Friday 12 March 2010

SAYURAN- MAKANAN UNTUK KESIHATAN

Makanlah lebih banyak sayuran dan buah-buahan, itulah nasihat doktor tetapi mengapakah sekarang ini ramai orang sukar untuk mengikuti nasehat yang baik ini.

Menjadi kebiasaan (habit), pemakanan harian kita lebih tertumpu kepada makanan siap dan berproses. Kesibukan tugas barangkali menyebabkan kita beralih kepada kemudahan tersebut dan sesetangah kita makan di mana-mana restoran atau gerai di luar rumah sepanjang masa atau mengikuti trend masa kini, menikmati makanan Restoran Mamak yang menyediakan menu makanan yang tinggi dengan kanji, bahan perisa dan berlemak.

Kita mesti sedar bahawa kita memerlukan 80 % sayuran dan 20 % daging dalam menu makanan harian kita. Sayuran hijau segar adalah bahan makanan yang sangat baik untuk sistem tubuh badan. Kita boleh menimati keenakan dan juga khasiatnya dalam setiap hidangan. Betulkah kenyataan ini !!

Sayuran hijau, dengan syarat ia tidak di masak dengan menggunakan banyak minyak ialah diet makanan yang kaya dengan sodium dan rendah potasium dan keseimbangan di antara keduanya boleh merugalasi tekanan darah.

Penyelidikan telah membuktikan memakan sayuran hijau seperti kobis, brokoli, kobis bunga, kailan dan sayuran pucuk dimakan berselang hari boleh membantu menghalang pertumbuhan sel kanser.

Meletakkan lebih banyak menu sayuran di atas meja makan juga boleh membantu mengelakkan ahli keluarga dari serangan tekanan darah tinggi, diabetes, strok, penyakit jantung dan berbagai jenis kanser seperti kanser usus. Sayuran yang mempunyai kandungan fiber yang tinggi membantu membersih dan meregulasi sistem usus.

Sayuran yang berbagai warna adalah baik kerana mempunyai khasiat dan perana berbeza. Sayuran hijau, kuning, merah memberikan carotenoids, sayuran berdaun berwarna gelap seperti kobis kaya dengan lutein, sejenis pigmen yang berkaitan dengan usaha menyekat perkembangan sel kanser. Sebagai memenuhi keperluan hidangan setiap hari,jangan lupa memilih sayuran hijau, lebih gelap hijaunya lebih baik dan jangan lupa diperbagaikan jenisnya.
Sebagai permulaan menu sayuran untuk anak-anak, kita boleh mulakan dengan membuat gado-gado 
(salad Indonesia), rojak sayuran ataupun buatkan omelettes dengan memasukkan potongan kecil sayuran di dalamnya dan mayonnaise serta kicap di bahagian luar. Ini tentu menyelerakan mereka.

Seperkara lagi ialah jangan lupa untuk memasukkan ulam-ulam mentah dalam setiap menu makanan kita. Pegaga, kacang botol, petai, jering, berbagai daun pucuk kayu seperti ulam raja dan banyak lagi sangat baik untuk dimakan dan mempunyai khasiat kesihatan yang tinggi.

Mulai sekarang kita perlu menyediakan hidangan harian untuk seisi keluarga dengan lebih banyak sayuran dan ulam-ulam demi untuk menikmati kesihatan yang baik sepanjang hayat.

Sebagai tambahan, sila amalkan pemakanan kesihatan spirulina untuk mendapatkan khasiat seimbang yang diperlukan oleh setiap ahli keluarga kita.

No comments: