Monday 19 April 2010

10. GANODERMA, RAJA HERBA YANG AJAIB

TINDAKBALAS MASALAH KESIHATAN

Sebagaimana yang telah dijelaskan, badan kita mempunyai sistem pertahanannya sendiri yang berupaya menghalang racun daripada memasuki tubuh badan. Dalam ilmu Ganoterapi, ia di kenali sebagai tindak balas penyakit. Sebagai contohnya, kita tersedak semasa kita sedang makan kerana ada makanan yang masuk ke dalam anak tekak. Ia dianggap sebagai racun yang mengancam paru-paru kita kerana sepatutnya makanan itu memasuki kerongkong untuk terus dihantar ke dalam perut. Tubuh kita akan memberi tindak balas secara automatik untuk mengeluarkan makanan tersebut dengan batuk-batuk.

Selain memberi tindak balas ketika proses penyingkiran racun dari dalam badan, tubuh juga bertindak balas ketika proses penyeimbangan fungsi badan berlaku. Contohnya apabila luka di mana-mana anggota badan sudah kering, kita pasti akan berasa gatal-gatal di sekelilingnya. Ini berlaku disebabkan oleh proses penggantian semula sel-sel mati kepada sel-sel baru. Ia turut dikenali sebagai tindak balas kesihatan.

Kesimpulannya tindak balas penyakit adalah sesuatu yang biasa berlaku pada tubuh. Pengalaman pemakanan RG dan GL akan membantu mengaktifkan sistem pertahanan badan dan sistem pertahanan badan itulah yang akan menimbulkan tindak balas penyakit. RG dan GL juga tidak dapat menyembuhkan penyakit sebaliknya sistem pertahanan badan itu sendiri yang memulihkan sebarang penyakit yang dialami.

Sistem pertahanan badan berfungsi memulihkan kesihatan tubuh dan bukannya hendak merosakkan. Oleh itu, setiap tindak balas sampingan yang berlaku tidak membahayakan sebaliknya menguntungkan. Ini kerana tindak balas penyakit ini merupakan peringatan awal bahawa tubuh kita menghadapi masalah kesihatan. Contohnya jika bibir kering dan pecah-pecah, ia menandakan terdapatnya masalah pada sistem pencernaan.

bersambung ke bahagian 11.

No comments: