Saturday 26 December 2009

DARAH- SEDIKIT INFORMASI...

Darah, menurut Ensiklopedia Wikipidia ialah tisu pengantara yang terdapat dalam semua haiwan tinggi dan berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon. Darah juga berperanan dalam sistem imunisasi menentang penyakit. Istilah perubatan yang berkaitan dengan darah bermula dengan perkataan hemo yang berasal dari bahasa Greek.

KUANTTI DAN KOMPOSISI DARAH

Tubuh manusia dewasa mengandungi lebih kurang 5 liter darah. Ia terdiri daripada sel darah dan plasma darah. Sel darah terbahagi kepada:
1. Sel darah merah: kurang dari 99 %
2. Sel darah putih : kurang dari 0.2 %
3. Sel pembeku darah : kurang dari 2 %

Plasma darah pula ialah bahan larut air yang mengandungi albumin, bahan pembekuan darah, imunoglobin ( antibodi ), hormon, pelbagai jenis protein dan pelbagai garam. Ukuran sel darah sangat kecil. Setitik darah mengandungi lebih kurang 250 juta sel darah merah, 15 juta sel pembeku darah dan 400,000 sel darah putih.

FUNGSI DARAH.

Darah yang berwarna merah mempunyai berbagai fungsi antaranya:
1. Mengangkut oksigen ke seluruh badan.
2. Membekalkan tisu badan dengan zat.
3. Mengangkut dan menyingkirkan bahan kumuhan metabolik, dadah, dan bahan kimia asing kehati untuk diuraikan dan disingkarkan sebagai air kencing.
4. Mempunyai berbagai bahan sistem imunisasi untuk mempertahankan badan dari jangkitan kuman .
5. Mengedarkan hormon endokrin.

Warna darah menjadi merah terang apabila dipenuhi oksigen dan bertukar menjadi merah gelap apabila tiada oksigen. Warna tersebut disebabkan oleh hemoglobin, protein pernafasan yang mengandungi besi ( ferum ) dalam bentuk heme, tempat protein bergabung.

PENYAKIT BAWAN DARAH.

Darah merupakan salah satu cara atau vektor jangkitan. Contoh penyakit bawaan darah ialah AIDS, dimana virus HIV dipindahkan melalui sentuhan antara darah, air mani ( seperma ) atau cecair badan orang yang dijangkiti. Penyakit bawaan darah yang lain ialah seperti penyakit tibi, malaria dan dengi.

MASALAH KESIHATAN BERKAITAN DENGAN DARAH.

Ada banyak masalah kesihatan berkaitan dengan darah diantaranya ialah luka yang boleh mengakibatkan kehilangan banyak darah dan menyebabkan kematian jika lewat menerima rawatan. Masalah lain yang biasa kita dengar ialah penyakit leukemia ( penyakit barah pada darah atau sumsum tulang dan bercirikan penggandaan luarbiasa sel darah biasanya sekl darah putih ), anemia ( penyakit kekurangan sel darah merah ) dan talesemia ( pemyakit warisan yang disebabkan kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Hemoglobin ialah bahan yang mengangkut oksigen dan memberikan warna merah kepada darah )

MAKAN BAIK UNTUK MENAMBAH DARAH

Makanan yang baik untuk menambah darah harus mempunyai vitamin B6 dan zt besi. Vitamin B6 membantu badan memecahkan protein dan menghasilkan sel darah merah. Makanan yang mengandubgi vitamin B6 ialah kentang, pisang, sayuran , sayur kekacang, bijian dan bijiran, daging merah, ayam – itik, ikan serta sayur bayam.

Di antara makanan terbaik ialah pisang kerana ia banyak zat besi dan sangat sesuai untuk orang yang mengidap anemia kerana ia dapat merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Rencana ia adalah bahan informasi sahaja.

1 comment:

Unknown said...

Stainless Steel Magnets - titanium arts
Ironing titanium flat iron the Stainless Steel Magnets (4-Pack). Made febcasino.com in Germany. The Titanium Arts Stainless Steel sol.edu.kg Magnets are an alloy made 토토 of steel in bsjeon stainless steel