Tuesday 19 January 2010

HEMPEDU BUMI - AKAR CERITA


-->
Hempedu bumi juga dikenali pokok akar cerita atau nama Botani nya Andrographis paniculata merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-90 cm. Daunnya berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Bentuk daun itu bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal. Ia banyak terdapat di India, Thailand, Malaysia dan mudah dijumpai di tanah gambut. Tanaman herba Asia yang didapati tumbuh di kampung-kampung di Malaysia yang sudah popular secara meluas di Eropah dan Amerika, namun masih tidak begitu dikenali di sini! Orang Eropah menamakan tumbuhan ini King of Bitter kerana sifat rasanya yang tersangat pahit.
Pokok herba kecil ini barangkali merupakan salah satu pokok herba tradisional Malaysia paling utama yang kita miliki. Ia merupakan satu kit pertolongan cemas herba yang mampu meredakan derita akibat segala macam masalah, terutamanya selsema,demam selsema dan demam panas, sakit tekak, masalah hati, dan diarea (cirit birit ).
Tersenarai di farmakopia (buku senarai dadah ubatan) Cina dan India, ubat herba ini telah dikaji berhubung dangan sifat-sifat pelindung hati, perangsang imun, antiradang, antidemam panas dan anti-HIV serta sebagai rawatan klinikal untuk selsema, demam selsema, demam panas, sakit tekak dan cirit birit. Kandungan utama hempedu bumi ialah suatu sebatian yang amat pahit yang dikenali dengan nama andrografolida, yang pertama kali ditemukan pada tahun 1911. Andrografolida didapati pada seluruh bahagian pokok Hempedu Bumi tetapi paling tertumpu pada bahagian daunnya.
Daun Hempedu Bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat penyakit kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.
Bahan aktif dalam Hempedu Bumi, iaitu andrografolida, bertindak sebagai anti oksida kuat, dengan itu melindungi hati dan sistem pencernaan.Ujian makmal dan klinikal telah membuktikan keberkesanannya dalam kes kerosakan hati akibat ketoksikan (keracunan), fungsi hati yang lembap, dan hepatitis.

Selain kesan-kesannya pada hati dan sistem pencernaan, Hempedu Bumi juga terbukti berupaya mencegah pengumpulan kolesterol dalam sistem peredaran darah ke tahap yang lebih ketara berbanding dengan minyak ikan. Hempedu Bumi paling sesuai bagi mereka yang lazim memakan makanan kaya kolesterol. Secara tradisi herba ini juga telah lazim digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, manakala hasil penyelidikan saintifik moden juga telah mengesahkan kesan hipotensi (pengurangan tekanan darah) yang sederhana dan selamat.

Andrografolida juga telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada kandungan utama Hempedu Bumi yang menghasilkan tindakan perangsang imun. Kajian klinikal terbaru telah menunjukkan bahawa pati terpiawai Hempedu Bumi merupakan agen berkesan dalam pencegahan selsema. Kajian di Negara Barat merumuskan bahawa, hasil daripada penggunaan Hempedu Bumi, keletihan/kelesuan berkurangan sebanyak 30%, menggigil berkurangan sebanyak 50%, sakit tekak berkurangan sebanyak 40%, sakit otot berkurangan sebanyak 48%, dan pening dan sakit kerana resdung berkurangan sebanyak 30%, Juga risiko untuk dijangkiti selsema didapati dua kali ganda lebih rendah apabila mengamalkan Hempedu Bumi. Kajian ini lalu merumuskan bahawa Hempedu Bumi memberikan tahap keberkesanan yang tinggi dalam mengurangkan kejadian dan keterukan gejala-gejala selsema biasa bermula pada hari kedua rawatan. Tiada kesan-kesan buruk yang tidak diingini dilihat atau dilaporkan.
Kajian pihak MARDI mendapati Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.
Sila ambil perhatian, bahawa Hempedu Bumi tidak disyorkan jika seseorang wanita yang menjangka akan hamil atau merancang untuk hamil, ia selainnya selamat dan berkesan pada dos (jumlah) yang agak kecil. Pada Hempedu Bumi kita memiliki sejenis penawar mudah yang mampu mengelakkan sekian ramai keluarga daripada mengalami sedemikian banyak kerumitan apabila seseorang anggota keluarga yang tersayang jatuh sakit.

DXN mengeluarkan produk berasaskan Hempedu Bumi dinamakan Andro -G, di dalam bentuk kapsul yang mudah ditelan dan dibawa bersama ke mana-mana sahaja. Cubalah Hempedu Bumi sebagai pengganti kepada pil-pil penahan sakit berasaskan bahan kimia dan rasakan sendiri manfaatnya.

Harga pengguna ANDRO-G :
30 kapsul: RM 30.00 dan 90 kapsul RM 83.00

-->

1 comment:

Cikguiti said...
This comment has been removed by the author.