Friday 5 February 2010

KHASIAT HABBATUS SAUDA

Bahan antioksidan sakit jantung, barah dan artritis

Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari, rasullullah SAW bersabda “sesungguhnya habbatus sauda adalah ubat segala penyakit kecuali kematian”

Ketika itu teknologi perubatan belum secanggih sekarang, namun sabda rasulullah mengungkapkan khasiat biji hitam itu daripada tumbuhan Nigella sativa yang banyak terdapat di Asia Barat, Afrika Utara, Eropah Selatan dan India.

Penyelidik Universiti Putra Malaysia(UPM) diketui Prof Dr maznah Ismail, memanfaatkan habbatus Sauda bagi menghasilkan Thymoquinone Rich fraction (TQEF) yang mempunyai bahan anti oksidan , Thymoquinone (TQ) hingga sepuluh kali ganda lebih tinggi berbanding produk serupa di pasaran.

Beliau berkata TQRF yang dihasilkan dalam bentuk pil gel, cecair dan emulsi boleh digunkan sebagai makanan tambahan harian bagi memelihara kesihatan dan mengurangkan tekanan oksidatif supaya mengelak penyakit berkaitan gaya hidup. “ Akibat tekanan, pemakanan atau persekitaran kurang sihat, aktiviti pengoksidan sel dalam badan akan menghasilkan radikal bebas yang juga punca pelbagai penyakit seperti jantung, artritis dan barah”

“ Produk dihasilkan UPM ini mampu mengurangkan tekanan dengan kandungan antioksidannya yang tinggi selain tidak tercemar dengan bahan kimia kerana ia dihasilkan menggunakan teknologi hijau, Super Fluid Extraction (SFE)”

“ Keberkesanan TQRF turut dibuktikan menerusi 15 penerbitan dalam journal berimpak tinggi berkaitan kandungan khasiatnya hingga kajian genetik termasuk mekanisme mengurangkan kolesterol dan merencatkan pembentukan plak dalam arteri” katanya.

Maznah berkata parameter seperti tekanan dan suhu digunakan bagi aplikasi teknologi SFE dimanfaatkan dalam hasilan TQRF dipaten berikutan pelbagai keistimewaannya.

Beliau berkata antara lain,ciri sistem tertutup SFE membolehkan lebih banyak TQ diperangkap dalam proses mengekstrak minyak daripada Habbatus Sauda selain berciri ekonomikal dan lestari kerana menggunakan karbon dioksida yang boleh dikitar semula.

“ Antara ciri Habbatus Sauda adalah ia mudah meruap, justeru jika menggunakan proses ekstrak secara terbuka dan pelarut yang digunakan secara meluas ketika ini, jumlah TQ diperangkap akan berkurangan dan dicemari pelarut berasas bahan kimia”

“Hal ini akan menyebabkan bahan antioksidan TQ dalam minyak berkurangan, sekaligus menjejaskan khasiat produk selain sukar dipasarkan di peringkat antarabangsa kerana tidak memenuhi piawaian bebas dari bahan kimia” katanya.

Maznah berkata, lanjutan pengjhasilan TQRF itu, kajian klinikal mengenainya kini giat dijalankan bagi memastikan keberkesanannya dalam merawat penyakit penuaan seperti Alzheimer dan digunakan dalam rawatan monopause.

“TQRF berupaya melindungi pembentukan plak beta amiloid yang membunuh sel hingga menyebabkan penyakit Alzheimer atau nyanyuk terutama di kalangan orang tua.

“ ia juga berpotensi dijadikan produk farmaseutikal bagi rawatan menopaus menggantikan terapi hormon HRT yang mempunyai risiko kesan sampingan seperti kanser” katanya.


Petikan dari:
Berita Harian
04 Feb 2010 (Edisi Varsiti- m/s 5 )
Oleh : Rosniza Md Taha.

No comments: