Saturday 10 April 2010

7. GANODERMA: RAJA HERBA YANG AJAIB

KHASIAT GANODERMA
Langkah 1:
PENGESANAN ( 1 hingga 30 hari )

Penyakit terjadi apabila berlakunya ketidakseimbangan dalam fungsi badan. RG dan GL dapat membantu mengesan penyakit, menyeimbangkan serta memulhkan kembali fungsi badan.

Segala-gala yang timbul ketika proses penyeimbangan dan pemulihan dikenali sebagai tindak balas sampingan terhadap masalah kesihatan. Daripada gejala-gejala yang timbul, kita dapat mengenalpasti dengan tepat jenis penyakit yang ditenggung. Ia dikenali sebagai kaedah pengesanan RG dan GL.

Ganoderma mengandungi kawasan pengesanan yang luas kerana ia mengandungi zat-zat aktif semulajadi dari Ganoderma Lucidum ( elemen larut air, larutan organik dan larutan volatail )

Langkah 2:
PENYINGKIRAN RACUN ( 1 hingga 30 minggu )

RG dan GL sangat berkesan dalam pembuangan racun seperti asid urik, kolesterol, enapan lemak, enapan kalsium, enapan pigmen kulit dan pengumpulan bahan kimia ( kimia berbahaya) dalam tubuh adalah melalui perpeluhan.

Sepanjang proses pembuangan racun dalam tubuh, anda akan terasa panas dan dahaga. Ini merupakan tanda bahawa tubuh anda memerlukan air yang banyak untuk mengeluarkan racun. Oleh itu, Ganoderma tidak mendatangkan kepanasan kepada tubuh.

Langkah 3:
PENYEIMBANGAN FUNGSI TUBUH ( 1 hingga 12 bulan )

Ia merupakan proses memulihkan kembali fungsi tubuh. Banyak tindak balas yang berlaku ketika proses peyeimbangan. Ini menunjukkan bahawa tubuh sedang dipulihkan dan ia bukanlah kesan sampingan dan anda tidak perlu bimbang. Jika tindak balas semakin teruk, kurangkan jumlah pengambilan tetapi jangan terus dihentikan. Jika tindak balas penyeimbangan hilang, tambahkan semula jumlah pemakanan seperti disyorkan.

Langkah 4:
PEMULIHAN FUNGSI TUBUH ( 6 hingga 24 bulan )

Ini adalah proses di mana tubuh yang mengalami luka atau sakit dipulihkan dengan memperkuatkan sistem pertahanan badan, memberikan kekuatan fizikal, ketenangan fikiran dan meningkatkan daya tahan melawan penyakit. Selain itu, ia turut menyediakan zat-zat penting seperti mineral, vitamin dan triterpenoid sebagai asas untuk memulihkan fungsi tubuh.

Langkah 5:
AWET MUDA ( 2 hingga 5 tahun )

Awet muda adalah tujuan utama mengamalkan pemakanan RG dan GL. Dalam tempoh ini, tubuh akan berfungsi pada tahap yang optimum dan menjadikan wajah lebih muda, tubuh bertenaga dan memberikan ketenangan mental.

Bersambung ke bahagian 8...

No comments: