Sunday 21 March 2010

TOMATO UNTUK KHASIAT DAN SEHAT

Tomato diaggap sebagai buah -buahan dan juga sayuran. Ianya kaya dengan berbagai manfaat untuk kesihatan. Ada orang mencampukannya dalam masakan, dada yang memakannya secara mentah sebagai ulaman dan ada yang menikmatinya sebagai sos untuk berbagai jenis sajian.

Pokok tomato berasal dari Amerika tengah dan Selatan dan asalnya ditanam untuk tujuan hiasan sahaja. Mexico pula merupakan negara pertama yang menanam tomato.

Satu daripada faedah kesihatan buah tomato ialah kandungan lycopene iaitu sejenis anti oksidan penting yang membantu memerangi dan merosakkan pertumbuhan sel barah dan komplikasi kesihatan yang lain. Radikal bebas di dalam tubuh boleh disingkirkan apabila kita mempunyai kandungan lycopene yang tinggi yang terdapat di dalam tomato. Meskipun buahan dan sayuran lain juga mengandungi lycopene, tetapi tiada yang mempunyai paras kepekatan yang tinggi seperti tomato.

Satu perkara yang menarik ialah, tomato di anggap produk kesihatan yang versatil termasuk dari segi penyediaannya. Tomato tetap segar walaupun di masak malah apabila di masak kadar lycopene di dalamnya akan mengalami peningkatan, bukannya menurun. Malah tomato yang di masak atau diproses mengandungi kira-kira 10 kali ganda lycopene dari tomato mentah.

Menurut kajian yang dijalankan, Tomato juga mempunyai faedah lain selain daripada lycopene seperti menangani masalah kolesterol, masalah jantung serta bersifat anti radang. Asid nicotinic membantu untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.

Tomato juga kaya dengan vitamin A, C dan K serta serat, mangan, fosfours, folat dan protein. Pengambilan tomato yang banyak juga membantu meningkatkan tekstur kulit. Dari segi dalaman , tomato juga dikenali sebagai bahan pembersih darah. Ia juga merupakan anti septik semulajadi yang membantu melindungi dir dari jangkitan penyakit.

Pakar pemakanan menyarankan kita mengambil 540 ml atau secawan sehari produk tomato untuk mendapatkan khasiat penuh lycopene sekaligus meningkatkan tahap kesihatan seseorang.

No comments: