TAPAK KAKI.
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8.      GATAL DI CELAH-CELAH KAKI.
Menunjukkan tanda-tanda awal penyakit kaki busuk ( Hong Kong Foot )

Bersambung ke bahagian 13.

Monday 19 April 2010

10. GANODERMA, RAJA HERBA YANG AJAIB

TINDAKBALAS MASALAH KESIHATAN

Sebagaimana yang telah dijelaskan, badan kita mempunyai sistem pertahanannya sendiri yang berupaya menghalang racun daripada memasuki tubuh badan. Dalam ilmu Ganoterapi, ia di kenali sebagai tindak balas penyakit. Sebagai contohnya, kita tersedak semasa kita sedang makan kerana ada makanan yang masuk ke dalam anak tekak. Ia dianggap sebagai racun yang mengancam paru-paru kita kerana sepatutnya makanan itu memasuki kerongkong untuk terus dihantar ke dalam perut. Tubuh kita akan memberi tindak balas secara automatik untuk mengeluarkan makanan tersebut dengan batuk-batuk.

Selain memberi tindak balas ketika proses penyingkiran racun dari dalam badan, tubuh juga bertindak balas ketika proses penyeimbangan fungsi badan berlaku. Contohnya apabila luka di mana-mana anggota badan sudah kering, kita pasti akan berasa gatal-gatal di sekelilingnya. Ini berlaku disebabkan oleh proses penggantian semula sel-sel mati kepada sel-sel baru. Ia turut dikenali sebagai tindak balas kesihatan.

Kesimpulannya tindak balas penyakit adalah sesuatu yang biasa berlaku pada tubuh. Pengalaman pemakanan RG dan GL akan membantu mengaktifkan sistem pertahanan badan dan sistem pertahanan badan itulah yang akan menimbulkan tindak balas penyakit. RG dan GL juga tidak dapat menyembuhkan penyakit sebaliknya sistem pertahanan badan itu sendiri yang memulihkan sebarang penyakit yang dialami.

Sistem pertahanan badan berfungsi memulihkan kesihatan tubuh dan bukannya hendak merosakkan. Oleh itu, setiap tindak balas sampingan yang berlaku tidak membahayakan sebaliknya menguntungkan. Ini kerana tindak balas penyakit ini merupakan peringatan awal bahawa tubuh kita menghadapi masalah kesihatan. Contohnya jika bibir kering dan pecah-pecah, ia menandakan terdapatnya masalah pada sistem pencernaan.

bersambung ke bahagian 11.

11. GANOTERAPI, RAJA HERBA YANG AJAIB.


MENGHADAPI TINDKBALAS GANGUAN KESIHATAN

Jika anda menghadapi tindak balas kesihatan ketika menggunakan RG dan GL, antara langkah yang boleh diambil ialah:

1.       Sesuaikan tindak balas yang terjadi dengan tanda-tanda tindak balas kesihatan yang terdapat di dalam buku ini agar kita dapat mengetahui masalah kesihatan yang dihadapi.

2.       Jangan cepat panik dengan reksi yang timbul. Sebaliknya telitikan keadaan anda. Adakah anda berasa semakin lemah atau menjadikan anda lebih segar setelah mengalami tindak balas tersebut.

3.       Jika tubuh anda menjadii lebih segar, terukan mengambil RG dan GL dengan jumlah yang sama dengan jumlah yang sama sehingga tindak balasnya hilang dengan sendirinya. Kemudian, tingkatkan pengambilan seperti yang disarankan.

4.       Jika tubuh anda menjadi lemah, kurangkan pengambilan RG dan GL hingga separuh. Lihat perkembangan selanjutnya. Jika anda berasa cergas, teruskan pengambilan dengan jumlah tersebut. Jika sebaliknya, terus kurangkan pengambilan ( kepada separuh lagi).

5.       Jangan berhenti mengambil RG dan GL kerana jika anda berhenti maka berhenti jugalah proses penyingkiran racun dan penyeimbangan fungsi badan.

6.       Tindak balas sampingan akan hilang dengan sendirinya apabila sistem pertahanan badan telah dapat mengatasi masalah kesihatan yang ada dalam tubuh kita. Ketika itu, makanlah RG dan GL mengikut sukatan.

7.       Untuk mengatasi tindak balas kesihatan yang boleh mengganggu aktiviti harian, anda boleh mengambil RG dan GL  di samping ubatan yang disarankan oleh doktor.

PERLU DIINGAT !!!

·         RG dan GL tidak meyembuhkan penyakit.
·         Ia hanya berfungsi membuang racun dan mengembalikan fungsi badan
·         Hanya tubuh yang sihat mampu mengatasi masalah  kesihatan.
·         Tubuh yang sihat mengaktifkan sistem pertahanan badan untuk mengatasi masalah kesihatan dengan memberikan tindak balas.
·       Tindak balas kesihatan adalah sesuatu yang normal dilakukan oleh tubuh. Ia tidak membahayakan kesihatan atau merosakkan tubuh. 

bersambung ke bahagian 12

Wednesday 14 April 2010

9. GANODERMA: RAJA HERBA YANG AJAIB

CARA PEMAKANAN RG DAN GL MENGIKUT JENIS PENYAKIT
 kulit sehat dan cantik berseri
Jenis penyakit Cara pemakaian

Penyakit mata ( katarak )

Ia dapat dijadikan sebagai pencuci mata dengan membuka kapsul Gl dan mencampurkannya ke dalam air panas 50-75 C. Campurkan sedikit garam dan biarkan enapan mendap. Letakkan ke dalam botol ubat titis mata dan gunakan seperti ubat pembersih mata yang biasa. Simpan di tempat yang dingin agar boleh digunakan selama 2-3 hari.

Demam ( kanak-kanak )

Gl boleh ditaburkan di bawah lidah setiap 2 jam sehingga suhu badan turun.

Masalah kulit

i. Luka

Bagi luka yang masih berair, taburkan Rg sehingga luka kering. Bagi luka kering, sapukan GL yang dicampurkan dengan sedikit air.

ii. Muka berjerawat

Taburkan Rg ditangan dan campurkan sedikit air dan sapukan pada jerawat. Gunakan sebelum tidur dan biarkan sehingga ke pagi

iii. Menghaluskan kulit

RG boleh digunakan sebagai pembersih muka dengan mencampurkan RG dengan sedikit air dan sapukan pada wajah 2-3 kali seminggu. GL juga boleh digunakan sebagai topeng muka dengan menyapukan GL yang telah dicampurkan dengan air dn dibiarkan selama 20-30 minit. Lakukan 2-3 kali seminggu. Bagi kulit berminyak GL boleh dicampurkan dengan RG.

Masalah kulit luar.

Masalah ini boleh diatasi dengan mencampurkan 30 kapsul RG ( buang kapsul) ke dalam segelas minyak ( minyak kelapa atau minyak sayiran) serta segelas air dan rebus sehingga airnya kering. Setelah rebusan tidak berbuih lagi, angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol. Minyak ini adalah untuk kegunaan luar sahaja iaitu untuk perawatan kesihatan melalui luar kulit. Gosokkan minyak pada bahagian yang hendak dirawat sehingga terasa panas. Panas yang dirasai itu akan membuka pori-pori dan memudahkan minyak Ganoderma meresap ke dalam kulit

Bersambung ke bahagian 10...