Thursday 26 August 2010

PIL UBAT KURUS.


PENDEDAHAN akhbar mengenai tindakan Kementerian Kesihatan menyenaraihitamkan 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang disahkan mengandungi bahan kimia beracun termasuk dadah steroid daripada pasaran kerana boleh memudaratkan nyawa pengguna, sememangnya menakutkan.
 Namun, lebih menakutkan apabila ‘amaran’ bahaya pengambilan ubat sedemikian tidak diendahkan ramai demi mendapatkan tubuh langsing dan menawan tanpa mempedulikan kesan sampingan.
 Hakikatnya, kurus atau langsing bukan perkara mudah yang mampu diraih dalam tempoh singkat. Justeru jika ada jurujual yang mendakwa pil pelangsingnya boleh membantu anda kurus dalam tempoh singkat, janganlah anda mudah percaya. Kurus bukan boleh dicapai dalam tempoh tiga atau empat bulan dengan hanya bergantung kepada pil pelangsing. Sebaliknya, kurus adalah gabungan pengambilan diet yang terjaga, senaman yang kerap dan mungkin jika anda memerlukan pil pelangsing, ia mestilah diberi dengan kebenaran doktor bertauliah.  
Dalam kebanyakan kes yang membabitkan produk pelangsingan badan yang diharamkan, ia didapati mengandung bahan kimia seperti phentermine, amphetamine, sibutramin, fenfluramine yang diakui boleh mengurangkan berat badan tetapi memberi kesan sampingan seperti kemurungan, psikosis dan halusinasi, risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sakit kepala. Malah ia turut menyebabkan denyutan jantung yang cepat dan meningkatkan tekanan darah.
 Ubat-ubat pelangsing selalunya tidak diklasifikasikan sebagai ubat (drug) sebaliknya sebagai makanan tambahan menyebabkan ia tidak tertakluk dalam akta yang sama dengan ubat-ubatan yang diprekripsi doktor. Justeru, dengan mudah ia boleh dijual tanpa testimoni dan bukti klinikal dan ini seharusnya menjadikan anda lebih berhati-hati.
 Ada sesetengah ubat kurus keluaran jenama antarabangsa mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan Pihak Pentadbir Ubat-Ubatan Persekutuan Amerika Syarikat (FDA), tetapi ubat sebegini pun lazimnya hanya diberi menerusi prekripsi atau kebenaran doktor. Lazimnya, ubat sedemikian diberi doktor kepada mereka yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30 dan individu itu berisiko menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi.
 Pembelian ubat kurus melalui ejen jualan langsung pula terbuka kepada sesiapa saja tanpa mengira sejarah perubatan atau keperluan dan harganya pula mencecah beratus-ratus ringgit. Lebih teruk, si jurujual juga tiada kepakaran dan pengetahuan dalam bidang perubatan.
Perkara paling mudah, jika anda menjadi gemuk pun dalam tempoh dua atau tiga tahun bukankah tidak logik untuk anda kurus dalam masa tiga bulan? Pakar Bedah Umum dan Laparoskopik, Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam, Dr Lukman Abdul Rashid berkata secara umumnya mereka yang perlu menurunkan berat badan adalah golongan yang memiliki BMI melebihi 25. Menurunkan berat badan juga katanya bukan hanya atas sebab kosmetik tetapi juga bagi mengurangkan risiko penyakit.
 “Ada ubat pelangsing di pasaran yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan kualitinya terjamin, bagaimanapun kita tidak boleh kurus dengan hanya ubat pelangsing. Mereka yang menjalani prosedur pembedahan untuk menurunkan berat badan pun perlu kerap bersenam dan menjaga pemakanan untuk kekal langsing. Paling penting, kurus bukan hanya untuk kelihatan cantik tetapi juga untuk sihat,” katanya.
 Jelas Dr Lukman, ada empat jenis kategori ubat kurus iaitu ubat yang bertindak untuk mengurangkan lemak, ubat yang menambah kadar metabolisme pengguna, ubat yang bertindak menyekat selera makan dan ubat yang berfungsi mengurangkan penyerapan makanan.
 Setiap satunya mempunyai tindak balas yang berbeza. Misalnya, ubat yang menyekat selera makan menyebabkan berat badan turun dengan pantas kerana tidak makan manakala sementara ada ubat yang menyebabkan anda berulang alik ke tandas. Bagaimanapun, ubat yang bertindak dalam masa yang cepat dan tidak pula mendapat kelulusan kerajaan berkemungkinan bertindak terhadap organ dalaman menyebabkannya rosak.
 “Kebanyakan kita tentu masih ingat kes seorang pelakon Singapura yang rosak hatinya hingga memerlukan pemindahan hati gara-gara mengambil ubat pelangsing. Malah ada juga kes di negara kita yang menyaksikan pengambilan ubat kurus tanpa prekripsi doktor akhirnya menyebabkan kematian. Sebenarnya, tiada jalan pintas untuk kurus” katanya.
 Jelas Dr Lukman bagi mereka yang melebihi BMI ideal atau obes tahap 1, senaman dan penjagaan pemakanan adalah cara terbaik. Bagaimanapun bagi mereka yang sudah berhadapan dengan masalah morbid obesiti iaitu tahap obes yang terlampau, penjagaan makanan dan senaman bukan lagi langkah terbaik untuk menurunkan berat badan.
 “Sebaliknya golongan ini memerlukan pembedahan, iaitu prosedur intragastrik balloon (pembedahan yang memasukkan belon silikon dalam perut anda sekali gus mengurangkan jumlah makanan yang anda ambil). Ia teknik pembedahan bersifat sementara dan belon perlu dikeluarkan dalam masa enam bulan selepas pembedahan.”
 Dalam prosedur ini, belon yang dibuat daripada silikon lembut akan dimasukkan ke dalam perut melalui mulut berpandukan kamera endoskopik. Sementara satu lagi kaedah disebut sebagai ‘gastrik banding’ atau dikenal juga sebagai prosedur mengikat perut. Prosedur pembedahan ini membabitkan gegelung silikon penyekat diletakkan di sekeliling perut untuk membentuk perut seperti punjut kecil. Bahagian yang dijerut dengan silikon menyebabkan laluan atas perut itu sempit. Ini membuatkan pesakit berasa kenyang walaupun pengambilan makanan dihadkan.
 “Bagi wanita lepas bersalin pula, jangan terlalu gelojoh untuk kurus. Proses hamil itu sendiri memang menyebabkan berat badan bertambah namun secara umumnya, selepas bersalin berat badan akan turun dengan sendirinya. Andai kata berat badan tidak berkurangan, anda perlu nilai kembali cara hidup anda. Mungkin sebelum ini, anda aktif bersenam tetapi komitmen terhadap anak kecil atau kerja menyebabkan anda tiada masa bersenam,”
 Bagi wanita begini, Dr Lukman berkata, sepatutnya mereka mulakan langkah mengambil pemakanan seimbang selain memperuntukkan masa untuk bersenam. Proses untuk menurunkan berat badan mungkin lebih lama tetapi ia dapat menghindarkan komplikasi kesihatan berbanding pengambilan ubat pelangsing.
 Secara idealnya, kombinasi diet rendah kalori, senaman yang kerap dan ubat kurus ‘halal’ atau dibenarkan, anda akan berupaya menurunkan berat antara lima ke 10 peratus daripada berat badan anda dalam masa setahun. Ia adalah kadar tipikal untuk mana-mana usaha menguruskan berat badan yang ideal.
 “Mungkin anda melihatnya sebagai jumlah yang kecil tetapi peratusan sekecil itu sudah boleh membantu anda menurunkan kadar lipid, menurunkan kadar glukos dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin,” katanya.
Untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah obesiti dengan cara yang berkesan tanpa risiko, sila hubungi kami atau lawati: www.dxn2u.com
SUMBER: Info kesihatan 26/8/10.

Wednesday 25 August 2010

DIABETES - SEMBUH DALAM MASA 4 BULAN

Sumbangan dari Mr Prakash, Kedah.

Jika anda menghadapi masalah seperti di atas, silakan mengamalkan produk-produk kesihatan DXN, Inshaallah boleh sembuh sepenuhnya dalam masa beberapa bulan.

Monday 23 August 2010

MAKANAN RAPU PUNCA OBES




KAJIAN yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2015, kira-kira 2.3 bilion penduduk di seluruh dunia akan mempunyai lebihan berat badan.

Manakala 700 juta daripadanya akan mengalami masalah kegemukan yang berlebihan atau obesiti.
Namun lebih membimbangkan, kajian juga membuktikan, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak semakin menular tahun demi tahun di negara-negara membangun.

Di Malaysia, sehingga tahun lalu, peningkatan kes obesiti yang direkodkan di kalangan keseluruhan kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun adalah sebanyak 10 peratus.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan dikatakan berisiko mendapat obesiti dan ini akan menjurus kepada beberapa masalah kesihatan kronik antaranya kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem pernafasan dan perkumuhan serta kanser. 

Apakah faktor yang menyumbang kepada masalah besar ini di kalangan kanak-kanak?

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, faktor utama penyumbang masalah obesiti kanak-kanak adalah pengambilan nutrisi tidak seimbang atau makanan dengan kadar banyak atau kurang.

Katanya, kanak-kanak sememangnya gemarkan makanan rapu (junk food) terutama keropok, jeruk dan coklat kerana mereka terpengaruh dengan rasa, pembungkusan dan promosi iklan atau jualannya yang dilakukan pengeluar dan penjual.

Noor Rezan berkata, ketika beliau bertugas sebagai guru besar di sebuah sekolah di ibu negara beberapa tahun lalu, beliau melarang keras penjualan makanan ringan di kantin dan pelajar tidak dibenarkan membawanya ke dalam kawasan sekolah.

Bagaimanapun, ujarnya, apabila mereka keluar daripada pagar sekolah, mereka masih dapat membelinya kerana ia dijual secara berleluasa di luar.

"Makanan ringan adalah sejenis makanan yang secara jelas tidak mempunyai nutrisi dan mengandungi banyak perisa tambahan yang menyebabkan seseorang kanak-kanak mengalami obesiti.

"Pulang ke rumah, ada ibu bapa terutama yang sibuk bekerja akan menyediakan pula makanan segera atau memasak makanan mengandungi gula dan lemak tinggi tetapi rendah vitamin, mineral serta nutrisi penting untuk perkembangan tubuh dan minda anak.

"Saya nasihatkan ibu bapa sentiasa bertanya kepada anak apa yang mereka makan di sekolah, pantau pemakanan anak, sediakan menu berkhasiat, amalkan diet sepatutnya dan paling penting jangan tanya apa yang anak ingin makan tetapi anda yang menentukannya," katanya.

Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia

Friday 6 August 2010

PETUA-PETUA PENTING UNTUK MENGEKALKAN SISTEM PENCERNAAN YANG SIHAT


1.    Amalkan amalan pemakanan ysng sihat.
A)   Mengambil makanan yang kaya dengan serat. :- sayuran, buahan, bijian asal dan bijiran. Serat menggalakkan pergerakan bahan makanan melalui sistem pencernaan dan membolehkan pembuangan bahan kumuh secara konsisten. Adalah dinasihat bahawa anda harus mengambil 30 gram serat sehari. Diet seimbang yang kaya dengan serat boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan sakit jantung atau kanser kolorektal.

B)   Kurangkan pengambilan makanan diproses:- secara umum, makanan makanan ini mempunyai nutrisi atau fiber yang rendah dan biasanya mengandungi lemak tepu, garam dan pengawet yang boleh memudaratkan badan.

C)   Kurangkan pengambilan minuman beralkohol:- alkohol boleh meradangkan lapisan perut atau esofagus dan menyebabkan gejala mulas.

D)   Banyak minum cecair:- terutamanya air. Air membantu melarutkan sebahagian besar nutrisi, menggalakkan pergerakan bahan buangan melalui sistem pencernaan dan membantu melembutkan bahan kumuh.

E)   Cara-cara altenatif:- mengambil suplimen atau herba yang boleh membantu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat seperti “Lion’s mane”, produk enzim dan produk cuka.

2.    Makan secara cukup, perlahan dan tetap.
A)   Jangan makan terlalu banyak:- mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana dapat mengelakkan tekanan yang terlalu tinggi pada sistem pencernaan.

B)   Jangan makan terburu-buru:- proses pencernaan bermula dari mulut. Ambillah masa untuk makan perlahan-lahan, mengunyah setiap suapan dengan sebaiknya. Bersantai sambil makan membantu saraf sistem pencernaan, makanan yang dikunyah lebih mudah dicerna berbanding cebisan makanan yang lebih besar.

C)   Makan secara tetap dan jangan sekali-kali tidak makan:- ini akan mengelakkan anda daripada makan terlalu banyak yang disebabkan oleh kelaparan di samping membiasakan sistem pencernaan anda untuk makan secara tetap. Makan secara tetap tidak akan meningkatkan berat badan.

3.    Kerap bersenam.
                        Kerap melakukan senaman kardiovaskular membantu menguatkan otot perut  dan  
                       merangsangkan pergerakan otot usus pencernaan.


4.    Kurangkan/ tangani kadar tekanan.
                       Anda mungkin rasa perut tidak selesa semasa tertekan. Tekanan memberi kesan  kepada saraf sistem pencernaan dan boleh mengganggu keseimbangan percernaan yang rumit.
Sesetengah orang akan terasa senak, nyeri dan sembelit manakala yang  lain mungkin terasa kerap membuang air besar atau[pun najis mungkin kelihatan lebih cair dan berair. Di samping itu, tekanan boleh memburukkan keadaan tertentu seperti ulser peptik atau sindrom kerengsaan usus besar.


5.    Berhenti merokok.
 Merokok menurunkan tekanan pada persimpangan antara perut dan esofagus, menggalakkan aliran asid balik ke esofagus yang boleh menyebabkan mulas dan komplikasi lain. Merokok juga akan memburukkan ulser peptik dan keadaan keradangan usus yang berkaitan dengan peningkatan risiko banyak jenis penyakit kanser.


Penjagaan sistem pencernaan yang sihat adalah penting bagi memulihara kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh.  

Thursday 5 August 2010

MEMAHAMI PERUT DAN SISTEM PENCERNAAN


Setiap butiran makanan yang anda masukkan ke dalam mulut dan menelan ( samada makanan, ubatan, minuman dsb) akan diproses dalam sistem pencernaan. Pencernaan adalah proses di mana bahan makanan dan bahan makanan lain yang dicerna dan diurai menjadi nutrisi yang boleh diserap oleh badan atau sebagai bahan buangan (najis). Sistem pencernaan kita terdiri daripada satu saluran yang panjang yang bermula dari mulut dan berakhir di bahagian dubur.

Kepentingan pencernaan.

Makanan yang anda makan, samada nasi, roti atau jus oren dsb tidak boleh diserap oleh badan dalam bentuk asalnya. Makanan dan minuman perlu diurai secara mekanikal dan kimia kepada partikel/ molekul yang amat kecil. Kemudiannya, molekul-molekul nutrisi ini diserap melalui dinding usus kecil dan dibawa oleh darah ke bahagian tubuh untuk memelihara sel-sel dan organ-organ (termasuk sel-sel otak, sistem keimunan hinggalah sel-sel kaki anda) serta membekalkan sumber tenaga dan menjana keupayaan pemulihan tubuh anda.  Pengumpulan dan pembuangan  bahan –bahan sisa juga merupakan  bahagian penting dalam proses pencernaan. Makanan (fiber) yang tidak boleh dicerna dan sel-sel saluran pencernaan yang lebih tua akan dibuang daripada badan sebagai najis.

Siastem pencernaan.

Aluran pencernaan kita adalah sepanjang 9 – 10 meter, ia merangkumi mulut, kerongkong, esofagus, perut, usus kecil, usus besar dan dubur. Ini bermakna, jika dibentangkan, saluran pencernaan dan usus kita bahkan lebih panjang dan lebih tinggi daripada ketinggian kita. Masa yang diambil untuk makanan disalur dari mulut ke dubur adalah berbeza anrata individu, iaitu dalam lingkungan 12 – 48 jam. Bergantung kepada jenis makanan yang dimakan dan individu.
   
Kita adalah apa yang kita makan.

Biasanya kita akan tersedar apabila masalah pencernaan timbul. Misalnya, apabila termakan makanan yang tidak bersesuaian dengan tubuh atau minum terlalu banyak alkohol atau jika berlakunya masalah sembelit. Walaupun sistem pencernaan boleh menanggung banyak tekanan (tekanan makanan). Ia hanya boleh berbuat demikian bagi satu tempoh yang terhad. Lama-kelamaan, kesan-kesan negatif akan terhimpun dan mengakibatkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Misalnya, badan menjadi terlalu berasid atau kulit kelihatan pudar dan tidak bermaya. Tanpa mengira bagaimana gaya hidup yang lepas, anda boleh mengambil langkah-langkah positif bermula dari hari ini juga demi menjana semula dan mengekalkan kesihatan sistem pencernaan anda.

bersambung:Petua-petua untuk mengekalkan sistem pencernaan yang sihat.
Sumber:DXNlife Vol 38