Tuesday 6 April 2010

2. GANODERMA- RAJA HERBA YANG AJAIB

GANOTERAPI:

Ganoterapi ialah satu kaedah penjagaan kesihatan menggunakan Ganoderma yang dikategorikan sebagai Perubatan Holistik. Prinsip Ganoderma ialah “tubuh kita merupakan doktor yang terbaik”. Badan manusia sebenarnya mampu mengatasi segala gangguan kesihatan sekiranya sistem badan berfungsi dengan baik terutama sistem pertahanan badan ( immune body system)

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu mengidap sesuatu jenis penyakit. Bagaimanapun dalam Ganoterapi, ia hanya tergolong kepada dua faktor sahaja iaitu:

1. Ada racun yang memasuki badan kita.

Racun yang dimaksudkan bukanlah bahan-bahan merbahaya seperti pembasmi serangga, virus ataupun bakteria, tetapi racun yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu yang tidak diingini atau berlebihan tetapi ia berada di dalam tubuh kita. Contohnya gula, ia sangat berguna kepada tubuh kita tetapi apabila kandungannya berlebihan, maka kita akan menghidapi penyakit kencing manis. Begitu juga dengan kolesterol. Ia berguna bagi perkembangan otak, tetapi apabila kolesterol terlalu tinggi, ia akan menyumbat saluran darah.

2. Sistem badan tidak seimbang atau tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.

Di dalam tubuh kita, terdapat satu sistem peredaran darah yang berfungsu menghubungkan antara satu organ ke satu organ yang lain. Apabila sistem itu tidak dapat menjalankan fungsinya maka akan timbullah gangguan pada bahagian-bahagian tertentu tubuh kita.

Contohnya paru-paru berfungsi menyimpan kadar air yang diperlukan oleh badan. Apabila terdapat air yang berlebihan di dalam paru-paru, ia akan menyebabkan sesak nafas, muka menjadii pucat, berpeluh dan batuk-batuk yang diserta dengan kahak berwarna putih.

Sebaliknya, jika paru-paru kita kekurangan air, tekak akan menjadi kering , muka menjadi merah, susah untuk tidur dan batuk yang disertai dengan kahak berwarna hijau. Masalah ini terjadi apabila berlakunya ketidak seimbangan di dalam organ tubuh yang menimbulkan ganguan kesihatan.

Contoh gangguan kesihatan yang lain:

• Sistem badan tidak seimbang
• Adanya racun di dalam badan
• Sakit jiwa, stress – berkaitan emosi
• Virus, bakteria, bahan kimia
• Kurang vitamin dan zat makanan

Kesimpulannya, punca masalah kesihatan pada manusia boleh terbahagi kepada dua golongan iaitu terdapatnya racun dalam tubuh dan ketidakseimbangan sistem tubuh. Jadi, sekiranya racun yang berada di dalam tubuh dapat dikeluarkan dan sistem tubuh dapat berfungsi dengan baik, maka masalah kesihatan yang dialami akan dapat di atasi. Tubuh kita sendiri mempunyai sistem pertahanan badan yang berfungsi untuk menyeimbangkan sistem badan dan mengeluarkan racun. Justeru, kesihatan tubuh harus di jaga dengan mengamalkan cara hidup yang sihat, diet yang seimbang dan menghindari racun dai memasuki sistem organ kita.

Kehidupan moden kini dengan tahap pencemaran alam yang semakin teruk dan kebersihan makanan yang tidak menentu sedikit sebanyak telah melemahkan sistem pertahanan badan. Kita tidak dapat pastikan berapa banyak racun yang telah memasuki badan kita dan melemahkan sistem badan. Dengan sebab itu ganoterapi menggunakan Ganoderma dapat membantu tubuh kita membuang racun dan mengembalikan semula keseimbangan fungsi badan.

Bersambung ke bahagian 3...

No comments: