Thursday 8 April 2010

4. GANODERMA: RAJA HERBA YANG AJAIB

GANODERMA LUCIDUM

Ganoderma Lucidum adalah sejenis cendawan yang biasanya terdapat pada kayu atau batang pokok. Di Malaysia, Ganoderma di kenali sebagai Kulat, Jamur Kayu di Indonesia, Lingzhi di kalangan masyarakat China dan dalam Bahasa Arab ia di kenali sebagai Al Kamah. Khasiat dan faedah Ganoderma Lucidum dalam memperbaiki kesihatan telah terbukti sejak zaman Kaisar Shi Huang Tie( 256- 310 SM) . 

Terdapat lebih 200 spesis Ganoderma tetapi hanya 6 sahaja yang mempunyai kesan dalam bidang perubatan iaitu Gano Ruyi, Gano Otak, Gano Hati, Gano Kimshen, Gano Jantung dan Gano Merak. Sepanjang penelitian selama 15 tahun, penulis mendapati gabungan 6 jenis ganoderma ini memperolihi hasil yang memberi faedah kepada kesihatan umum. Kaedah pemprosesan organik menggunakan dedak padi, serbuk beras perang dan bahan semulajadi yang lain berjaya menghasilkan Ganoderma yang berkualiti tinggi dan bermutu.

Berdasarkan penelitian yang dibuat, terdapat zat-zat aktif yang berbeza ketika pertumbuhan Ganoderma pada peringkat awal ( Miselium ) dengan Ganoderma yang telah matang. Bagaimanapun zat aktif pada kedua-dua peringkat ini saling berkaitan dan saling bertindak balas.

REISHI GANO (RG)

Ganoderma atau RG adalah 100 % ekstrak Ganoderma Lucidum yang diproses melalui kaedah pengeringan dingin dnan pemisahan serat menggunakan teknik yang tertentu. Zat-zat yang terkandung dalam Ganoderma ini terpelihara dengan baik hasil pemprosesan yang khusus yang di kembangkan oleh penulis.

Ganoderma mengandungi lebih 200 elemen aktif. Beberapa elemen tersebut adalah seperti di bawah:


       Zat aktif
                   Faedah
Polisakarida
Memperkuatkan sistem pertahanan semulajadi badan
Mencegah pertumbuhan sel yang tidak normal
Membantu mengurangkan kadar gula dan memelihara fungsi pankreas
Mencegah kerosakan sel-sel tisu badan
Menguatkan membran sel
Menambah jumlah oksigen yang dibawa oleh sel darah merah

Adenosin
Menurunkan kadar kolesterol dan lemak dalam darah
Menurun kadar lipid darah dan menstabilkan membran sel darah merah
Menurunkan kadar pengumpulan darah dan mencegah trombogenesis
Memperbaiki fungsi kelenjar adrenalin yang menjaga keseimbangan endokrin
 Menyeimbangkan metabolisma keremajaan dan memberi lebih tenaga
Meyeimbangkan pH darah

Triterpenoid
Meningkatkan sistem pencernaan
Mencegah alahan yang disebabkan oleh antigen
Mengurangkan kolesterol dan menstabilkan lemak dalam tubuh
Mengaktifkan sel utama dalam tubuh

Sari Ganoderik
Membantu memulihkan masalah kulit
Meremajakan, mencantikkan dan menghaluskan kulit
Menghentikan pendaahan


Dengan zat-zat penting yang terkandung di dalam Ganoderma ini, maka dapat disimpulkan bahawa banyak manfaat dan faedah yang diperolehi untuk kesihatan tubuh kita. Bagaimanapun, fungsi yang paling baik sekali ialah membuang racun yang ada di dalam tubuh.

Bersambung ke bahagian 5...

No comments: