Friday 29 January 2010

PENJAGAAN DAN KECANTIKAN DIRI

PRODUK PENJAGAAN DIRI ALOE-V ( ALOE-V SKIN CARE )


Aloe vera atau dikenali sebagai lidah buaya mengandungi banyak khasiat. Kebiasaannya, ia terdapat di kawasan tanah yang berpasir dan bercuaca panas serta kering. Pada masa kini, lidah buaya dijadikan sebagai tanaman untuk perhiasan yang ditanam di dalam pasu atau di halaman rumah. Selain cantik untuk perhiasan, ia juga mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya dari segi perubatan dan kecantikan.

Jeli lidah buaya yang sejuk dan segar itu dapat digunakan untuk mengubati luka-luka kecil, terbakar, bengkak dan edema. Ia juga digunakan untuk mengubati penyakit sembelit, gatal-gatal pada kulit, pembengkakan salur darah pada anus dan pemikiran yang tidak dapat dikawal.

Daun lidah buaya mengeluarkan jeli yang mana dapat digunakan sebagai bahan kosmetik untuk mengurangkan kedutan terutamanya pada kulit muka dan tangan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembab dan pelembut untuk kulit dan rambut serta digunakan juga untuk menyubur dan menghitamkan rambut. Lidah buaya telah digunakan sejak zaman Firaun di Mesir lagi untuk merawat kecantikan ratu-ratu Mesir.

Kajian menunjukkan Aloe Vera mengandungi lebih 75 jenis nutrien dan 200 jenis sebatian aktif termasuk polisakarida, nitrogen, vitamin, enzim, bahan galian, kalsium, asid, natrium dan asid amino. Keupayaan penembusan yang berkesan membantu penghantaran zat-zat kepada lapisan kulit paling dalam. Ia juga membantu memulihkan sistem pertahanan semulajadi kulit dan dinding pelembab. Ia berupaya melegakan ketidakselesaan kulit dan merangsang pembaharuan sel.

Dan kini, DXN Marketing telah mengeluarkan rangkaian produk penjagaan dan kecantikan diri rumusan khas berasaskan Aloe vera iaitu iaitu Siri Penjagaan Alov-V DXN

Siri penjagaan Aloe-V ini merangkumi:

Ø Gel pembersih ( cleansing gel )

Ø Penyegar hidrat ( hydrating toner )

Ø Gel “aqua” ( Aqua gel)

Ø Krim Nutricare ( Nutricare cream )

Ø Losyen tangan dan badan ( hand & body lotion )

Produk Aloe-V ini dirumus khas dengan pati Aloe Vera dan pati-pati botani semulajadi lain yang berupaya untuk mengekalkan kelembapan kulit di samping mencegah lapisan pelindung kulit daripada ancaman luar.

Gel pembersih ( cleansing gel )

· Gel pembersih muka bukan sabun bersifat lembut dan mampu membersih kulit tanpa menanggalkan kandungan minyak dan kelembapan asli kulit.

· Membantu memelihara kandungan pH semulajadi, agar kulit lebih lembut, licin dan berseri.

Kandungan 100 gm. Harga pengguna:RM 12.60













Penyegar hidrat ( hydrating toner )

· Rumusan yang mengandungi pati Aloe Vera, Witch Hazel dan asid amino yang bertindak sebagai pelembab kulit yang istimewa.

· Ia menanggalkan kesan-kesan tinggalan agen pembersih, solekan, kotoran dan juga sel permukaan yang pudar serta tidak bermaya. Penggunaannya ibarat membersihkan kulit untuk kali kedua.

· Ia menghaluskan liang-liang roma permukaan kulit anda sementara memelihara kelembapan semulajadi dan menjadikan ianya bersih, licin seimbang dan segar.

Kandungan 100 ml. Harga pengguna: RM 13.20







Gel “aqua” ( Aqua gel)


· Ia adalah gel pelembab yang senang diserap. Ia memelihara struktur kulit yang sihat dan tampak muda, menjadikan kulit lebih lembut, licin dan terasa segar sepanjang hari.

Kandungan: 50ml . Harga pengguna: RM 27.60














Krim Nutricare ( Nutricare cream )



· Krim malam yang kaya dengan kansungan pati Aloe vera dn campuran pati-pato botani yang baik untuk kulit. Ia bertindak sebagai lapisan pelindung yang berupaya melawan penyahhidratan kulit.

· Ia mampu mengekalkan kelembapan disamping melembut dan menyegarkan kulit ketika waktu tidur, agar memulihkan sistem pertahanan semulajadi dan dinding pelembab kulit

Kandungan: 30ml. Harga pengguna: RM 18.00










Losyen tangan dan badan ( hand & body lotion )


· Losyen pelembab tanpa minyak yang dirumus khas daripada pati Aloe Vera. Ia mampu melembutkan dan melicinkan kulit yang rekah, kering dan berdebu.

· Ia juga bertindak sebagai satu lapisan pelindung yang memelihara dan menghalang kehilangan kelembapan, agar kulit lebih lembut, licin dan terasa segar sepanjang hari.

Kandungan 250ml. Harga pengguna: RM 13.20









Produk -produk ini boleh dibeli dalam satu set atau secara berasingan dari pengedar dan stokis yang sah.

No comments: