Wednesday 20 January 2010

STROK

Strok adalah sejenis serangan penyakit yang boleh menyerang dengan tiba-tiba tanpa disedari dan risikonya sangat tinggi.


Strok boleh dikategorikan kepada 2 iaitu:

1. Iskemia – disebabkan sekatan/halangan pada arteri


2. Pendarahan – kekoyakan pada dinding arteri dan seterusnya menyebabkan pendarahan dalam otak.


Penyekatan aliran darah ke otak merupakan penyebab utama strok. Ia amat merosakkan dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak atau kematian. Otak kita menerima anggaran 25 % daripada oksigen teredar dalam tubuh tetapi ia tidak dapat menyimpannya. Sel-sel otak memerlukan bekalan oksigen yang konsisten pada setiap masa untk ia kekal sihat dan berfungsi sebaiknya.


Oleh itu, dalam beberapa minit sahaja setelah mengalami strok, bekalan oksigen ke bahagian otak akan terputus dan mengakibatkan kematian sel-sel otak. Ini kemudiannya menyebabkan beberapa bahagian otak tidak dapat mengawal aktiviti sebahagian tubuh dan seterusnya mengakibatkan ketidakuapyaan sementara atau kekal atau kelumpuhan.


Strok mengakibatkan komplikasi-komplikasi berikut terjadi dan mungkin memerlukan penjagaan yang berpanjangan.


1. Tidak dapat mengawal kencing dan jangkitan pada sistem kencing.


2. Kekejangan


3. Otot terkulai, selalunya pada bahagian yang diserang strok


4. Pengurangan belakan oksigen ke otak boleh menyebabkan kekeliruan dan ganguan pertuturan

Gejala-gejala strok


Mereka yang berisiko di serang strok atau pasangan mereka ini harus berwaspada terhadap gejala-gejala am berikut. Mangsa mesti dihantar ke hospital dengan segera apabila gejala-gejala amaran ini dilihat. Beberapa gejalanya biasa ialah:


1. Sakit di bahagian belakang kepala


2. Pening


3. Mual dan muntah


4. Lemah pada tangan dan kaki


5. Tidak dapat bertutur dengan jelas


6. Rasa berdenyut-denyut atau kebas pada mulut, pipi dan gusi

Apakah risiko serangan strok?


1. Merokok


2. Penyakit jantung


3. Tekanan/ stress


4. Umur – belih berumur lebih berisiko


5. Apnea – pengecilan arteri karotid .


6. Aterosklerosis – pengerasan arteri

Adalah lebih baik mengambil berat tentang penjagaan kesihatan dan mengamalkan makanan kesihatan untuk mengekalkan kesihatan daripada terpaksa melakukan rawatan yang berpanjangan dengan kos yang tinggi. Kita ada pilihan..


Sayangilah diri kita....ia sangat bernilai.



No comments: