Monday 28 December 2009

MENJAGA KESIHATAN: TANGGUNG JAWAB SENDIRI.

Kajian membuktikan 90 % daripada masalah kesihatan bermula dari kolon (usus) yang kotor serta tidak sihat. Dalam keadaan biasa, apabila kita makan, bahan-bahan merbahaya seperti bahan aditif dalam makanan, pencemaran, bahan kimia, racun serangga dan bakteria akan melalui proses ditoksifikasi yang memproses toksin dan menyingkirkannya melalui proses perkumuhan setiap hari.

Walau bagaimanapun sistem perkumuhan semulajadi kita selalunya membawa beban berlebihan sebab cara pemakanan yang tidak seimbang, pengambilan serat yang kurang, pengambilan alkohol dan kafein yang berlebihan, takanan yang tinggi, kurang senaman serta pendedahan yang teramat sangat kepada bahan-bahan bertoksin. Semua ini akan membuatkan sistem perkumuhan kita tersumbat dan lembab serta mengurangkan kebolehan semulajadi badan untuk menyingkirkan bahan buangan badan secara betul dan berkesan.

Bahan toksin yang terkumpul meningkat sepanjang masa di dalam kolon akan membawa penyakit yang serius dan kronik atau menjadi busuk dan mereput. Ia juga akan menjadi tempat pembiakan bakteria yang membawa penyakit. Jika bahan reput yang terkumpul tidak dikeluarkan oleh sistem perkumuhan, bahan toksin tersebut akan diserap dari kolon ke dalam sistem aliran darah dan meresapi keseluruh bahagian badan. Badan akan merasa dalam keadaan yang dipanggil “ketoksikkan diri”. Jika proses keracunan diri dengan toksin ini berterusan, ia akan menyebabkan kelemahan sistem imun yang drastik lalu membawa kepada gejala kelesuan, tekanan, masalah sistem penghadaman, masalah kulit, artritis, sengal-sengal, sakit kepala serta penyakit kronik yang lain.

Penyahtoksikkan dan pembersihan sistem penghadaman adalah penting untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik serta membaiki fungsi-fungsi organ badan. Oleh itu adalah penting kita meminum air yang mencukupi dan mengosok badan setiap hari untuk membuang sel-sel kulit yang mati.

Terdapat banyak kaedah untuk membuang toksin dari badan, antaranya adalah dengan berpuasa atau mengamalkan diet yang organik serta mentah. Cara terbaik untuk membersihkan saluran sistem perkumuhan adalah dengan menggunakan bahan herba asli yang kaya dengan serat. Ia berupaya menyingkirkan bahan buangan toksin di dalam kolon secara efektif dan pada masa yang sama membekalkan nutrien-nutrien kepada sel badan. Amalan berpuasa yang digabungkan dengan fungsi makanan tambahan berkhasiat serta diet yang tinggi kandungan seratnya adalah ideal untuk mencapai tahap kesihatan yang maksimum.

Kami mencadangkan penggunaan produk makanan tambahan semulajadi “MYCOVEGGIE” yang di keluarkan melalui penyelidikan dan formulasi campuran unik yang mengandungi bahan semulajadi. Ia dihasilkan dari ramuan pelbagai sayuran, buahan, cendawan, herba dan rampah ratus pilihan untuk menyingkirkan toksin dari kolon, memulihkan gejala kesihatan yang berkaitan dengan masalah kolon, memberi manfaat kepada kesihatan secara menyeluruh dan membantu melambatkan proses penuaan. Kandungan ramuan utama di dalam Mycoveggie adalah seperti berikut:
Mycoveggie boleh didapati dalam bentuk serbuk di dalam botol dan sachet.
BIJIAN PSYLLIUM:
Bjian ini mengandungi serat larut dan serat tidak larut. Ia adalah egen pengembangan yang lembut dan membantu menyahtoksik, menggalakkan rasa kenyang dan menyingkirkan bahan buangan melalui sistem perkumuhan.
CENDAWAN:
Cendawan berneutrien tinggi seperti shiitake, lion’s mane, tiram dan lyophillium yang mempunyai berbagai sebatian bioaktif yang berbeza merupakan sumber vitamin B yang penting. Cendawan terpilih ini mempunyai fungsi umum ciri-ciri perubatan sebagai anti kanser, kemampuan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, bantuan sistem penghadaman dan sebagai tonik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
SPIRULINA:
Sejenis alga laut berwarna biru kehijauan yang diikhtiraf sebagai makanan paling bernutrisi di dunia. Ia mengandungi beta-karotene, asid amino, vitamin B12 serta b kompleks, phytonutrien dan zat besi. Phytinutrien ialah agen pembersih semula jadi dan penggunaan Spirulina secara berterusan membantu untuk meningkatkan tahap kesihatan.
DAUN NONI ( MENGKUDU )
Noni diamalkan secara tradisi untuk meningkatkan kesihatan serta melambatkan proses penuaan. Ia mengandungi phytonutrien an anti oksida untuk menyuburkan sel , tisu serta organ badan.
DAUN GINKGO:
Daun Ginkgo mempunyai sebatian aktif yang terbukti mempunyai fungsi anti oksida, dapat mengecutkan lung-qi, melegakan astma, meningkatkan pengaliran darah dan meningkatkan kecerdasan minda.
DAUN MALBERI:
Ia kaya dengan asid amino, anti oksida dan vitamin C. Penyelidikan terbaru menunjukkan daun malberi efektif untuk mengawal kandungan lemak dalam darah, membaiki penglihatan, memindahkan haba dari paru-paru, menyeimbangkan tekanan darah serta mengurangkan glukosa dalam darah.
EKSTRAK TEH HIJAU:
Ia mengandungi bahan anti oksida yang hebat. Polyphrnols dan flavenoids. Ia dapat menurunkan paras kolesterol, menentang radikal bebas dan menguatkan sistem imun badan. Antara manfaat ketara teh hijau ialah meningkatkan metabolisma, mengurangkan tekanan dan melambatkan proses penuaan.
JAGUNG MANIS:
Jagung merupakan sumber karbohidrat yang baik selain mengandungi vitamin C, tiamin, asid folik dan fosforus. Bijirin ini menawarkan amnfaat anti oksida serta serat diet yang dapat membantu sistem perkumuhan.
SADERI:
Saderi mengandungi kalori yang rendah dan kaya dengan vitamin C serta sebatian aktif lain yang memberi manfaat kepada kesihatan. Ia termasuk pthalides ( mengurangkan kolesterol dan mengimbangkan tekanan darah ) serta coumarins ( untuk mencegah kanser ). Saderi juga kaya dengan mineral yang bersifat diuretik.
SERAI:
Serai mengandungi citral yang manfaatnya membantu sistem penghadaman, melonggar dan mengeluarkan lendir serta mengurangkan kekejangan dan tekanan.
BAHAN LAIN:
Limau, Oren, halia.
Rempah-ratus terpilih seperti kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih serta Pericarpium Citri reticulateae ( digunakan sebagai aroma dan keenakan rasa produk ) 

Harga: RM225.00/botol

Nota: makluman ini adalah untuk tujuan informasi sahaja. Sila dapatkan maklumat lanjut dari Pengedar DXN yang sah.

No comments: