Saturday 30 January 2010

PENJAGAAN DAN KECANTIKAN DIRI

RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN DIRI- GANOZHI

Rangkaian produk penjagaan kulit GANOZHI merupakan siri penjagaan kulit rumusan botani yang direka khas oleh bahagian Penyelidikan dan Pembangunan DXN.

Ganozhi menggunakan bahan-bahan berkualiti premium berasaskan herba semulajadi. Ia merupakan siri penjagaan kulit yang lembut lagi berkesan. Dirumus khas dengan pati ganoderma dan rumusan botani yang lain, ia meningkatkan proses pemulihan kulit secara semulajadi dan mengekalkan keseimbangan pH kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih lembut dan bersih.

Hanya dengan 3 langkah mudah, kita akan merasai nikmat... kesegaran dan kecantikan yang berpanjangan.

Langkah 1: Pembersih cecair muka ganozhi.

Pembersih cecair muka ganozhi merupakan gel pembersih yang lembut. Ia boleh menghilangkan kekotoran dan benda asing pada kulit dengan berkesan. Ia turut membantu memelihara dan mempermudakan kulit di samping menjadikan kulit bersih dn tulen. Ramuannya terdiri daripada pati ganoderma, pati pokok bic, Vitamin B5 dan pati ragi. Pembersih cecair muka Ganozhi menjadikan kulit lebih bersih dan berseri.

Langkah 2: Penyegar ganozhi

Ia adalah pelembut lembab yang dapat merapikan dan melegakan kulit disamping menghidratkan kulit. Ia membantu mengimbangkan pH kulit dan mengetatkan pori kulit. Ia melengkapkan tindakan pembersih cecair mula ganozhi dengan mempermuda dan menyegarkan kulit. Ramuannya terdiri daripada pati ganoderma, pati pokok pic, propolis cera, allantoin dan pati ragi. Penyegar ganozhi memelihara dan mengekalkan kesegaran kulit serta kelihatan bertenaga. Kini, Kulit telah bersiap sedia untuk menyerap kelembapan dan khasiat yang lebih banyak.

Langkah 3: Emulsi Pelembab Mikro Ganozhi.

Ia ialah pelembab bertekstur ringan. Molekul bersaiz nano mudah untuk diserap oleh kulit. Dengan menggunakan nanoteknologi, ia diperkaya dengan faktor pelembab untuk membantu kulit mengekalkan keseimbangan lembapan yang optimum sepanjang hari. Dirumus dengan pati ganoderma, pati pokok pic, pati ginseng, pati ragi, vitamin E dan pat Arnica. Emulsi pelembab Mikro ganozhi menjadikan kulit sentiasa lembab, licin dan lembut tanpa rasa berminyak.

Petua Ganozhi:

 Penyegar Ganozhi boleh digunakan untuk menyegarkan kulit ketika anda dalam perjalanan jauh. Pastikan penyegar Ganozhi dan pad kapas sentiasa dibawa bersama dan dengan menggunakan beberapa titik pelembut Ganozhi sahaja, kita akan merasa kulit muka lebih bermaya dan bertenaga.

 Emulsi Pelembab Mikro Ganozhi boleh digunakan sebagai asas mekap. Sebelum mula bersolek, gunalah beberapa titik Emulsi Pelembab Mikro ganozhi selepas menggunakan pembersih dan penyegar. Ia melindungi kulit dan menjaga mekap supaya kekal lama.

Harga pengguna:

Pembersih cecair muka ganozhi : RM 74.50
Penyegar ganozhi : RM 74.00

Emulsi Pelembab Mikro Ganozhi : RM109.00
Satu set : RM 254.00

** Boleh di beli secara berasingan

Friday 29 January 2010

PENJAGAAN DAN KECANTIKAN DIRI

PRODUK PENJAGAAN DIRI ALOE-V ( ALOE-V SKIN CARE )


Aloe vera atau dikenali sebagai lidah buaya mengandungi banyak khasiat. Kebiasaannya, ia terdapat di kawasan tanah yang berpasir dan bercuaca panas serta kering. Pada masa kini, lidah buaya dijadikan sebagai tanaman untuk perhiasan yang ditanam di dalam pasu atau di halaman rumah. Selain cantik untuk perhiasan, ia juga mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya dari segi perubatan dan kecantikan.

Jeli lidah buaya yang sejuk dan segar itu dapat digunakan untuk mengubati luka-luka kecil, terbakar, bengkak dan edema. Ia juga digunakan untuk mengubati penyakit sembelit, gatal-gatal pada kulit, pembengkakan salur darah pada anus dan pemikiran yang tidak dapat dikawal.

Daun lidah buaya mengeluarkan jeli yang mana dapat digunakan sebagai bahan kosmetik untuk mengurangkan kedutan terutamanya pada kulit muka dan tangan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembab dan pelembut untuk kulit dan rambut serta digunakan juga untuk menyubur dan menghitamkan rambut. Lidah buaya telah digunakan sejak zaman Firaun di Mesir lagi untuk merawat kecantikan ratu-ratu Mesir.

Kajian menunjukkan Aloe Vera mengandungi lebih 75 jenis nutrien dan 200 jenis sebatian aktif termasuk polisakarida, nitrogen, vitamin, enzim, bahan galian, kalsium, asid, natrium dan asid amino. Keupayaan penembusan yang berkesan membantu penghantaran zat-zat kepada lapisan kulit paling dalam. Ia juga membantu memulihkan sistem pertahanan semulajadi kulit dan dinding pelembab. Ia berupaya melegakan ketidakselesaan kulit dan merangsang pembaharuan sel.

Dan kini, DXN Marketing telah mengeluarkan rangkaian produk penjagaan dan kecantikan diri rumusan khas berasaskan Aloe vera iaitu iaitu Siri Penjagaan Alov-V DXN

Siri penjagaan Aloe-V ini merangkumi:

Ø Gel pembersih ( cleansing gel )

Ø Penyegar hidrat ( hydrating toner )

Ø Gel “aqua” ( Aqua gel)

Ø Krim Nutricare ( Nutricare cream )

Ø Losyen tangan dan badan ( hand & body lotion )

Produk Aloe-V ini dirumus khas dengan pati Aloe Vera dan pati-pati botani semulajadi lain yang berupaya untuk mengekalkan kelembapan kulit di samping mencegah lapisan pelindung kulit daripada ancaman luar.

Gel pembersih ( cleansing gel )

· Gel pembersih muka bukan sabun bersifat lembut dan mampu membersih kulit tanpa menanggalkan kandungan minyak dan kelembapan asli kulit.

· Membantu memelihara kandungan pH semulajadi, agar kulit lebih lembut, licin dan berseri.

Kandungan 100 gm. Harga pengguna:RM 12.60













Penyegar hidrat ( hydrating toner )

· Rumusan yang mengandungi pati Aloe Vera, Witch Hazel dan asid amino yang bertindak sebagai pelembab kulit yang istimewa.

· Ia menanggalkan kesan-kesan tinggalan agen pembersih, solekan, kotoran dan juga sel permukaan yang pudar serta tidak bermaya. Penggunaannya ibarat membersihkan kulit untuk kali kedua.

· Ia menghaluskan liang-liang roma permukaan kulit anda sementara memelihara kelembapan semulajadi dan menjadikan ianya bersih, licin seimbang dan segar.

Kandungan 100 ml. Harga pengguna: RM 13.20







Gel “aqua” ( Aqua gel)


· Ia adalah gel pelembab yang senang diserap. Ia memelihara struktur kulit yang sihat dan tampak muda, menjadikan kulit lebih lembut, licin dan terasa segar sepanjang hari.

Kandungan: 50ml . Harga pengguna: RM 27.60














Krim Nutricare ( Nutricare cream )



· Krim malam yang kaya dengan kansungan pati Aloe vera dn campuran pati-pato botani yang baik untuk kulit. Ia bertindak sebagai lapisan pelindung yang berupaya melawan penyahhidratan kulit.

· Ia mampu mengekalkan kelembapan disamping melembut dan menyegarkan kulit ketika waktu tidur, agar memulihkan sistem pertahanan semulajadi dan dinding pelembab kulit

Kandungan: 30ml. Harga pengguna: RM 18.00










Losyen tangan dan badan ( hand & body lotion )


· Losyen pelembab tanpa minyak yang dirumus khas daripada pati Aloe Vera. Ia mampu melembutkan dan melicinkan kulit yang rekah, kering dan berdebu.

· Ia juga bertindak sebagai satu lapisan pelindung yang memelihara dan menghalang kehilangan kelembapan, agar kulit lebih lembut, licin dan terasa segar sepanjang hari.

Kandungan 250ml. Harga pengguna: RM 13.20









Produk -produk ini boleh dibeli dalam satu set atau secara berasingan dari pengedar dan stokis yang sah.

Sunday 24 January 2010

ENZIM DAN CUKA BUAH-BUAHAN-DXN



Enzim merupakan sejenis protein kompleks yang terdapat di dalam semua benda hidup. Justeru itu, tubuh manusia turut terdapat beberapa jenis enzim yang memainkan peranan yang tertentu untuk melancarkan fungsi badan kita. Enzim bertindak sebagai pemangkin dan ia sangat penting untuk fungsi biokimia harian seperti penghadaman, penyerapan dan penggangkutan nutrien,, metabolisma, penyingkiran sisa dan sebagainya.

KEKURANGAN ENZIM

Lazimnya, enzim terhasil secara semulajadi oleh badan manusia dan ia juga boleh disepar melalui pengambilan makanan haian. Walau bagaimanapun, kandungan enzim dalam tubuh manusia akan semakin berkurangan sejajar dengan peningkatan umur. Sifat enzim yang sangat sensitif terhadap haba menyebabkan ia mudah musnahsemasa makanan dimasak atau dididihkan. Selain itu, persekitaran yang tercemar, diet yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat turut menjadi faktor yang menyebabkan kandungan enzim dalam badan semakin berkurangan. Kekurangan enzim akan menyebabkan ketidak sempurnaan proses pencernaan yang akan menyebabkan pengumpulan toksin terkumpul di dalam badan. Ini akan menjejaskan fungsi biokimia dan menyebabkan kulit kurang berseri.sekiranya keadaan sedemikian dibiarkan begitu sajaha, ia akan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.

ENZIM BUAH-BUAHAN DXN

Enzim buah-buahan DXN dihasilkan melalui proses penapaian semulajadi buah pic dan plum. Ia tidk mengandungi sebarang bahan pengawet , bahan tambahan, pewarna sintetik dan perisa tiruan. Pic dan plum merupakan sumber vitamin C dan serat makanan yang paling baik. Ia mengandungi antioksida yang boleh meneutralkan radikal bebas agar dapat melambatkan proses penuaan. Tambahan pula enzim buah-buahan DXN membantu dalam proses penyerapan dan pengagihan nutrisi dalam badan. Enzim buah-buahan DXN juga mampu menjadikan kulit lebih sihat sekiranya diambil secara berterusan kerana ia penuh dengan khasiat ekstrak pic dan plum yang telah ditapai. Untuk kesan yang optimum, kita dinasihatkan mengambilnya bersama Cuka Buah-Buahan DXN




















CUKA BUAH-BUAHAN


Sejak sekian lama, kepelbagaian kebaikan cuka telah diketahui umum. Masyarakat Asia dan Eropah menggunakannya dalam masakan , minuman, perubatan dan sebagainya. Mengikut Sejarah Islam, cuka merupakan salah satu daripada empat jenis perisa kegemaran Nabi Muhammad S.A.W. dan Baginda mengelarkannya “bahan perisa yang suci”. Kini, lebih banyak kebaikan cuka untuk kesihatan manusia telah ditemui dan digunakan dalam berbagai cara.

Sekarang ini, ramai di kalangan kita yang mengalami tekanan kerja maupun belajar, persekitaran yang tercemar dan gaya hidup yang tidak sehat seperti tidur lewat, meroko dan pengambilan alkohol. Semua sebab ini menyebabkan peningkatan tahap keasidan badan. Ini ditambah pula dengan pengambilan makanan berasid seperti daging , minuman ringan bergas dan makanan bernutrisi rendah secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah pencernaan dan sembelit. Toksin yang terkumpul di dalam badan dan tahap asid yang tinggi akan melemahkan sistem tubuh badan dan mendatangkan bahaya.

CUKA BUAH-BUAHAN DXN

Cuka buah-buahan DXN dihasilkan melalui proses penapaian buah pic dan plum. Minuman berkhasiat ini bebas daripada bahan pewarna, perisaa tiruan dan bahan kimia. Ia mempunyai ciri-ciri cuka yang membantu meyeimbangkan serta meneutralkan tahap asid dalam badan. Buah pic dan plum yang kaya dengan vitamin C dan serat diet membantu melancarkan sistem pencernaan dan menyelesaikan masalah sembelit. Nutrien buaha-buahan yang telah ditapai lebih mudah diserap oleh badan. Cuka buahan DXn turut melicinkan pergerakan usus dengan ekstrak nutrien yang terkandung di dalamnya. Ia berfungsi secara sinergi dengan Monascus yang telah ditambah untuk mengawal sistem dalaman badan untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Ia sesuai dihidangkan bersama enzim buah-buahan DXN. Dapatkan ia hari segera dan nikmatilah manfaat kesihatan yang menakjubkan.

Wednesday 20 January 2010

STROK

Strok adalah sejenis serangan penyakit yang boleh menyerang dengan tiba-tiba tanpa disedari dan risikonya sangat tinggi.


Strok boleh dikategorikan kepada 2 iaitu:

1. Iskemia – disebabkan sekatan/halangan pada arteri


2. Pendarahan – kekoyakan pada dinding arteri dan seterusnya menyebabkan pendarahan dalam otak.


Penyekatan aliran darah ke otak merupakan penyebab utama strok. Ia amat merosakkan dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak atau kematian. Otak kita menerima anggaran 25 % daripada oksigen teredar dalam tubuh tetapi ia tidak dapat menyimpannya. Sel-sel otak memerlukan bekalan oksigen yang konsisten pada setiap masa untk ia kekal sihat dan berfungsi sebaiknya.


Oleh itu, dalam beberapa minit sahaja setelah mengalami strok, bekalan oksigen ke bahagian otak akan terputus dan mengakibatkan kematian sel-sel otak. Ini kemudiannya menyebabkan beberapa bahagian otak tidak dapat mengawal aktiviti sebahagian tubuh dan seterusnya mengakibatkan ketidakuapyaan sementara atau kekal atau kelumpuhan.


Strok mengakibatkan komplikasi-komplikasi berikut terjadi dan mungkin memerlukan penjagaan yang berpanjangan.


1. Tidak dapat mengawal kencing dan jangkitan pada sistem kencing.


2. Kekejangan


3. Otot terkulai, selalunya pada bahagian yang diserang strok


4. Pengurangan belakan oksigen ke otak boleh menyebabkan kekeliruan dan ganguan pertuturan

Gejala-gejala strok


Mereka yang berisiko di serang strok atau pasangan mereka ini harus berwaspada terhadap gejala-gejala am berikut. Mangsa mesti dihantar ke hospital dengan segera apabila gejala-gejala amaran ini dilihat. Beberapa gejalanya biasa ialah:


1. Sakit di bahagian belakang kepala


2. Pening


3. Mual dan muntah


4. Lemah pada tangan dan kaki


5. Tidak dapat bertutur dengan jelas


6. Rasa berdenyut-denyut atau kebas pada mulut, pipi dan gusi

Apakah risiko serangan strok?


1. Merokok


2. Penyakit jantung


3. Tekanan/ stress


4. Umur – belih berumur lebih berisiko


5. Apnea – pengecilan arteri karotid .


6. Aterosklerosis – pengerasan arteri

Adalah lebih baik mengambil berat tentang penjagaan kesihatan dan mengamalkan makanan kesihatan untuk mengekalkan kesihatan daripada terpaksa melakukan rawatan yang berpanjangan dengan kos yang tinggi. Kita ada pilihan..


Sayangilah diri kita....ia sangat bernilai.