Friday 6 August 2010

PETUA-PETUA PENTING UNTUK MENGEKALKAN SISTEM PENCERNAAN YANG SIHAT


1.    Amalkan amalan pemakanan ysng sihat.
A)   Mengambil makanan yang kaya dengan serat. :- sayuran, buahan, bijian asal dan bijiran. Serat menggalakkan pergerakan bahan makanan melalui sistem pencernaan dan membolehkan pembuangan bahan kumuh secara konsisten. Adalah dinasihat bahawa anda harus mengambil 30 gram serat sehari. Diet seimbang yang kaya dengan serat boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan sakit jantung atau kanser kolorektal.

B)   Kurangkan pengambilan makanan diproses:- secara umum, makanan makanan ini mempunyai nutrisi atau fiber yang rendah dan biasanya mengandungi lemak tepu, garam dan pengawet yang boleh memudaratkan badan.

C)   Kurangkan pengambilan minuman beralkohol:- alkohol boleh meradangkan lapisan perut atau esofagus dan menyebabkan gejala mulas.

D)   Banyak minum cecair:- terutamanya air. Air membantu melarutkan sebahagian besar nutrisi, menggalakkan pergerakan bahan buangan melalui sistem pencernaan dan membantu melembutkan bahan kumuh.

E)   Cara-cara altenatif:- mengambil suplimen atau herba yang boleh membantu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat seperti “Lion’s mane”, produk enzim dan produk cuka.

2.    Makan secara cukup, perlahan dan tetap.
A)   Jangan makan terlalu banyak:- mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana dapat mengelakkan tekanan yang terlalu tinggi pada sistem pencernaan.

B)   Jangan makan terburu-buru:- proses pencernaan bermula dari mulut. Ambillah masa untuk makan perlahan-lahan, mengunyah setiap suapan dengan sebaiknya. Bersantai sambil makan membantu saraf sistem pencernaan, makanan yang dikunyah lebih mudah dicerna berbanding cebisan makanan yang lebih besar.

C)   Makan secara tetap dan jangan sekali-kali tidak makan:- ini akan mengelakkan anda daripada makan terlalu banyak yang disebabkan oleh kelaparan di samping membiasakan sistem pencernaan anda untuk makan secara tetap. Makan secara tetap tidak akan meningkatkan berat badan.

3.    Kerap bersenam.
                        Kerap melakukan senaman kardiovaskular membantu menguatkan otot perut  dan  
                       merangsangkan pergerakan otot usus pencernaan.


4.    Kurangkan/ tangani kadar tekanan.
                       Anda mungkin rasa perut tidak selesa semasa tertekan. Tekanan memberi kesan  kepada saraf sistem pencernaan dan boleh mengganggu keseimbangan percernaan yang rumit.
Sesetengah orang akan terasa senak, nyeri dan sembelit manakala yang  lain mungkin terasa kerap membuang air besar atau[pun najis mungkin kelihatan lebih cair dan berair. Di samping itu, tekanan boleh memburukkan keadaan tertentu seperti ulser peptik atau sindrom kerengsaan usus besar.


5.    Berhenti merokok.
 Merokok menurunkan tekanan pada persimpangan antara perut dan esofagus, menggalakkan aliran asid balik ke esofagus yang boleh menyebabkan mulas dan komplikasi lain. Merokok juga akan memburukkan ulser peptik dan keadaan keradangan usus yang berkaitan dengan peningkatan risiko banyak jenis penyakit kanser.


Penjagaan sistem pencernaan yang sihat adalah penting bagi memulihara kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh.  

No comments: