Tuesday 30 March 2010

IKLAN KOSMETIK MENIPU

SEPARUH IKLAN KOSMETIK MENIPU

London: Penipuan sesetengah iklan kecantikan – mencecah sehingga satu pertiga daripada jumlah disiarkan di media massa menyebabkan kadar kemurungan gadis di Britain meningkat, lapor akhbar tempatan.

Siasatan akhbar The Sun mendapati, model yang digunakan dalam sesebuah iklan bergaya dengan memakai bulu mata atau rambut palsu untuk kelihatan lebih menarik.

The Sun mendakwa, teknologi komputer turut digunakan bagi menghasilkan wajah benar-benar ayu model walaupun pada realitinya, ia mustahil dilakukan.

“ Penipuan ini menyebabkan jumlah gadis dirawat akibat kemurungan meningkat disebabkan mereka gagal mencapai tahap kecantikan diimpikan” kata akhbar itu.

The Sun mendapati 28 % iklan kosmetik dalam majalah membuat pengakuan – secara berselindung – bahawa gambar mereka diubahsuai.

Sebanyak 44 % lagi turut melalui proses pengubahsuaian tanpa diakui. Hanya 28% iklan kosmetik dipercayai memaparkan kualiti produk sebenar.

Iklan maskara didapati paling serius mengelirukan pengguna dengan 58 % mengaku mengubah suai bulu mata model untuk kelihatan lebih panjang dan 42 % memaparkan bulu mata tiruan.

Juri X-factor, Cheryl Cole (gambar bawah) pula dikritik akhbar terbabit kerana menggunakan rambut palsu ketika muncul dalam iklan syampu L’Oreal Elvive

Suntingan dari akhbar Harian Metro
Selasa 30 March 2010

Nota: Mudahnya orang menipu dan kita ditipu.....

No comments: