Sunday 23 May 2010

RAHSIA KHASIAT PERUBATAN CENDAWAN

    Cendawan pada hakikatnya adalah salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan. Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, iron, zink, fiber, vitamin dan mineral tiada siapa boleh menafikan kekuatan cendawan.

    Cendawan mempunyai sejarah yang cukup panjang dalam dunia perubatan tradisional China. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik baru-baru ini juga menguatkan lagi legasi cendawan dalam mempromosi kesihatan yang lebih baik.

    Dalam kajian yang dijalankan, mereka menyifatkan cendawan sebagai probiotik – iaitu cendawan membantu tubuh manusia menjadi lebih kuat secara semulajadi. Cendawan juga mengembalikan keseimbangan dan rintangan tubuh badan untuk melawan penyakit.

    Terdapat berbagai jenis cendawan di seluruh dunia, malah ada yang mendakwa tumbuhan ini mencecah 14,000 lebih jenis. Bagaimanapun hanya sekitar 2000 lebih sahaja yang boleh dimakan memandangkan banyak jenis cendawan yang mengandungi racun.

    Daripada jumlah itu hanya sekirat 600 jenis sahaja yang mempunyai manfaat kepada dunia perubatan atau baik untuk kesihatan tubuh manusia. Penyelidik telah mengenalpasti antara cendawan yang mempunyai nutrisi paling baik termasuklah Reishi, Shiitake dan Maitake.

REISHI.

    Cendawan ini lebih dikenali dengan nama Lingzhi kerana ia kerap digunakan sebagai salah satu bahan terpenting dalam perubatan tradisional masyarakat Cina. Reishi berperanan sebagai sumber bahan yang menguatkan sistem imun badan. Dalam bidang perubatan tradisional, cendawan digunakan untuk mencegah dan merawat masalah yang berkaitan dengan aliran darah, tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah, alahan dan kanser.

    Cendawan lingzhi juga berkesan untuk membantu menentang penyakit lain seperti penyakit berkaitan hati, buasir, penyakit jangkitan dan obesiti.

    Satu keistimewaan utama cendawan lingzhi atau nama saintifiknya Ganoderma Lucidum ini ialah ia boleh membersihkan darah daripada toksin.

SHIITAKE.

    Ia merupakan satu lagi cendawan yang mempunyai rahsia tersendiri dalam bidang perubatan. Shiitake didapati berupaya menjadi sumber yang bertindak sebagai antivirus. Kemampuan Shiitake disebabkan ia menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil interferon. Penyelidik juga melaporkan pengambilan cendawan jenis Shiitake boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 ke 50 peratus. 

    Sebagai makanan berkhasiat, Shiitake juga mengandungi jumlah asid amino lebih baik berbanding kacang soya, daging, susu atau telur. Ia juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niacin.

    Paling menarik, Shiitake dikatakan menghasilkan sejenis bahan yang menyerap lemak dalam tubuh. Ia berita baik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat dan mengurangkan lebihan berat badan.

MAITAKE.

    Cendawan ini dikatakan paling baik melawan kanser. Ini kerana Maitake mengandungi grifolan sejenis bhan beta-glucan polysaccharide. Grifolan telah terbukti dapat meningkatkan sistem imun tubuh.

    Menurut pengkaji Jepun Hiroaki nanba dan Keito Kubo, penulis kepada buku Mushroom Biology and Mushroom Products, pesakit yang mengidap penyakit diabetes jenis 2 juga boleh mendapat manfaat dari pengambilan cendawan Maitake.

    Penyelidik merumuskan cendawan Maitake boleh merendahkan rintangan insulin sekaligus meningkatkan sensitiviti terhadap insulin. X-fraction muncul sebagai bahan aktif yang bermanfaat untuk melawan diabetes.

    Selaian itu, ramai pengamal perubatan di jepun juga dipercayai menggunakan cendawan untuk merendahkan tekanan darah dan lemak darah- dua punca utama yang menyebabkan penyakit jantung.

Thursday 6 May 2010

CORDYCEPS PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT

petikan:
Berita Harian ( 21 Feb 2002 ) oleh : Teh Kean Kiat


-->
Walaupun perubatan moden menjadi pilihan utama, namun masyarakat seluruh dunia tanpa mengira bangsa masih mengamalkan herba dan ramuan tradisional untuk kesihatan tubuh badan. Mereka mengetahui mengenai berbagai faedah daripada amalan ini yang sudah digunakan sejak datuk nenak masing-masing. Cuma bezanya ialah jenis herba yang digunakan.

Bagi masyarakat Cina, sejenis herba yang diamalkan dalam pemakanan iaitu Cordyceps atau carterpillar fungus dikatakan banyak memberi khasiat.

Herba ini banyak ditemui di sekitar Gunung Szechuan dan Qinghai, China serta daerah lain di atas paras 11,000 kaki.

Herba itu juga dikenali sebagai Dong Chong Xia Cao iaitu pada musim sejuk. Ia adalah sejenis kulat dan bertukar menjadi sejenis rumput pada musim panas.

Dulu, ia hanyalah makanan yang hanya mampu dibeli maharaja Cina dan golongan atasan disebabkan kuantitinya yang kurang dan mahal.

Selepas rumput berwarna perang hitam itu dipetik, ia akan diersihkan dan dikeringkan di bawah matahari sebelum dijual di pasaran tempatan.

Cordyceps mengandungi asid cordycepic, cordycepin, asid amino, asid glutamic, karbohidrat dan vitamin B12.

Presiden Persatuan Tabib Cina Profesional Malaysia, Prof Koh Nang Choong, berkata dalam perubatan Cina, ia adalah sejenis herba yang berkesaan untuk peredaran darah, sistem pernafasan dan kemandulan.

“Cordyceps juga boleh dianggap sebagai tonik kesihatan umum disebabkan keupayaannya meningkatkan daya ketahanan, kekuatan, selera makan dan mengubati penyakit kurang tidur.

“ Ia juga digunakan untuk merewat batuk, radang paru-paru, batuk kering, hidung sensitif dan sakit belakang.

“ Selain itu, ia juga berfungsi untuk menguatkan buah pinggang, paru-paru, meningkatkan penghasilan sel manusia dan merawat penyakit asma, anemia serta tekanan darah tinggi” katanya ketika ditemui di kliniknya di Pudu, ibu negara, baru-baru ini.

Beliau berkata, herba itu sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan jika kerap digunakan, sebaliknya ia boleh membantu mengurangkan kandungan kolesterol, melambatkan proses penuaan dan boleh mengurangkan keletihan.

Laporan atlit China yang pernah menggunakan Cordyceps sebagai diet tambahan, mereka dikatakan mendapat hasil yang luar biasa apabila berjaya memecahkan rekod dunia dalam acara 10,000 , 3,000 dan 1,500 meter pada Kejohanan Dunia Acara Padang dan Olehraga di Jerman tahun 1993.

Dr Koh berkata, dengan adanya teknologi canggih, Cordiceps kini boleh didapati dalam bentuk ubat cecair, pil dan makanan segera seperti pati ayam.

Beliau berkata, disebabkan kedudukan geografi dan suhu, ubat cecair dan pil Cordyceps biasanya diproses di tempat asalnya bagi mengekalkan keasliannya.

Selain itu, katanya, orang ramai khasnya golongan tua leih suka menggunakan Cordyceps untuk membuat sup.

“Herba ini rasanya ada sedikit masam dan wangi. Biasanya ia digunakan untuk memasak sup yang dicampur dengan ayam, kurma merah dan limau kasturi” katanya.

Bagaimanapun  beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati daripada tertipu dengan ubat palsu yang mencampurkan tepung gandum dan kulat.

Peniaga herba, Tey Guan Hah berkata, harga runcit bagi Cordyceps ialah RM 667 bagi 100 gm dan RM 250 bagi 38 gm.

Beliau berkata, disebabkan kelembapan ekonomi, jualan ubat itu berkurangan dan ramai yang lebih suka membeli pati ayam atau pati herba yang dicampur sarang burung.

“ Cara ini lebih senang kerana ia boleh dimakan segera dan harganya jauh lebih murah” katanya.

Katanya, harga herba itu mahal disebabkan kuantitinya yang kurang iaitu Cuma boleh didapati setahun sekali dan tidak boleh ditanam kerana ia tumbuh secara semulajadi.

DXN MARKETING SDN. BHD. mengeluar dan memasarkan produk erasaskan cordyceps seperti berikut:
1. Tablet Cordyceps (RM206.00/botol)
2. Kopi Cordyceps (RM33.00/kotak)
3. Cordypine ( campuran akstrak Cordyceps dan nanas)- RM310.50/botol 750 ml.