Wednesday 13 January 2010

CORDICEPS SINENSIS

Cordiceps ialah sejenis cendawan. Menurut farmakopiea Cina ( chinese Pharmacopoeia ) 2000, Cordiceps ialah satu jenis tonik yang sangat mujarab untuk paru-paru dan buah pinggang. Ia membantu menghilangkan kahak serta mempunyai aplikasi meluas dalam bidang perubatan.

DXN telah berjaya memelihara cordiceps di dalam laboratorium untuk mendapatkan hasil yang banyak dan asli. Cordiceps memgandungi berbagai bahan aktif seperti asid kordisep, kordisepin, asid amino, asid glutamik, polisakarida dan vitamin B12.

Penyelidikan perubatan moden telah memperakui bahawa asid kordisep dalam cordiceps sinensis berkesan untuk melegakan bronkital dan memperkuatkan kelenjar adrenal. Pengambilan berterusan dapat memperkuatkan sistem imun badan terhadap serengan elemen asing seperti radikal bebas, memperbaiki fungsi organ-organ dalam badan dan melanjutkan usia.

Kebaikan CORDICEPS Kepada Manusia:

1. TONIK UNTUK MELEGAKAN SALURAN PERNAFASAN

Cordiceps telah menjadi makanan tambahan atlit-atlit Negara Cina yang berjaya memecahkan rekod dunia acara 10,000 M, 3,000 M dan 1,500 M dalam pertandingan Olahraga Sedunia pada tahun 1993 di Jerman yang mengemparkan seluruh dunia. Cordiceps berfungsi untuk melegakan saluran pernafasan juga meningkatkan daya ketahanan atlit . Keberkesanan Cordiceps juga menjelaskan mengapa ianya digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat berbagai jenis penyakit bahagian atas salur pernafasan seperti penyakit radang paru-paru, bronkitis kronik dan tuberkulosis. Cordiceps sangat berkesan untuk membantu pengambilan oksigen oleh otak dan jantung dan melawan masalah kekurangan oksigen (hypoxia) serta meningkatkan daya ketahanan atlit.

2. MELINDUNGI BUAH PINGGANG

Dalam perubatan Cina tradisional, Cordiceps digunakan untuk merawat masalah buah pinggang di mana ianya dapat membaiki fungsi buah pinggang dan juga berkesan untuk mengembalikan sel T pelawan infeksi ke tahap normal kepada pesakit yang menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang. Profesor Li Shuo Shin, seorang pakar buah pinggang terkemuka membuat penemuan bahawa cordiceps berkesan untuk mencegah kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh pengambilan antibiotik dan ubatan lain tanpa menurunkan kesan antibiotik berkenaan.

3. MEMPERKUATKAN SISTEM IMUN

Cordiceps merupakan sejenis immunnomodulator yang mudah menyesuaikan diri. Ini disebabkan ia mengandungi banyak bahan polisakarida yang larut air.

4. RAWATAN TRADISIONAL UNTUK MASALAH IMPORTENSI

Cordiceps telah lama digunakan dan terkenal untuk menambahkan seperma dan memulihkan masalah importensi. Kemujarapannya dalam merawat importensi memeng diakui sejak zaman purba lagi.

5. MEMPERKUATKAN FUNGSI HATI

Penyelidikan telah membuktikan Cordiceps berkesan untuk merawat pelbagai penyakit hati. Dalam satu kajian klinikal, seorang pesakit hepatitis yang mengalami masalah cirrhosis telah dirawat dengan cordiceps, didapati simptom dan struktur sel-sel hati telah pulih dengan nyata.

6. MERENDAHKAN KANDUNGAN KOLESTEROL

Kajian klinikan telah membuktikan cordiceps sangt berkesan untuk merendahkan kadar kolesterol berlemak tinggi dan menambahkan kandungan kolesterol berlemak rendah untuk setiap peringkat umur.

7. MEMBAIKI SIMTOM-SIMTOM KELETIHAN

Terdapat banyak petunjuk mengenai kegunaan cordiceps untuk memulihkan badan yang lemah dan letih. Ianya sangat sesuai digunakan oleh para atlit yang memerlukan kecergasan maksima pada sepanjang masa dan juga untuk golongan orang biasa yang selalu merasa kepenatan bekerja.

Cordiceps DXN juga boleh di dapati dalam bentuk minuman iaitu:

1. Kopi Cordiceps

2. Cordypine.

Harga pengguna:

Cordiceps: 120 kapsul RM 150.00

60 kapsul RM 116.00

Nota: Maklumat ini adalah informasi sahaja.

No comments: