Thursday 5 August 2010

MEMAHAMI PERUT DAN SISTEM PENCERNAAN


Setiap butiran makanan yang anda masukkan ke dalam mulut dan menelan ( samada makanan, ubatan, minuman dsb) akan diproses dalam sistem pencernaan. Pencernaan adalah proses di mana bahan makanan dan bahan makanan lain yang dicerna dan diurai menjadi nutrisi yang boleh diserap oleh badan atau sebagai bahan buangan (najis). Sistem pencernaan kita terdiri daripada satu saluran yang panjang yang bermula dari mulut dan berakhir di bahagian dubur.

Kepentingan pencernaan.

Makanan yang anda makan, samada nasi, roti atau jus oren dsb tidak boleh diserap oleh badan dalam bentuk asalnya. Makanan dan minuman perlu diurai secara mekanikal dan kimia kepada partikel/ molekul yang amat kecil. Kemudiannya, molekul-molekul nutrisi ini diserap melalui dinding usus kecil dan dibawa oleh darah ke bahagian tubuh untuk memelihara sel-sel dan organ-organ (termasuk sel-sel otak, sistem keimunan hinggalah sel-sel kaki anda) serta membekalkan sumber tenaga dan menjana keupayaan pemulihan tubuh anda.  Pengumpulan dan pembuangan  bahan –bahan sisa juga merupakan  bahagian penting dalam proses pencernaan. Makanan (fiber) yang tidak boleh dicerna dan sel-sel saluran pencernaan yang lebih tua akan dibuang daripada badan sebagai najis.

Siastem pencernaan.

Aluran pencernaan kita adalah sepanjang 9 – 10 meter, ia merangkumi mulut, kerongkong, esofagus, perut, usus kecil, usus besar dan dubur. Ini bermakna, jika dibentangkan, saluran pencernaan dan usus kita bahkan lebih panjang dan lebih tinggi daripada ketinggian kita. Masa yang diambil untuk makanan disalur dari mulut ke dubur adalah berbeza anrata individu, iaitu dalam lingkungan 12 – 48 jam. Bergantung kepada jenis makanan yang dimakan dan individu.
   
Kita adalah apa yang kita makan.

Biasanya kita akan tersedar apabila masalah pencernaan timbul. Misalnya, apabila termakan makanan yang tidak bersesuaian dengan tubuh atau minum terlalu banyak alkohol atau jika berlakunya masalah sembelit. Walaupun sistem pencernaan boleh menanggung banyak tekanan (tekanan makanan). Ia hanya boleh berbuat demikian bagi satu tempoh yang terhad. Lama-kelamaan, kesan-kesan negatif akan terhimpun dan mengakibatkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Misalnya, badan menjadi terlalu berasid atau kulit kelihatan pudar dan tidak bermaya. Tanpa mengira bagaimana gaya hidup yang lepas, anda boleh mengambil langkah-langkah positif bermula dari hari ini juga demi menjana semula dan mengekalkan kesihatan sistem pencernaan anda.

bersambung:Petua-petua untuk mengekalkan sistem pencernaan yang sihat.
Sumber:DXNlife Vol 38 

No comments: