Tuesday 23 February 2010

SISTEM PERNAFASAN


Sistem pernafasan dikaitkan dengan tarikan kandungan oksigen menuju ke paru-paru dan hembusan karbon dioksida yang berunsur racun di dalam badan. Pertukaran gas ini penting untuk kehidupan sel badan kita dan ia tidak akan berjalan lancar tanpa fungsi sistem pernafasan yang baik. Sistem pernafasan terdiri daripada mulut, hidung, kerongkong, trakea, paru-paru dan diafragma. Oksigen sangat diperlukan oleh sistem darah di mana darah membawa zat untuk keperluan tenaga yang diperlukan oleh badan.

Apa yang berlaku sekiranya paru-paru mengalami ketidakseimbangan yang mana zat makanan tidak dapat dibakar sepenuhnya untuk ditukar menjadi tenaga? Maka sudah pastinya kita kekurangan tenaga untuk menggerakkan anggota dan menjalankan aktiviti. Apabila kita sedang menjalankan aktiviti yang lebih berat atau lasak misalnya, maka kita bernafas dengan lebih laju bagi membekalkan lebih tenaga berbanding aktiviti biasa.

Kita perlu memastikan sistem pernafasan kita berada dalam keadaan baik untuk kita bernafas dengan betul dan efisien. Pernafasan juga membekalkan oksigen untuk membaikpulih sel, tumbesaran dan pembahagian sel.


Masalah Sistem Penafasan

Masalah sistem pernafasan yang sering berlaku adalah:

  1. Asma

    Untuk pesakit asma, saluran sistem pernafasan mereka selalunya berada dalam keadaan hipersensitif dan bila ia dirangsang, saluran nafas akan terjerut. Saluran nafas yang terjerut ini akan menimbulkan masalah semasa bernafas. Serangan asma boleh berlaku disebabkan asap tembakau, asap kilang, pelarut pembersih, jangkitan, debunga, habuk, sesetengah makanan seperti makanan laut yang bercengkerang, susu dan kacang, udara sejuk dan sebagainya. Walaubagaimanapun, rangsangan yang menyebabkan serangan asma adalah berlainan di antara setiap individu.
  2. Bronkitis Akut

    Bronkitis Akut ialah sejenis keradangan pada tiub bronkiol di dalam peparu, di mana ia adalah saluran udara utama ke paru-paru. Biasanya radang tersebut disebabkan oleh jangkitan bakteria ataupun jangkitan viral. Apabila jangkitan ini melemahkan sistem pernafasan seseorang, simptom-simptom seperti batuk, sesak nafas, sakit dada, pertambahan mukus dan kelesuan akan wujud. Bronkitis akut akan berlarutan selama 4 hingga 6 minggu.
  3. Sinusitis

    Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang belakang pipi, bulu kening dan rahang. Biasanya lendir yang dihasilkan oleh sinus akan disalirkan ke dalam hidung, di mana lendir itu akan membersihkan bakteria dan habuk yang masuk ke dalam badan kita semasa kita bernafas. Bulu halus akan menyalurkan lendir keluar dari sinus. Sinusitis berlaku apabila membran mukos dijangkiti bakteria, virus atau kulat. Sinus akan membengkak seterusnya menghalang pengaliran mukus ata bendalir daripada sinus di dalam hidung dan tekak. Akhirnya ia akan menyebabkan tekanan dan keradangan pada rongga sinus. Sinusitis akut akan bermula dengan demam yang kemudiannya akan menjadi jangkitan bakteria. Alergi, pencemaran, masalah hidung dan sesetengah penyakit juga boleh menyebabkan sinusitis.
  4. Pneumonia

    Pneumonia adalah jangkitan paru-paru yang mana biasanya berlaku kerana jangkitan virus ataupun bakteria. Tiga penyebab utama jangkitan paru-paru ini adalah bakteria, virus dan fungi. Anda juga boleh dijangkiti Pneumonia secara tidak langsung dengan menghidu cecair ataupun bahan kimia. Pheumonia yang paling umum dikenali sebagai pneumococcal pneumonia, sejenis jangkitan bakteria yang paling kerap menyebabkan pneumonia. Sesetengah pneumonia adalah sederhana dan sesetengah jenis pula memerlukan rawatan hospital yang intensif. Orang tua dan bayi yang berumur 2 tahun kebawah adalah golongan yang mudah dijangkiti oleh pneumonia.

Cadangan untuk Sistem Pernafasan yang Sihat

  • Air

    Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Minum air suam untuk membersihkan dan menipiskan mukus yang terdapat di saluran pernafasan.
  • Menjaga kebersihan lingkungan tempat tinggal

    Bersihkan rumah anda sekerap mungkin untuk menyingkirkan habuk, hama, debunga dan sebagainya. Kekalkan kebersihan bantal, selimut dan comforter.
  • Melakukan senaman atau aktiviti

    Berjalan dengan cepat, joging, berenang, menunggang basikal, lompat tali, yoga, senaman aerobik dan aktiviti fizikal yang lain dapat menguatkan jantung dan paru-paru anda.
  • Bernafas

    Ya. Bernafas atau lebih tepat lagi, menarik nafas dalam-dalam dengan menggerakkan diafragma anda dan bukan bernafas pendek dengan menggerakkan sangkar tulang rusuk. Pernafasan secara mendalam dapat mengisi paru-paru dengan udara segar dan ia juga akan mengeluarkan udara yang mengandungi toksin dari badan kita.
  • Dilarang Merokok

    Amalkan polisi "dilarang merokok" ketika berada di rumah dan tempat kerja. Elakkan diri daripada menghidu asap rokok.

Saranan:

Dengan mengamalkan cadangan kesihatan di atas, anda juga boleh mengambil makanan kesihatan tambahan untuk meningkatkan sistem pernafasan anda. Kombinasi produk DXN yang disenaraikan di bawah dapat memberi kesan sinergi untuk menguatkan sistem pernafasan.


Reishi gano (RG) , Gano cylium ( GL) , Cordyceps, Cordypine

No comments: