Monday 5 April 2010

1. GANODERMA- RAJA HERBA YANG AJAIB


PERINGATAN: 
Semua maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah untuk makluman sahaja. ia tidak boleh menggantikan sebarang nasehat pakar. sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan, sila dapatkan nasehat doktor.
Rencana ini di ambil dari buku GANOTERAPI- RAJA HERBA YANG AJAIB yang dikarang oleh Dato’ Dr Lim Siow Jin, Ph D.
GANOTERAPI:

KATA PENGANTAR.

Tidak seorangpun di dunia ini ingin mengidap sebarang jenis penyakit. Namun tahukah anda makanan dan minuman yang kita makan setiap hari sangat berpotensi membawa racun (toksin) ke dalam tubuh yang lama kelamaan mampu merosakkan tubuh kita.

Sebelum racun yang berada di dalam tubuh kita merebak sehingga merosakkan fungsi orgam tubuh seperti limpa, jantung, paru-paru atau ginjal, adalah lebiha baik jika kita sama-sama menjaga kesihatan agar ia tidak mengganggu rutin hidup kita seharian.

Usah bimbang !. mulai sekarang jadikan “BUKU GANOTERAPI” ini sebagai alat bantuan untuk anda menyakinkan diri bahawa TUBUH KITA ADALAH DOKTOR YANG TERBAIK  untuk membasmi setiap tanda-tanda yang dirasakan oleh tubuh kita.

Melalui kaedah perawatan dan pemeliharaan kesihatan dengan GANODERMA LUCIDUM oleh DATO’ DR LIM SIOW JIN dalam buku ini, racun hanya kepada dua bahagian sahaja iaitu racun yang larut di dalam air dan racun yang tidak larut di dalam air.

Sebagai bukti, kami cadangkan buku ini kepada anda untuk dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seharian anda,  sekiranya anda mengamalkan prinsip yang tercatat di dalam buku ini dalam kehidupan seharian anda, pastinya kesihatan anda akan terpelihara.

Sebarang kekurangan di dalam buku ini akan diperbaiki dari masa ke masa. Selamat membaca. Pentingkan kesihatan anda dan kejayaan akan menemani anda!!

Penulis buku ini, DATO DR LIM SIOW JIN, memiliki ijazah Ph D  dalam bidang perubatan holistik dari Indian Board of Alternative Medicines, India. Beliau telah menemui satu kaedah pemeliharaan kesihatan menggunkan Ganoderma Lucidum yang sangat terkenal di Malaysia dengan sebutan “ RAJA HERBA AJAIB”. Ganoderma mempunyai sejarah bertulis sejak 3000 lebih tahun dan ia juga dikenali sebagai Lingzhi ( China ), Reishi ( Jepun ), Al Kammah ( Arab )dan Kulat Merah ( Melayu/Indonesia) dan Ganoderma ( Inggeris ).  

Bersambung ke bahagian 2...

No comments: