Wednesday 6 January 2010

MIGRAIN: SAKITNYA KEPALA !!

Migrain ialah sakit pada sebahagian kepala yang boleh pulih selapas beberapa jam atau berlarutan selama beberapa hari. Sesetengah pesakit mungkin mengalaminya setiap minggu dan sebilangan kecil mungkin mengalaminya beberapa kali dalam setahun.

Migrain selalunya dihadapi pada peringkat umur empat puluhan dan ia diklafikasikan kepada migrain jenis klasik atau migrain biasa. Anda akan mengetahui akan diserang migrain sebelum ianya bermula. Tanda-tanda amaran serangan migrain ialah rasa mual, muntah dan kepekaan terhadap cahaya, bunyi bising atau bau-bauan.

Migrain jenis klasik bermula dengan tanda amaran seperti kilauan cahaya atau warna. Anda mungkin terasa yang anda seperti sedang melihat ke dalam terowong. Sebahagian kepala anda mungkin terasa seperti dicucuk-cucuk, panas atau lemah. Tanda-tanda amaran ini akan berlarutan selama sehingga 30 minit dan diikuti oleh sakit pada bahagian kepala.

Migrain jenis biasa tidak mempunyai tanda-tanda amaran. Bagaimanapun anda mungkin akan berasa letih, murung, tidak selesa atau akan menjadi lebih banyak bercakap sehingga 2 ke 3 hari sebelum sakit kepala itu bermula.

Apakah penyebab Migrain?

Migrain bermula apabila saluran darah di dalam otak mengecil ( mengecut ) untuk seketika. Apabila ini berlaku, jumlah darah dan oksigen yang mengalir ke dalam otak akan berkurangan. Seterusnya ini akan menyebabkan salur darah yang lain mengembang. Apabila salur darah mengembang, ia akan menjadi radang, denyutan dan kesakitan yang amat sangat. Migrain adalah sejenis sakit kepala vaskular kerana ia melibatkan perubahan pada salur darah.

Para ahli sains perubatan percaya bahawa mereka yang mengalami Migrain mewarisi kecenderungan sistem saraf untuk bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap perubahan tubuh dan persekitaran mereka. Beberapa perkara lain juga mungkin akan mencetuskan kesan tindak balas pada sistem saraf seseorang dan seterusnya mengakibatkan serangan Migrain.

Antara penyebab Migrain ialah:

Tekanan dan gangguan emosi.

 Kedatangan haid ( mengalami PMS )

 Pemakana yang tidak seimbang dan teratur

 Pengambilan minuman yang mengandungi tahap kafein tinggi.

 Pengambilan makanan seperti keju, coklat, ais kerim, makanan bergoreng, daging, hot dogs, yogart, pemanis tiruan, kekacang, jeruk dan kismis berlebihan

 Kurang tidur

 Perubahan cuaca

Bagaimanakah cara untuk menghalang Migrain?

i. Patuhi arahan doktor dan makan ubat seperti yang diarahkan

ii. Amalkan pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat

iii. Cuba mengambil makanan kesihatan tambahan

iv. Bebaskan diri dari tekanan dan belajar menenangkan diri

v. Sentiasa bersenam.

Lebih banyak anda mengetahui mengenai Migrain dan mengambil langkah awal pencegahan, anda mampu mengatasi serangannya.

Mengamalkan pemakanan RG dan GL bersama Andro-G secara berterusan boleh menghilangkan penyakit migrain secara beransur-ansur sehingga sembuh sepenuhnya.

Nota: penerangan di atas adalah informasi sahaja.

No comments: