Tuesday 2 February 2010

HABBATUS SAUDA

(bunga Habbatus Sauda)


Al Habbatus Sauda sangat dikenali di kalangan Umat Islam. Ia juga dikenali sebagai Habbatul Barokah bererti “biji hitam yang direstui”. Nabi Muhammmad S.A.W. Bersabda “tetaplah kamu dengan habbatus-Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati” Riwayat Imam Bukhari.


Habbatus sauda adalah sejenis tumbuhan tahunan yang berseri dengan bunga-bunga yang berwarna biru kelabu. Asalnya tumbuh liar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika Utara terutama Mesir, di selatan Eropah, di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India. Bagi iklim yang sesuai, ia sangat senang di tanam di halaman rumah.


Ia dipanggil dengan berbagai nama, antaranya: Black Cummin, Black Seed, Caraway, Love-in-the-mist (English), Jintan Hitam (Malaysia dan Indonesia), Habbatul Barakah (Mesir), Nama saintifiknya ialah Nigella Sativa.


Beberapa kegunaan tradisional Habbatus Sauda ialah melegakan athma, masalah kerongkong dan penyakit sengal-sengal, meningkatkan sistem imunisasi, mengawal sistem hormon, meningkatkan sistem peredaran darah, sistem penghadaman dan untuk kesihatan badan secara menyeluruh.


Dalam kitab perubatan Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda boleh mengubati 50 macam penyakit tanpa sebarang kesan sampingan.


Suatu ulasan ilmu kedoktoran melalui beberapa kajian ilmiah menunjukkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain:

  • Antiinflamasi, mengubati radang tenggorok, arthritis dan bengkak sendi.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala /migrain.
  • Aktiviti merangsang hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu ibu.
  • Antiseptik, mencegah bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan selsema.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan jeragat muka.
  • Urinary tract, mengubati saluran kencing dan batu ginjal.
  • Anti histamine mengubati masalah alergik / alahan
  • Sistem imunisasi, meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem pengedaran, meningkatkan kinerji jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas /asthma.
  • Anti toksin dan anti oksidan yang baik.



Kemujaraban teraputik Habbatus Sauda yang mengkagumkan telah diakui aleh kajian klinikal yang semakin berkembang. Penyelidikan menunjukkan bahawa kandungan jintan hitam ini sangat kaya dengan adunan biokimia. Ia mengandungi asid amino, karbohidrat, asid lemak tepu, alkoloid, saponin, polisakarida dan juga beberapa jenis mineral. Pada tahun 1996, penggunaan jintan hitam telah berkembang maju dalam bidang perubatan. Satu pati aktif daripada tumbuhan ini telah mendapat paten dari FDA-US untuk digunakan sebagai rawatan dalam kanser dan juga membantu dalam pencegahan kesan sampingan rawatan kimoterapi. Banyak penyelidikan yang sedang dijalankan di seluruh dunia untuk mencungkil rahsia kuasa keberkatan dan penyembuhan yang terkandung dalam biji Habbatus Sauda yang kecil ini.


DXN telah mengeluarkan produk Habbatus Sauda dengan nama Black Cumin Plus iaitu sejenis makanan herba dirumus khas daripada Black Cumin berkualiti ditambah dengan bunga Cengkih dan lada hitam.


Campuran bahan herba ini bertindak secara sinergi untuk menguatkan dan meningkatkan prestasi badan secara menyeluruh. Ia memberikan kita satu cara mudah untuk menikmati khasiat semulajadi biji Habbatus Sauda dengan mudah di samping meningkatkan kesihatan ke tahap maksimum.


Cara pemakanan: 2 / 3 kapsul sehari selepas makan.


Harga pengguna:

30 kapsul RM 26.50

90 kapsul RM 70.80

2 comments:

Anonymous said...

Bolehkah orang yg ada gastro problem (gerd)mengambil black cumin , sebab ia mengandungi cengkih Dan Lada hitam. Keduanya bolih mendatangkan iritasi pada perut.

yanda panda said...

Ada sle bolehkah