Friday 19 February 2010

SISTEM IMUN TUBUH BADAN


BANTULAH BADAN KITA UNTUK TERUS KEKAL SIHAT
  • Sistem imun manusia adalah satu sistem yang ajaib dan sangat rumit. Contohnya, Ada sel sistem imun ini yang berfungsi untuk mengenali dan menyerang dan memusnahkan bahan-bahan asing yang tidak baik yang memasuki tubuh badan tubuh dan ada sel yang berfungsi untuk menghasilkan bahan menyembuhkan luka dan sebagainya.
  • Sistem imun badan kita akan mempertahankan badan kita terhadap serangan luar, sama ada penyakit ataupun jangkitan. Sistem imun badan kita terdiri daripada sel-sel, organ-organ dan protein. Selain daripada itu, sistem imun kita juga berfungsi sebagai pengawas, mempertahankan kehadiran sel-sel yang luar biasa dalam badan anda sebelum ia berleluasa dan menyebabkan kanser.

Badan kita terdedah kepada ancaman dari mikro organisme seperti bakteria dan virus sepanjang masa. Kebanyakan penyakit-penyakit yang membawa maut disebabkan oleh patogenik mikro organisme. Penyakit tersebut adalah seperti radang paru-paru, denggi, malaria, botulisme, penyakit AIDS dan sebagainya. Mikrob yang berbahaya akan masuk ke badan kita melalui sedutan, luka yang terdedah ke udara, gigitan serangga serta makanan dan air yang tercemar. Adakah badan kita mampu mempertahankan diri dari serangan mikrob?

Selalunya, sistem imun badan kita akan mempertahankan badan kita terhadap serangan luar, sama ada penyakit ataupun jangkitan. Sistem imun badan kita terdiri daripada sel-sel, organ-organ dan protein. Selain daripada itu, sistem imun kita juga berfungsi sebagai pengawas, mempertahankan kehadiran sel-sel yang luar biasa dalam badan anda sebelum ia berleluasa dan menyebabkan kanser.

Gangguan Sistem Imun

Empat kategori utama dalam gangguan sistem imun:

  • Penyakit kekurangan imun

Dikenali sebagai sistem imun yang kurang keupayaan atau sistem imun yang bermasalah. Seseorang yang dilahirkan dengan kekurangan imun dikenali sebagai kekurangan imun primer. Manakala kekurangan imun yang disebabkan oleh jangkitan atau ubat-ubatan dikenali sebagai kekurangan imun sekunder. AIDS merupakan penyakit kekurangan imun yang membawa maut disebabkan oleh jangkitan virus yang dikenali sebagai HIV.

  • Penyakit Autoimun

Juga dikenali sebagai ketidakupayaan sistem imun untuk membezakan bahan-bahan sama ada ia merupakan bahan badan sendiri ataupun benda asing. Oleh itu, sistem imun akan menghapus dan menyerang tisu-tisu dan organ-organ yang sihat. Contoh-contoh penyakit autoimun ialah: artritis rheumatoid, dimana sendi-sendi dan tisu sekelilingnya telah mengalami keradangan.

  • Penyakit alahan

Ia akan berlaku apabila sistem imun menjadi hipersensitive bila terdedah kepada bahan-bahan tertentu melalui penyedutan, makanan yang dimakan, suntikan dan cara-cara lain. Bahan-bahan yang membangkitkan reaksi tersebut dikenali sebagai alergen. Alergen termasuk debunga, bulu haiwan, habuk, debu dan bahan-bahan kimia tertentu yang hadir dalam kosmetik. Asma merupakan gangguan alahan sistem udara yang membawakan udara masuk dan keluar ikut paru-paru. Sistem udara akan menjadi sakit dan bengkak dan menyebakan ia menjadi sensitif dan bertindak balas terhadap alergen.

  • Kanser Sistem imun

Ia akan berlaku apabila sel-sel sistem imun tumbuh secara berleluasa. Contohnya: Leukimia, dimana pertumbuhan sel-sel darah putih menjadi tidak terkawal, penyakit ini biasa dihidapi oleh kanak-kanak.


Tips kesihatan untuk sistem imun anda:


1. Tidur yang cukup


Sistem imun akan menjalani proses pemulihan semasa anda tidur. Oleh itu, jika seseorang tidak dapat tidur dengan lena atau tidak mempunyai rehat yang secukupnya maka sistem imun akan menjadi lemah.


2. Tabiat pemakanan yang betul

"Anda akan jadi apa yang anda makan". Pilihlah sajian yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar atau ditanam secara organik. Ia mengandungi galian dan zat yang dapat membantu menguatkan fungsi-fungsi sistem imun anda. (Vitamin A,C,E, zink,selenium,magnesium). Manakala makanan yang menguatkan fungsi-fungsi sistem imun adalah seperti kiwi, limau, brokoli, labu, buah betik, minyak zaitun, minyak biji serat flaks, minyak kelapa, cendawan dan lain-lain lagi.


3. Senaman


Senaman yang tetap dan serdehana dapat melancarkan peredaran darah, meningkatkan sistem imun dan melegakan tekanan anda. Selain daripada itu, senaman juga dapat membantu anda tidur dengan lena.


4. Kurangkan pengambilan makanan berproses

Makanan yang telah diproses seperti daging salai, makanan dan minuman tin, mi segera serta makanan ringan mengandungi natrium, gula serta trans lemak yang tinggi dan ia akan menghauskan tenaga badan anda. Makanan ini mengandungi kalori yang tinggi malahan kurang dalam nutrien, oleh itu ia ditaksirkan sebagai pelawan bagi kesihatan sistem imun.


5. Menangani tekanan dengan bijak

Tekanan jangkamasa yang pendek akan merangsangkan sistem imun untuk melawan jangkitan. Akan tetapi, sekiranya seseorang berada dalam keadaan tekanan kronik untuk jangka masa yang panjang, ini akan meningkatkan paras hormon kortisol dalam aliran darah. Seterusnya ia akan mengakibatkan kelemahan sistem imun. Oleh demikian, kita harus mengenalpasti cara yang sesuai untuk menangani tekanan dan cara tersebut adalah berlainan bergantung kepada keperluan setiap individu.


Cadangan:

Selain daripada mengamalkan tip-tip kesihatan di atas, anda dicadangkan mengambil makanan kesihatan berikut untuk memelihara sistem imun yang kuat dan sihat.



No comments: