Wednesday 17 February 2010

MONASCUS MENGAWAL KOLESTEROL

Monascus merupakan produk bijirin beras yang telah ditapai dengan menggunakan yis yang dikenali sebagai Monascus purpureus. Lazimnya, beras ini berwarna merah semulajadi. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai Beras Yis Merah atau Beras Merah. Monuscus mengandungi 100 % beras yis merah.

Beras yis merah atau monascus adalah ubat tradisional yang telah disenaraikan di dalam Compendium of Materia Medica, sebuah buku Ubatan Tradisional Cina yang ditulis oleh Li Shi Zhen. Buku tersebut menerangkan kebaikan Monascus dalam meningkatkan pengaliran darah, membantu penghadaman dan merawat kesakitan abdomen. Kajian terbaru juga menemui bahawa ia membantu dalam mengawal tahap kolesterol darah. Selain daripada itu, kita juga boleh menemui banyak artikel tentang kebaikannya yang lain daripada laman web perubatan.

Monascus mengandungi pelbagai jenis sebatian aktif. Para saintis telah mengenalpasti bahawa Monakolin K, (sejenis potensi penghalang kepada HMG-CoA reductase atau sejenis lovastatin semulajadi) merupakan sejenis sebatian yang paling aktif di dalam Monascus di mana ia bertindak untuk menghalang sintesis kolesterol di dalam hati. Jadi, ia dapat mengawal tahap kolesterol dalam darah.

Monuscus bertindak membantu mengawal dan menggalakkan tahap kolesterol pada paras yang normal.

Monascus amat disyorkan kepada mereka yang berisiko menghidap kolesterol darah tinggi, termasuklah mereka yang obes, tidak mengamalkan diet pemakanan yang seimbang, tertekan serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat (mereka yang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung) dan wanita yang putus haid (disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon).

Walaupun seseorang itu mempunyai kesihatan yang baik, beliau mungkin mengalami kolesterol tinggi (lelaki berumur 45 tahun dan ke atas dan wanita yang berumur 55 tahun dan ke atas berada pada risiko kolesterol tinggi), anda juga boleh mempertimbangkan untuk mengambil Monascus bagi memelihara dan mengawal tahap kolesterol darah yang normal.

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik ambillah 2 kapsul Monuscus, 2 kali sehari. Monascus DXN boleh diambil pada bila-bila masa, sebelum atau selepas makan.

Peringatan: Monascus tidak boleh diambil serentak dengan ubat pengurang kadar kolesterol yang dikenali sebagai penghalang HMG-CoA reductase (seperti statin, pravastatin dan sebagainya) kerana ia akan meninggikan kesan ubat yang boleh mengakibatkan dos berlebihan. Anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor sekiranya anda bercadang untuk menukar cara untuk mengawal tahap kolesterol anda.

Penagih arak dan mereka yang mengalami masalah hati atau pernah mengalaminya tidak digalakkan untuk mengambil Monascus.

No comments: