Tuesday 9 March 2010

SISTEM PEREDARAN DARAH

(gambar hiasan)
Kita biasa mendengar jenis darah A, AB dan sebagainya. Golongan darah adalah ciri khusus darah dari suatu individu yang mencerminkan perbezaan suatu perbezaan jenis karbohidrat dan protein pada permukaan membran sel darah merah. Darah manusia dibezakan menjadi empat macam; A, B, AB, dan O yang masing-masing memiliki ciri-ciri berbeza.

Sistem peredaran darah adalah satu sistem penting dalam tubuh badan. Siatem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan kembali semula ke jantung. Darah ini mengalir di dalam satu saluran yang tertutup.

Fungsi asas peredaran darah ialah untuk menmbekalkan zat –zat dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan membawa keluar karbon dioksida dan bahan-bahan yang merbahayakan daripada sel badan. Fungsi lain darah ialah membawa bahan-bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan, melawan jangkitan kuman, memberi warna kepada kulit dan mengawal suhu badan.

Sistem peredaran darah manusia ada dua iaitu sistem pulmonari dan sistemik. Sistem polmunari membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri polmunari ke paru-paru dan balik semula ke jantung melalui vena polmunari. Sistem sistemik pula membawa darah beroksigen ke seluruh tubuh melalui aorta dan kembali semula ke jantung.Struktur anatomi Sistem darah terdiri daripada jantung, saluran darah dan darah.

Jantung kita berdenyut antara 60 ke 80 kali seminit secara automatik dan boleh bertambah mengikut keadaan seperti bersenam dan kecemasan. Salur darah pula terdiri dari tiga jenis iaitu arteri, vena dan kapilari. Arteri yang berdinding tebal, berotot dan elastik serta bercabang-cabang membawa darah beroksigen keluar dari jantung ke bahagian lain badan. Vena yang mempunyai dinding yang lebih nipis dan saluran lebih besar membawa darah tidak beroksigen dari bahagian lain badan ke jantung. Kapilari adalah saluran darah yang terkecil sekali dan dindingnya yang nipis memudahkan serapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu dengan cepat.

Darah manusia sebanyak anggaran 6 liter terdiri dari 60 %sel darah berbentuk pepejal dan 40 % cecair plasma. Darah terdiri dari plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan ( platelet). Sel darah merah ini hidup selama 120 hari dan akan mati dan dimusnahkan di dalam hati dan digantkan dengan sel-sel baru daripada sum-sum tulang. Sel darah putih yang dihasilkan di sum-sum tulang dan kelenjar limfa hidup selama lebih kurang 30 jam sahaja. Badan kita mempunyai berbagai jenis sel darah putih dan ia bertindak sebagai pertahanan badan daripada serangan bakteria. Sel pembeku darah yang hidup lebih kurang 10 hari berperanan sebagai agen pembekuan darah.

Penyakit yang berhubungan dengan darah
:

1. Anemia :

Ia merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkat anemia yang berbeza-beza menimbulkan berbagai-bagai akibat klinikal. Hemoglobin ( protein ) yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

2. Leukimia :

Perkataan leukemia, yang bererti 'barah darah putih,' diambil sempena nama penyakit pengiraan sel darah putih yang tinggi yang terdapat pada kebanyakan pesakit leukemia sebelum menerima rawatan. Jumlah tinggi sel darah putih kelihatan apabila contoh darah dilihat di bawah mikroskop. Sering kali, sel darah putih ini adalah tidak matang atau tidak berfungsi. Jumlah sel darah putih juga turut mengganggu fungsi normal ibu-ibu sel darah lain di dalam sum-sum tulang, iaitu induk kepada sel darah merah dan juga platelet.

Sesetengah pesakit leukemia tidak mempunyai sel darah putih yang tinggi semasa pengiraan darah biasa. Keadaan yang luar biasa ini dikenali sebagai aleukemia. Bagaimana pun sum-sum tulang masih mempunyai barah sel darah putih, dan ia mengganggu penghasilan sel darah biasa. Bagaimanapun, ia kekal di dalam sum-sum dan tidak memasuki saluran darah, di mana ia boleh dilihat di dalam ujian darah. Justeru, untuk pesakit aleukemik, pengiraan sel darah putih dalam aliran darah mungkin normal atau rendah. Aleukemia boleh berlaku dalam sebarang empat jenis leukemia utama, dan agak biasa bagi sejenis leukemia "sel-rerambut".

3. Hemofilia

Hemofilia adalah suatu kelainan perdarahan akibat kekeurangan salah satu faktor pembekuan darah. Ini terjadi jika sel darah tidak mampu untuk membeku jika terjadi luka. Ia biasanya terjadi karena kelainan pada genetik seseorang yang sifatnya diturunkan melalui ibu tetapi hampir selalu menyerang anak laki-laki.

4. Thalasemia

Umumnya, terdapat tiga jenis sel dalam darah iaitu sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan sel-sel darah kuning (platelet). Talasemia merujuk kepada sekumpulan penyakit yang melibatkan sel-sel darah merah dan dibawa secara genetik atau bersifat keturunan/diwarisi.

Khususnya, penyakit talasemia ini membabitkan hemoglobin yakni komponen sel darah merah yang berfungsi sebagai pembawa oksigen. Penyakit ini melibatkan bahagian globin (sama ada protein alfa atau beta) dari molekul hemoglobin tersebut.

Jikalau badan kita tidak dapat menghasilkan dengan secukupnya salah satu daripada protein alfa atau beta, sel-sel darah merah kita tidak dapat berfungsi dengan betul lalu mengakibatkannya tidak berkemampuan untuk membawa oksigen yang secukupnya. Dalam penyakit talasemia, pengurangan hemoglobin (akibat daripada pengurangan pembentukan globin yang normal tadi), menyebabkan pengurangan sel-sel darah merah secara umumnya dan ini disebut anemia.

Umumnya, terdapat dua jenis talasemia iaitu Talasemia Alfa dan Talasemia Beta. Terdapat juga bentuk-bentuk lain talasemia yang disebabkan oleh penggabungan gen-gen talasemia alfa atau beta dengan gen-gen tidak normal seperti E Beta Thalassemia dan Sickle Beta Thalassemia.

5. Tekanan darah tinggi

Penyakit darah tinggi atau Hipertensi ( hypertension) adalah suatu keadaan di mana seseorang mengalami peningkatan tekanan darah di atas normal yang ditunjukkan oleh angka systolic (bagian atas) dan angka bawah (diastolic) pada pemeriksaan tekanan darah menggunakan alat pengukur tekanan darah.

Nilai normal tekanan darah seseorang dengan ukuran tinggi badan, berat badan, tingkat keaktifan normal dan kesehatan secara umum adalah 120/80 mmHG. Dalam aktiviti sehari-hari, tekanan darah normalnya adalah dengan nilai angka kitaran stabil. Tetapi secara umum, angka pemeriksaan tekanan darah menurun saat tidur dan meningkat di waktu beraktiviti atau bersukan.

Saranan: Amalkan gaya hidup sehat dengan memakan makanan yang berkhasiat, sayuran dan buah-buahan. Lakukan aktiviti senaman secara berterusan dan berfikir secara positif dan mengelakkan tekanan. Dapatkan bantuan makanan kesihatan untuk membantu kita menjadi sehat dan ceria sepanjang masa. Amalkan pemakanan kesihatan Ganoderma ( Reishi gano dan Mycelium ) untuk meningkatkan fungsi jantung, membersihkan darah dan saluran darah, meningkatkan keberkesanan sistem peredaran darah, meningkatkan kandungan oksigen di dalam badan.

No comments: